Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia makanan ini memang tidak asing bagi aku. Berbelas tahun bergelumang dalam industri makanan. Pernah menjadi pekerja dan pernah juga mempunyai syarikat katering sendiri. Sesiapa yang nak khidmat nasihat tentang kerjaya dalam industri makanan insyallah aku boleh bantu mana yang termampu.
Tak lama lagi sebuah program realiti tv Masterchef Malaysia akan disiarkan oleh Astro. Program yang pasti akan menjadi tarikan kepada mereka yang minat dalam bidang masakan. Hadiah yang disediakan pun sangat menarik ratusan ribu tu. Memang berbaloi-baloilah peserta yang masuk program Masterchef.
Aku memang kenal sangat dengan Ketua Juri Masterchef iaitu Chef Jo atau Papa Jo. Nama sebenar beliau adalah Chef Johari Edrus. Chef Jo ini adalah ex-bos aku ketika bertugas di HUKM dan KFC dan menjadi sahabat baik sehingga sekarang. Banyak sungguh ilmu yang aku belajar daripada Chef Jo sehingga aku mampu berniaga sendiri. Jasa beliau memang tak pernah akan aku lupakan.
Chef Jo bukan Chef selebriti tetapi Chef Profesional yang sangat dihormati dikalangan Chef Malaysia. Pernah bekerja di berbagai hotel lima bintang di seluruh dunia. Kepada yang pening kepada nak pilih kerjaya aku memang syorkan untuk pilih kerjaya sebagai Chef seperti Chef Jo. Gaji Chef pun bukan sedikit terutama Chef Profesional. Paling best chef ini boleh buka perniagaan sendiri seperti restoren dan syarikat katering.
Kalaulah ada orang kuat Astro yang terbaca entri ini aku nak buat teguran sikit gambar Chef Jo di profile Chef Jo itu bukanlah Chef Jo yang aku kenali. Harap sangat dapat ditukar kepada gambar yang betul.
Siapalah agaknya yang bakal bergelar Master Chef Malaysia?
81 Comments
hahhaha.. harap2 ade la staff astro yg alert n cepat2 betulkan ralat gambar orang lain tu..
Curahan rasa yusenze @ ..Kisah Aku dan Fake Lover
owh ..boleh pulak tersalah gambar? pelik betul astro ni..
Bukan senang nak jadi macam chef Jo,saya memang faham benar sepak terajang dunia Chef ni,yang penting seorang Chef perlu kreatif dalam mempersembahkan masakan nya.Kena sentiasa cari menu dan cara persembahan yang baru.
oo selalu nampak papa jo jd juri …
boleh pulak slh letak gmbr..huhu
wahh,….bestnya kena ketua chef..nanti bolehla buat sesi makan2 bersama chef jo ni..tentu sedap msakannya…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Once a Liar Always a Liar | Salinan Report Polis Blogger Popular
best jugak kenal dengan orang yang terkenal ni.hehe 😀
Curahan rasa Pacifista @ ..Highlight Bonus Pacifista
Anda adalah orang bertuah kerana mendapat ilmu dari orang yang hebat
Curahan rasa Hanif @ ..Halinis Food: New Produk Cakar Ayam
bro DH, tolong ajar kami2 semua berbisnes and jadi hebat cam bro.hehehehehe!!!
Curahan rasa Lizz @ ..Permohonan MRSM 2012 Secara Online (Tingkatan 4)
stuju~..hehe
Kongsi2 tips.. Bila lagi nak ramai2 masuk carta 10 jutawan Malaysia ni?
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
Betul tu, kongsilah tips
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Hantu Bonceng
Master Chef Malaysia baru digelar
Semoga program ini sukses dan bisa menghibur seluruh warga Malaysia..
Curahan rasa Rina As @ ..Optimasi SEO Menggunakan Demote Sitelink Google
stuju dgn pndpt ko, bro.
Curahan rasa manmala @ ..Sony NWZ-A860
Setuju jugak
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Hantu Bonceng
hehe.. tak sabar nak tunggu start rancangan realiti ni.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Menilai SEO blog anda
bagi mereka yg xde astro, xde chance lah tgk mcm saya ni….
Curahan rasa manmala @ ..Sony NWZ-A860
Mesti ada jer dorang post dekat youtube tu.. kena cuba cari dekat sana
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
suka dengan makanan and rancangan masakan ni..syok je tengok..nak tengok kreativiti orang malaysia pulak jadi masterchef…
Curahan rasa izwannizam @ ..Umur Persaraan Dilanjutkan 70 Tahun
saya pun sama, suka sgt tgk org masak mcm nak masak. tp kadang2 tu brg utk wat tu pyh nk cr
Curahan rasa manmala @ ..Sony NWZ-A860
Sebab tu nak cari resepi yang guna bahan minimal jer, senang nak ikut buat
Curahan rasa Steward John @ ..Top 40 most popular blogs in Malaysia
Semua gambar profile chef dalam web astro tu bukan gambar sebenar, kalau takder gambar, lebih baik guna image placeholder yang general dan bukan gambar chef yang lain.
Curahan rasa Eizil @ ..Mengata dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih
apapun masalah masak-memasak aku sangat suka, eh iya kok bisa ya orang berani memajang foto yang tak benar padahal photo orang popular
Curahan rasa munir ardi @ ..Google’s 13th Birthday/google doodle today
Aku juga suka kalau program masak memasak
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Google’s 13th Birthday
Yer la tengok rancangan dekat TV, kadang2 kita sendiri pun nak juga memasak macam dorang kan
Curahan rasa Steward John @ ..Top 40 most popular blogs in Malaysia
Comments are closed.