Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 yang akan berlansung bermula pada 25/11/12 di Stadium Nasional Bukit Jalil, blog Denaihati akan membawa coverage perkembangan Pasukan Harimau Malaya yang merupakan Juara Bertahan Piala Suzuki AFF 2010.
Menjelang Piala Suzuki AFF 2012, Pasukan Harimau Malaya akan membuat persiapan terakhir menentang pasukan Bangladesh untuk perlawanan persahabatan pada jam 8.45 pm, 20/11/12 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan Malaysia vs Bangladesh pasti menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia setelah prestasi Harimau Malaya tidak menentu di perlawanan persahabatan sebelum ini. Terbaru Pasukan Harimau Malaya seri dengan pasukan Hong Kong 1 – 1.
Bukan mudah untuk Malaysia mengekalkan Piala Suzuki AFF 2012 setelah diletakan bersama pasukan yang kuat diperingkat kumpulan iaitu Indonesia, Singapore dan Laos.
Pasukan Harimau Malaya mesti menunjukkan prestasi yang baik dan paling penting meningkatkan ranking FIFA untuk membolehkan pemain Malaysia beraksi di Liga Bola Sepak terkenal dunia. Sudah tiba masanya pasukan Malaysia menjadi seperti pasukan Korea dan Jepun yang berjaya mengeluarkan ramai pemain profesional yang beraksi di Europe. Persaingan bermain di Liga Profesional pasti akan meningkatkan kualiti pemain Malaysia.
Keputusan Malaysia vs Bangladesh : 1 – 1
Live Malaysia vs Bangladesh @ Astro Arena 801 tarikh 20/11/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia.
Live Streaming Malaysia vs Bangladesh @ Goal.com @ TV3.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Malaysia vs Bangladesh
93 Comments
Agak² apa tajuk paper bahagian sukan esok? 😉
Moga rimau malaya bangkit nanti di AFF!! Aummmmm
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Tak Reti² Lagi?
Malaysia 1 – 1 Bangladesh
Seri la pulak huhu, banyak yang perlu ditingkatkan sebelum menjelangnya 1st game menentang Singapura nanti.
Curahan rasa Afiq Aimannaaim @ ..Sepah The Movie
mcmana la nak pertahankan piala AFF nanti yer kalau main cam tu.. huhuhu
Curahan rasa sohoque @ ..Azhar Sulaiman Mengaku Sudah Murtad?
kecewa dgn prestasi permainan Harimau Malaya. basic skills hancur…
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Awan Buatan Dalam Kediaman Oleh Berndnaut Smilde: Rekaan Terbaik Majalah TIME 2012
Asyik seri je. Bila nak menang nih
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Cemburu semakin bertambah
Kita terpaksa menelan kepahitan akibat kemerosotan rangking FIFA, terus merudum ketahap yg membimbangkan. Takut nanti nak adakan perlawanan persahabatan dgn rangking lebih tinggi jadi bertambah sukar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
Bila dah dewasa, skil mereka jadi kurang, tidak yakin pada kebolehan diri lalu skil yg ada tidak diguinakan sepenuhnya, gerakan badan ketika mengelecek boleh dibaca pihak lawan. Kita akan terus kekal di bawah jika perkara tadi tidak diperbaiki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
Pada pandangan saya, pemain kita tidak dilatih dgn skil, cara lecekan dan teknik sepakan yg padu di peringkat rendah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Kita semakin jauh merosot, siapa yg harus di persalahkan FAM, pengurusan, jurulatih pemain atau peminat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
Bangkitlah wahai Harimau Malaya, agar Piala Suzuki AFF dpt dipertahankan. Amat sukar dipertahankan drp mengejar kejuaraan baru.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Kalau kalah sebentar tadi (Malam), pasti tahap kita lebih rendah lagi. Moral kita tercemar. Nasib baik seri 1-1, jika tidak Set Bangla berpesta di bandaraya KL, meraikan kejayaan pasukan mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Tak tahu nak kata apa lagi, kecewapun ada, marah pun ada, geram pun ada, rasa nak hentam lebih2 pun ada, ahhhh no komen banyak2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bertapa Sukarnya Menjadikan Entri kita Blog Paling Popular Dalam “Anugerah Pertandingan Blog Paling Popular 2”.
oh tidak kenapa….dah ler tempat keja saya ada cleaner bangla…rupanya sama level jer ngan Malaysia huhu…
Curahan rasa Norizwan @ ..Mohon kerjasama untuk mengesan Orang hilang
Tahap kita dgn Bangla sama saja, nampaknya dia lebih menyerlah. Kenapa kita tiada penyerang yg betul2 bisa/menyengat. Kata org “Penyerang Cap Ayam”.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
mmg memalukan. lebih memalukan kalau mmg btol ada pekerja bangladesh yg dtg msia je yg main utk team mlm ni. save bajet sket xyh hantar team btol. huhu. hai malaysia2
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Awan Buatan Dalam Kediaman Oleh Berndnaut Smilde: Rekaan Terbaik Majalah TIME 2012
Nampaknya bolasepak kita tidak akan ke mana, pi mai pi mai tang tu. Tidak ada peningkatan, jauh ketinggalan dgn Jepun, Korea, China,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bertapa Sukarnya Menjadikan Entri kita Blog Paling Popular Dalam “Anugerah Pertandingan Blog Paling Popular 2”.
Datuk Rajagopal semakin hilang sengat dgn strategi yg diatur.Pasti menjadi isu hangat nanti di dada akhbar esok nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bertapa Sukarnya Menjadikan Entri kita Blog Paling Popular Dalam “Anugerah Pertandingan Blog Paling Popular 2”.
apa lagi alasan yg nk diberikan agaknya?
jersi baru dh bg.
player2 star Harimau Malaya smo ada isu negatif yg xde kaitan ngan bola
Apek tgh pk bajet nk kawin.
Mat Yo gantung xbertali.
Safee plak lps cerai mcm hampeh je main.
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Verso Shelf Oleh Mikko Halonen: Rak Inspirasi Daripada Tangga
Comments are closed.