Masterchef Chef Jo yang aku kenali

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia makanan ini memang tidak asing bagi aku. Berbelas tahun bergelumang dalam industri makanan. Pernah menjadi pekerja dan pernah juga mempunyai syarikat katering sendiri. Sesiapa yang nak khidmat nasihat tentang kerjaya dalam industri makanan insyallah aku boleh bantu mana yang termampu.

Tak lama lagi sebuah program realiti tv Masterchef Malaysia akan disiarkan oleh Astro. Program yang pasti akan menjadi tarikan kepada mereka yang minat dalam bidang masakan. Hadiah yang disediakan pun sangat menarik ratusan ribu tu. Memang berbaloi-baloilah peserta yang masuk program Masterchef.

Aku memang kenal sangat dengan Ketua Juri Masterchef iaitu Chef Jo atau Papa Jo. Nama sebenar beliau adalah Chef Johari Edrus. Chef Jo ini adalah ex-bos aku ketika bertugas di HUKM dan KFC dan menjadi sahabat baik sehingga sekarang. Banyak sungguh ilmu yang aku belajar daripada Chef Jo sehingga aku mampu berniaga sendiri. Jasa beliau memang tak pernah akan aku lupakan.

Chef Jo bukan Chef selebriti tetapi Chef Profesional yang sangat dihormati dikalangan Chef Malaysia. Pernah bekerja di berbagai hotel lima bintang di seluruh dunia. Kepada yang pening kepada nak pilih kerjaya aku memang syorkan untuk pilih kerjaya sebagai Chef seperti Chef Jo. Gaji Chef pun bukan sedikit terutama Chef Profesional. Paling best chef ini boleh buka perniagaan sendiri seperti restoren dan syarikat katering.

Kalaulah ada orang kuat Astro yang terbaca entri ini aku nak buat teguran sikit gambar Chef Jo di profile Chef Jo itu bukanlah Chef Jo yang aku kenali. Harap sangat dapat ditukar kepada gambar yang betul.

Siapalah agaknya yang bakal bergelar Master Chef Malaysia?

81 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!