Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jika musim haji tahun 2014 jemaah menanti dengan debar kerana diumumkan sebagai Haji Akbar tidak kurangnya juga musim haji 2015 walaupun bukan Haji Akbar. Haji 2015 digemparkan dengan tragedi kren yang menimpa Masjidil Haram sehingga mengorbankan lebih 100 syuhada. Sebelum kejadian kren tumbang Mekah juga dilanda beberpa kali ribu pasir dan yang paling kuat telah menumbangkan kren.
Sehari sebelum wukuf 2015 suasana di Masjid Haram sangat tenang walaupun suasana sekitar sudah tidak sama dengan 2014. Banyak perubahan fizikal telah berlaku di luar dan paling banyak di bahagian dalam. Pembinaan berterusan Masjidil Haram tidak akan tamat dalam tempoh 2 – 3 tahun akan datang. Pasti kepada rakan-rakan yang sudah lama tidak dijemput menjadi tetamu ALLAH akan melihat perbezaan yang sangat ketara apabila menjejaki bumi Masjidil Haram.
Haji 2015 memang penuh dengan ujian selain ribut pasir dan kren tumbang berlaku juga kebakaran kecil di hotel jemaah Indonesia. Sedang sibuk jemaah haji mengerjakan rukun dan wajib haji tiba-tiba dapat berita sedih lebih 700 syuhadah terkorban dalam tragedi pijak di Mina pada awal pagi 10 Zulhijjah. Seorang jemaah Malaysia arwah Zulkilfly Samad telah terkorban sama dalam tragedi tersebut. Pada 11 Zulhijjah pula berlaku kebakaran kecil di kemah jemaah Mesir di Mina.
Semua ujian sepanjang haji 2015 pasti ada hikmahnya untuk kita semua muhasabah diri. Satu jari menunjuk kesalahan orang, 4 jari lagi menunjuk kepada kita sendiri. Sekecil mana ujian yang melanda umat Islam untuk jadikan kita lebih bertaqwa atau semakin sesat dalam logik fikir sendiri. Jangan ulang kesilapam yang telah dilakukan oleh retis FB Saiful Nang membuka aib Tanah Haram dengan logika fikir sendiri sehingga mendapat cemuhan dari netizen.
ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya melainkan kita yang zalim kepada diri kita sendiri. Semuga semua jemaah Haji 2015 mendapat haji Mabrur dambaan semua umat Islam.
70 Comments
semoga kejadian ini tak berulang lagi, banyak nyawa yang terkorban jika dikira sejak dahulu lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Semasa Belajar
moga aspek keselamatan lain kali diberikan keutamaan untuk mereka yang menunaikan haji
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Subhanallah, seronoknya dapat menjadi tetamu Allah..semoga saya dan family juga dapat menjadi tetamu Allah dalam 5tahun yang akan datang..inshAllah
Curahan rasa Ibu damia @ ..9 tips cepat bersalin dan mengurangkan kontraksi ketika bukaan rahim yang suami perlu ambil tahu!!
sebab tu pihak arab saudi mengenakan kuota setiap negara bila overload pelbagai tragedi yang tak diingini berlaku
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Air Mengalir Di Marikh Sumber Pembentukan Oksigen dan Atmosfera Marikh
seronoknya jadi tetamu Allah.. semoga saya dapat menyempurnakan rukun saya dalam tempoh 2 tahun ini.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Makanan Menarik dan Berkhasiat Untuk Bayi 6 hingga 8 Bulan
sejuk mata memandang suasana kat sana. semoga mereka semua mendapat haji mabrur
Curahan rasa JMR @ ..Danish Hayyan dah 2 bulan.
semoga semua yang kembali mendapat haji yang mabrur hendaknya..Aminn
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Walaupun penuh ngan ceracak2 kren dalam gambar tuh, tapi tetap nmpk tenang jer suasana kat sana.. Allahuakbar….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
SuperNifz: kan..berpuluh-puluh lak kren tu ada..semoga keselamatan di kawasan pembinaan sentiasa diutamakan..
Curahan rasa JMR @ ..Danish Hayyan dah 2 bulan.
2-3 tahun dari sekarang, mekah akan berubah sepenuhnya.
Mereka yang pergi haji akan terbahagi kepada 2.
1. yang benar-benar mahu beribadat kepada Allah.
2. Juga sama seperti no 1. Cuma di tambah dengan sifat riak yang di bawa bersama-sama dengan mereka. Sifat ingin menunjukkan kekayaan mereka.
semoga kita semua dijauhkan daripada sifat no 2.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Bertudung selepas berkahwin.
Tentunya ada hikmah disebalik kejadian yang mendukacitakan ini. Pihak-pihak yang terbabit terutamanya kerajaan Arab Saudi hendaklah mengambil iktibar dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada agar tidak berulang lagi. By the way, terima kasih atas sharing gambar-gambar yang menarik lagi cantik itu. Buat terasa terpanggil-panggil ke sana pula. Mudah-mudahan ada rezeki nanti. Insya-allah.
Semoga tiada lagi tragedi yang menyedihkan menimpa jemaah haji selepas ini. Sama-sama kita doakannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Betul tuh harap-harap berakhir lah segala dugaan untuk mereka-mereka di sana.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
Allah Ya Alim Ya Hakim, Dia Maha Mengetahui segala apa berlaku dan Dia Yang Maha Bijaksana. Dia Ya Zohir Dia Ya Bathin, Dia Yang Maha Mengetahui yang tersembunyi dan terlihat….
Curahan rasa Sheila Adziz @ ..Dugaan Ujian Di Ambil Dengan Rasa Gembira
Allahuakbar…. Allah Maha Besar, Dialah yang maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
memang cabaran pada tahun ini cukup hebat..
semoga yang melaksanakan dapat haji mabrur..
Curahan rasa zool @ ..Hari Raya Aidiladha, Perancangan untuk Projek Sistem, Terima Kit Larian
Memang satu detik yang sukar untuk menghayati peristiwa yang berlaku di tanah suci. Setiap jemaah haji pasti tabah menghadapi setiap ujian di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Memang memerlukan kekuatan mental bila kita terpaksa mengadapi ujian yang mencabar ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
benar, kerosakan itu berpunca dari tangan tangan manusia, tiadalah Allah itu zalim melainkan manusia itu yang zalim pada diri sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Semasa Belajar
Pihak berkuasa Arab Saudi kena perbaiki setiap kelemahan yang ada agar tidak berlaku lagi tragedi yang menimpa jemaah haji pada tahun ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Satu demi satu kejadian yang mengejutkan terjadi semasa mengerjakan ibadah haji tahun ni..semoga Allah melimpahkan rahmatNya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
yang pernah pegi dulu pasti terkejut dnegan perubahan keadaan mekah sekarang ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Segala perbaikan di Masjidil Haram untuk kebaikan umat Islam jugak tetapi perlu dilakukan ketika lain bukannya ketika umat Islam mengerjakan haji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Makin banyak perubahan di kota mekah. Setiap tahun semakin meningkat jumlah jemaah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Pihak kerajaan Arab Saudi memang mengambil kira keperluan jemaah haji setiap tahun sebab tu pembangunan di masjidil haram rancak dilakukan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Gunakan Bawang Putih Sebagai Sokongan Sistem Imun Badan
pasti ada sahaja pembangunan yang dilakukan demi memudahkan jemaah kat sana tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Mungkin kerana jemaah haji kian bertambah, maka pihak kerajaan Arab Saudi telah melakukan pengubahsuaian dan pembesaran di Masjidil Haram sebagai menampun jemaah haji yang ramai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Ujian itu boleh memantap iman juga tu..semoga kita ambil iktibar
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pekena Secawan Kopi
setiap ujian yang allah bagi ada pengajarannya. tambah ilmu, tingkatkan iman, banyakkan bersabar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Kesabaran juga separuh daripada iman.moga ia terus dipertahankan sampai bila bila
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pekena Secawan Kopi
Setiap perkara yang berlaku adalah kehendak Allah Taala. Pasti Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Comments are closed.