Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tahun ini tak dapat jemputan untuk majlis softlaunch Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW2014) seperti tahun sebelumnya. Walau tak dapat jemputan Malaysia Social Media Week banyak sangat jasa kepada blog Denaihati. Boleh tengok kat link Past Winners terpampang dua tahun berturut-turut nama Denaihati dalam senarai pemenang anugerah.
Apa lagi nak komplen dua kali menang anugerah “Best blog of the year 2012” dan “Most Creative blog 2013” telah meletakan blog Denaihati kesatu tahap yang sangat berbeza walaupun jauh lagi daripada top blog Malaysia Beautifulnara.com, Paultan.org dan Amanz.my. Penjenamaan yang diperolehi daripada MSMW sangat perkasa dan jangan sesekali dilepaskan kepada Blogger yang ada cita-cita besar dengan blognya.
24 – 28 Februari 2014 sekali lagi Malaysia Social Media Week akan berlansung. Mungkin kita terlalu fokus MSMW dengan anugerah blog sehingga terlupa banyak aktiviti ilmu lain yang berlansung serentak. Selain daripada anugerah untuk berbagai katogeri blog MSMW2014 juga menganjurkan persidangan, bengkel dan twitterthon. Banyak sangat perkongsian ilmu daripada pakar-pakar sosial media dari dalam dan luar negara. Kepada Blogger yang ada cita-cita besar dalam dunia blog tolonglah jangan bagi macam-macam alasan untuk tidak hadirkan diri. Setiap tahun dewan penuh dengan peserta dari berbagai negara tapi boleh dibilang berapa kerat sangat rakan blogger khasnya blogger melayu yang datang menimba ilmu.
Nak berjaya dalam apa sahaja bidang mesti ada pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga kalau tidak jangan harap setakat cakap besar macam orang politik tapi tak kemana. Jom daftar untuk “World Bloggers and Social Media Summit” dan masa inilah nak guna skil PR kita untuk dapat sponsor daripada banyak syarikat yang telah kita bantu selama ini. Buat proposal cantik-cantik minta syarikat tersebut sponsor yuran MSMW2014 sebagai pulangan tuliskan advetorial untuk syarikat tersebut.
Kepada Rakan Blogger jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anugerah blog daripada 15 katogeri yang disediakan. Masa ini baru kita pening nak katogerikan blog kita ni sebenarnya masuk dalam katogeri apa melainkan memang dah jelas NICHE blog. Bila masuk pertandingan memanglah nak menang tetapi yang paling penting bila masuk MSMW2014 ini adalah untuk penjenamaan. Dah masuk mestilah kena ada usaha untuk menang jangan setakat daftar dan biar bergitu dan mengharapa penjenamaan akan berlaku secara automatik … tak semudah itu. Seperti kata Cikgu Cendol “sama ada kita mahu bertindak atau tidak sahaja“. Jom daftar di “World Bloggers and Social Media Awards 2014“.
Katogeri Anugerah Blog MSMW2014
- Best Auto Blog
- Best Business Blog
- Best Celebrity Blog
- Best Music& Entertainment Blog
- Best CSR Blog
- Best Educational Blog
- Best Foodie Blog
- Best Gossip Blog
- Best Photography Blog
- Best Gadgets Blog
- Best Shopping Blog
- Best Sports Blog
- Best Travel Blog
- Best Lifestyle Blog
- Best Micro Blog
Kepada yang sudah mendaftar dan akan mendaftar sila maklumkan kepada rakan-rakan jadi bolehlah kami semua memberi undi. Jangan lupa buat entri khas anugerah yang anda masuk di blog anda dan tinggalkan link di commentLuv di ruangan komen di bawah. Kepada yang dah daftar jangan lupa buat 2 – 3 entri tentang MSMW2014 sebab ini antara perkara yang juri akan nilaikan dalam pemilihan pemenang kalau tak percaya baca kat link kriteria pemenang MSMW2014.
Inshaa Allah panjang umur dan semuga ALLAH bagi kesihatan yang baik pada 24 – 28 Februari kita berjumpa di Royale Chulan untuk menimba sebanyak ilmu di Malaysia Social Media Week 2014. Jadikan MSMW2014 sebagai reunion terbesar Blogger sebelum Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 yang akan dianjurkan awal Mac 2014.
154 Comments
Mencalonkan diri sekali lagi. Haha nampak tu, memang bersungguh sungguh 2014 ni, sebab pagi kerja, malam rest ada masa BW, nak up balik/ tarik pembaca blog syahrilhafiz.com yang sudah lama bersarang 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Tarikh – Tarikh Penting UPU 2014/2015 ( IPTA 2014 )
In Sha Allah tahun ni nak masuk dalam kategori sama macam tahun lepas, tapi nak nominasi blog lain … 🙂
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Semak Keputusan Terima BR1M 3.0
MSMW datang kembali…. tahun lepas bertanding di Kategori Fav Innovative Blog tapi tewas di belakang Ariff Shah.. Tahun ni kategori yang sama tidak dipertandingkan.. tengah mencongak kategori mana nak bertanding ni… =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Model Terbaru Telefon Pintar Lenovo Vibe X
untuk yang hebat-hebat saja ni 🙂
Curahan rasa Bobo @ ..Baju Hujan Pilihan
MSWW2014 ni memang terbaiklah,saya rasa blog Denaihati mesti turut serta sekali nanti
Curahan rasa wazy @ ..Aura Beauty Perfect
Moga dipermudahkan urusan kita didunia nie…
Curahan rasa shahfir @ ..PULAU SOCOTRA YANG PELIK DAN UNIK
Blog DH masuk dalam senarai mana tahun ini. Pastinya mereka yang hebat-hebat berada dalam senari tahun ini. Dh kena join, saya suka blog DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Ketiga Dari Jobdirumah
bos x nak join lagi ker……sama2 meriahkan msmw 2014
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Percutian Ke Indonesia – Jakarta Aku Datang
Bro DH kena join.. blog DH ramai peminat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Ketiga Dari Jobdirumah
Terbaik! MSMW2014 pasti lebih hebat. Sama2 kita ambil kesempatan bilamana ada ruang.
thanks tuan DH berkongsi
Curahan rasa hafizmd @ ..SirapLimau.com? Segar Lagi Menyegarkan? Betul ke?
terbaikkkk.. mia tumpang tengok dari jauh je..
Curahan rasa mia liana @ ..Hadiah Birthday Dari Kak Aida
orang jauh laaa kena datang ambik award,, mia liana bukan calang2 blogger jugak..
Curahan rasa KiD @ ..Saka Penyebab Kanser?
takde orang nak tolong submitkan.. nak submit sendiri malu.
Curahan rasa zool @ ..Kejutan Hari Ini : Jemputan Majlis Perkahwinan
Apa nak malu bang zool
Silakanlah submit. Mana tahu, juri berkenan dgn blog bang zool =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
betul.jadikan pertemuan MSMW2014 reunion terbesar blogger.. 🙂
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW) ?
Dah daftar di MSMW 2014, tapi belum disahkan lagi oleh pihak penganjur. Saja je..daftar untuk mencari pengalaman baru dan agar blog saya dikenali oleh blogger lain jugak. Semoga berjaya lagi buat tuan DH.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..World Blogger And Social Media Award 2014 – Platform Terbaik Untuk Blogger
kalau selalu datang ke denaihati memang akan dikenali blogger lain..
Betul juga tu bro Kamil. Bagus utk penjenamaan blog.
Curahan rasa hafizmd @ ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
betul..ini satu lg peluang utk blogger lakukan anjakan paradigma..hrpnya ada peluang utk pertama kali join msmw2014 ni..
Curahan rasa JMR @ ..Aktiviti syok di Pantai Teluk Kemang
Biasa ambil masa berapa lama. Dah nominate blog, tengok takde tercalon pun. Huh rasa belum layak je 😀
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Controllers for All – Main Games Di iPhones, iPod & iPad Guna PS3 Controller
Comments are closed.