Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perkara ini mungkin terdengar seperti filem fiksyen Hollywood, tetapi kajian menunjukkan bahawa medan magnetik kutub utara bumi semakin menunjukkan peralihan kedudukan yang pantas.
Magnetik kutub utara adalah titik kompas utara dan penting untuk semua jenis teknologi tunjuk arah atau navigasi.
Perkembangan yang dilapor oleh banyak media antarabangsa itu menunjukkan bacaan kedudukan kutub magnetik utara yang sentiasa bergerak, menyebabkan peta Model Magnetik Dunia (WMM) terpaksa dikemas kini hampir setiap lima tahun.
Kedudukan tersebut berganjak ke arah utara dengan purata jarak kira-kira 30 batu setahun. Sebelum ini ada melihat kisah USA beku dilanda polar vorteks.
Peralihan yang begitu banyak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera mengemas kini bacaan WMM-nya bagi memantau Medan Magnet Bumi.
WMM merupakan bacaan rujukan buat Peta Google (Google Maps) sehingga ke sistem navigasi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Titik berkenaan juga jika tidak sama dengan geografi utara akan memberikan bacaan kritikal kepada kompas, kapal terbang dan kapal navigasi.
“Ia bergerak kira-kira 50 kilometer setahun.
“Ia tidak bergerak banyak antara tahun 1900 dan 1980, tetapi pergerakannya mula dilihat pantas dalam tempoh 40 tahun yang lalu,” Ciaran Beggan, saintis British Geological Survey
Memantau magnetik kutub utara bumi adalah penting bagi tentera Eropah dan Amerika kerana sistem navigasi mereka bergantung kepada Model Magnetik Dunia, yang berpandukan medan magnet Bumi.
Syarikat penerbangan komersil, Peta Google dan aplikasi GPS pintar juga bergantung kepada model yang sama bagi membantu juruterbang dan pengguna menentukan lokasi mereka dan mengemudi dengan sewajarnya.
Setiap lima tahun, Suruhanjaya Geologi British dan Pentadbiran Oseanik & Atmosfera (NOAA) mengemas kini Model Magnetik Dunia bagi memastikan bahawa sistem GPS dan kompas terus menggunakan rujukan yang betul.
Kemas kini seterusnya dijadualkan pada tahun 2020, tetapi titik magnet utara dilihat bergerak pantas menyeberangi International Date Line.
Para saintis tidak pasti apa yang mendorong pergerakan pantas itu, tetapi peralihan itu cukup penting bagi tentera Amerika untuk meminta kajian awal dilakukan.
Model Magnetik Dunia juga dilaporkan telah dikemas kini awal iaitu pada 4 Februari lalu.
-Awani
4 Comments
Kedudukan bumi sudah tidak stabil. Lantaran itu berlaku sesuatu yang pelik-pelik sekarang ini. Padang pasir tumbuh rumput dan bersalji. Negara bersalji semakin panas dan salji sejuk terlampau-lampau.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ini Buktinya Dunia Dan Kehidupan Manusia Makin Hampir Ke Penghujung!
akan ada penghijrahan besar besaran nanti..exodus..muka bumi mula berubah..dan maksud tanda kiamat matahari akan terbit dari arah barat akan menjadi realiti…tak mustahil kutub2 sekarang menjadi daratan hidup nanti dan sebaliknya huhu
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Jadual Penuh Perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2019 dan Kedudukan Terkini Liga Super
Pertanda apakah ini bagi kehidupan manusia di muka bumi? Sepertinya kita harus siap-siap kemungkinan buruk yang akan terjadi
Ada haiwan dalam air di Amerika Syarikat sudah dilanda beku, sampai buaya dalam sungai pun beku kesejukan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..9 Perkara Yang Bakal Dikesalkan Dalam 10 Tahun
Comments are closed.