Malunya kalau cucu ABAH tak jadi Manusia

Spread the love

Salam 1Malaysia, Kembara cuti sekolah berakhir di Putri Resort, Melaka dengan membawa kakak yang tidak dapat ke Batam kerana mengikuti kelas khas UPSR selama 5 hari. Hari terakhir cuti sekolah hari sibuk bagi kami. Keluarga kami terbahagi dua, ibu perlu menghantar Abang Long ke Madrasah di Kluang, Johor manakala aku pula perlu menghantar Abang Haziq ke Madrasah di Shah Alam.

Sebelum keluar rumah kami duduk bersama untuk muhasabah aktiviti sepanjang cuti sekolah. Aku meminta anak-anak bersyukur dengan nikmat Allah yang diperolehi berbanding dengan rakan-rakan yang lain yang hanya duduk di rumah sepanjang cuti sekolah. Mereka hanya duduk di rumah mungkin kerana tidak berkemampuan atau mungkin ibubapa sibuk bekerja sehingga terlupa anak-anak bercuti.

[ad#advertlets336]

Tugas aku sebagai BAPA bukan sekadar bekerja siang malam mencari rezeki untuk keperluan keluarga tetapi yang lebih penting menjadi KALIFAH kepada keluarga. Kesemua masalah remaja yang sedang berlaku terutama di kalangan remaja Islam adalah apabila BAPA tidak berfungsi sebagai KALIFAH. Sebagai KALIFAH seorang BAPA bukan hanya perlu membawa wang ke rumah tetapi yang paling penting membawa RAHMAT yang hanya boleh diperolehi di rumah ALLAH swt. Seorang BAPA mesti memastikan amalan yang wajib mesti dilaksanakan di rumah seperti solat fardu dan sunat, amalan membaca A-Quran setiap hari dan khidmat kalangan ahli keluarga. BAPA mesti berani menegur anak-anak apabila berlaku kesilapan tetapi menegur itu bukan bermakna tengking herdik.

Mungkin aku tidak dapat menandingi ABAH aku yang perlu bekerja siang dan malam, berbasikal dan perahu, meredah kegelapan malam dengan pelita hadang mencari rezeki membesarkan 6 orang anak sehingga kami semua berjaya. Tetapi sungguh malunya aku sekiranya cucu ABAH gagal menjadi manusia dengan kemewahan yang ada berbanding kami anak-anak ABAH yang tinggal di dalam kebun getah nuun jauh 3km daripada jiran yang paling dekat.

Kepada semua ABAH, AYAH, BAPAK, PAPA, BABA dan semua kaum lelaki yang mempunyai anak, SELAMAT HARI BAPA. Ingatlah kita mempunyai tanggungjawab yang sungguh berat yang akan dipersoalkan kelak di akhirat. Dosa seorang AYAH tidak akan ditanggung oleh anak-anak tetapi dosa anak-anak akan dipertanggungjawapkan kepada seoarang AYAH seandainya mereka tidak dididik dengan betul.

@Dapatkan berita terkini Fifa Worldcup 2010 di http://info.denaihati.com

[ad#Mangga 300]


Spread the love

164 Comments

    1. @Bang Iwan, harapnya begitu la bang iwan..semua orang di dunia ini impikan kehidupan yg baik dan berjaya dalam apa jua bidang 🙂

    2. @Bang Iwan, Kalau kita mendidik dorang dengan cara yang baik, tidak mustahil dorang anak berkelakuan baik. Ingat pula pasal entri bro DH. sebelum ni.

    1. @Bang Iwan, aah terus berjaya sampai ke akhir hayat..org bilang, menuntut ilmu barlah sampai ke negeri china..

  1. Tahniah – bukan senang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawap seorang bapa di zaman sekarang – cabaran datang kadang2 dari luar kawalan kita.

    1. @Kujie, perjalanan masih jauh lagi ujian semakin banyak. Semakin membesar anak semakin berbeza ujian dan dugaan nya. Selain berusaha memang kena banyak berdoa semuga Allah beri kekuatan dan bimbingan.

    2. @Kujie, betul 2 kujie..tugas sbg seorang bapa memang sukar di zaman sekarang..tp mieran belum kawin lg..hehe

    3. @Kujie, Peranan sebagai ibu juga tidak boleh dipertikaikan. Kesimpulannya, kedua2 peranan tu amat penting sekali dalam institusi kekeluargaan. Mengapa ada hari khas untuk Ibu dan Bapa sedangkan setiap hari tu merupakan hari Ibu dan Bapa.

      1. @mieran, buahahahaha.. nama saye cam lelaki ye? saye pompuan le, :)) bukan lelaki… ape la, pak cik nie…???

      1. @Steward John, yups, setakat nie, kat Indonesia belum ada hari bapak.

        Hari ibu, pun lain bukan bulan mei tapi, 22 disember

            1. @zuriey, Broadband ni pun buat masalah.. Macam mana ni.. Tiada ker barang lain yang boleh kita guna.. Dah la bayar mahal2, service hampa.

          1. @Steward John, itulah.. diorang ni bagi lah service baik kat kita ni. duit nak tapi service taknak upgrade

    1. @Fitrihadi.com, bapa seorang tunjang dan latar belkang keluarga..kalau bapa rosak, musnah la keluarga 🙂

  2. Pingback: IMCurtain.com
  3. salam tuan..syukur kita dianugerahkan title sbg “ayah”..nikmat yg besar dan ujian yang besar juga..moga Allah memudahkan segala urusan kita..Amiinnnnn

      1. @Bang Iwan, tiada kasih sayang dalam keluarga boleh menyebabkan nila2 murni dlm keluarga akan terhapus kan bang iwan

      2. @Bang Iwan, Itu dah sememangnya benar Bang Iwan. Kalau la tiada kasih sayang, retak jer institusi kekeluargaan tu. Lagi parah kalau kes keruntuhan akhlak dikalangan anak2 berlaku.

      1. @Steward John, Iya bro…. setelah sekian lama baru bisa..
        Selamat Pagi… Tahniah untuk kita semuanya, terutama untuk bro DH.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!