Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rugi rasanya siapa tak pergi ke program ‘MaTiC Fest 2013’ yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember 2013 baru-baru ni. Seronok! Aku sempat pergi sekejap pada petang hari Sabtu tengok majlis perasmian MaTiC Fest 2013.
Memang sangat meriah program MaTiC Fest 2013 pada petang tu. Lepas majlis perasmian, berpeluang tengok aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di situ, melawat Pameran Kucing Antarabangsa dan bersiar-siar sekitar kawasan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
MaTiC Fest 2013 ni merupakan program anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Penganjuran program ini bertujuan mempromosikan MaTiC sebagai ‘One-Stop Centre‘ untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
MaTiC Fest merupakan acara tahunan dan penyertaannya terbuka kepada orang ramai serta pelancong asing. MaTiC Fest turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah KFC, Ribena Malaysia, Secret Garden, Cocoa Boutique, Saloma Bistro serta mendapat kerjasama erat daripada pihak Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sekretariat Visit Malaysia Year 2014.
Banyak aktiviti menarik di program MaTiC Fest 2013. Pengisian program bersifat komprehensif iaitu melibatkan aktiviti sukan lasak / sukan rakyat, bakat, ilmiah dan juga kebudayaan. Kesemua aktiviti yang diadakan bersesuaian dengan setiap peringkat umur. Antara aktiviti yang diadakan di MaTiC Fest 2013:
- Pertandingan Paint Ball
- Pertandingan dan Pameran Cat Show
- Pertandingan Treasure Hunt
- Pertandingan Karaoke
- Pertandingan Mewarna Batik
- Pertandingan Cabaran Sukan Rakyat
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Gusti Lengan
- Pertandingan Kereta ‘Tamiya’
Cadangnya nak pergi lagi pada hari terakhir MaTiC Fest 2013 tapi tak berkesempatan. Kalau pergi mungkin boleh bagi sokongan moral kepada rakan blogger yang masuk bertanding Treasure Hunt pada hari tu, antaranya blogger Ben Ashaari yang merupakan salah seorang personaliti online paling berpengaruh di Malaysia.
Walaupun acara MaTiC Fest 2013 ni dah pun tamat, tahun depan akan diadakan lagi. Di samping tu, kita juga boleh ke acara yang tak kurang menariknya iaitu 1Malaysia KL Family Fair yang diadakan setiap hari Sabtu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Maklumat lanjut tentang program-program menarik anjuran Pusat Pelancongan Malaysia boleh layari laman web www.matic.gov.my atau Facebook MaTiC.
Gambar-gambar Program MaTiC Fest 2013
[customgallery]
54 Comments
macam best best jer…gurau jer yer…memang seronok kalau ada aktiviti-aktiviti macam ni boleh rilek-rilek kan minda
Curahan rasa weschairs @ ..Asal-Usul Bergedel
wahh..best nya..kalau dekat boleh join…
Acara tahunan yang sangat menarik ditambah berbagai macam kontes yang bagus
Curahan rasa Ferry @ ..Pengumuman Hasil Tes TKD CPNS Kemenkumham 2013
Contest tamiya tu yg menarik tu
Paling menarik ialah gambar tamiya. Besar sungguh litarnya.
Curahan rasa hatiputera @ ..Pekeliling Cuti Mingguan Negeri Johor 2014
Perancangan asal hendak pergi. Memandangkan cuaca hujan batal.
Curahan rasa akubiomed @ ..Contest SEO Eridy medan menguji taktikal
Teringin juga hendak pergi ke program sebegitu di Kuala Lumpur. Namun untuk tahun ini belum berkesempatan lagi. In shaa Allah masukkan dalam perancangan bercuti tahun depan.
Boleh jumpa tuan blog DenaiHati sekali nanti ye
Curahan rasa Mohd Azrin Abu Bakar @ ..SAJAK CONTEST SEO ERIDY
sangat meriah sepertinya. warga kota butuh hiburan seperti itu untuk melepas penat akibat bekerja. terima kasih infonya
bila DH nak buat game paint ball nih, ingat nak join gak
Curahan rasa encikarman @ ..Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas
Meriah sungguh Matic Fest 2013 ni… Terdapat pelbagai acara menarik diadakan… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Tarif Elektrik Baru 2014
Nampak seronok betul. Kalau kawe dapat join, kan bestnya. Btw, paint ball skrg dah kena ban kan? Cuma utk sendiri guna lah. Kalau tempat2 hiburan dan festival cam ni boleh lah…
Curahan rasa Ismail N @ ..Places To Visit During Visit Malaysia Year 2014
Seru juga ya kelihatannya. Ada perang paint ball dan balap tamiya… ini yang saya paling suka. 🙂
Curahan rasa hybrid cars @ ..Djarum Super Mild City Slalom 2013 seri-6 akhirnya digelar
Lihat fotonya aja dah seru, apalagi mengikutinya…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Membeli Alat Listrik Secara Online
Moga suatu saat bisa kesana yah Kang…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Carlos Juan Finlay ; Ilmuwan Peneliti Demam Kuning di Logo Google Hari Ini
pasti seru acaranya kalau dilihat dari photo-photonya, semoga sukses
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen SUSU Higoat Makasar
kereng abis denai acaranya pasti seru
Curahan rasa cara diet aman @ ..By: Denaihati
Comments are closed.