Malaysia final Pesta Bola Merdeka 2013 apa harapan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, minat aku kepada bola sepak Malaysia segar semula apabila menyaksikan perlawanan Piala Suzuki 2010. Prestasi bola sepak Malaysia jatuh menjunam selepas era arwah Moktar Dahari menyebabkan tak ramai yang memandang. Sebelum ini rasanya pegawai-pegawai FAM yang macam tak buat kerja lebih terkenal daripada pemain-pemain kebangsaan.

Suatu masa dahulu Pesta Bola Merdeka adalah medan pertandingan yang sangat berprestij di Asia sehingga dapat menarik pasukan besar Asia seperti Korea, Jepun, pasukan daripada negara Arab dan kelab-kelab besar daripada Europe. Akibat daripada pasukan Kebangsaan Malaysia yang semakin lemah daya tarikan Pesta Bola Merdeka kian hilang. Itulah nasib bola sepak Malaysia tetapi pentadbiran FAM tidak pernah nak mengaku kesilapan masih duduk dikerusi tanpa rasa malu.

Jom pasang banner Harimau Malaya tanda sokongan kepada Pasukan Malaysia. Dapatkan di SINI.

Harimau Malaya

Aku pun ada sejarah dengan Pesta Bola Merdeka teringat kisah legenda budak hostel ketika itu bersekolah di Sekolah Alam Shah, Cheras sanggup panjat pagar demi nak menonton kehebatan Zainal Abidin Hassan beraksi di Stadium Merdeka. Nasib baik tak kena tangkap dengan cikgu disiplin ketika menyusup masuk balik dari menonton Pesta Bola Merdeka. Pengalaman duduk asrama ini memang best boleh jadi macam-macam entri blog … heeee.

Alhamdulillah banyak peningkatan bola sepak Malaysia walaupun terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan pasukan kebangsaan Korea dan Jepun. Malaysia yang diwakili oleh Harimau Muda untuk persaingan Pesta Bola Merdeka 2013 telah menunjukan prestasi yang baik.

Keputusan Pesta Bola Merdeka 2013 untuk pasukan Harimau Muda

[box type=”shadow”]Malaysia vs Singapore : 1 – 0

Malaysia vs Myanmar : 2 – 1

Malaysia vs Thailand : 3 – 0[/box]

Pasukan Malaysia layak ke final menentang Mynmar pada 14/9/13 setelah menang ketiga-tiga perlawan pusingan awal. Melihat pemain-pemain Harimau Malaysia beraksi seperti Wan Zack Haikal yang sekarang bermain di Liga Jepun memberi sinar kepada bola sepak Malaysia. Paling penting ranking dunia Pasukan Kebangsaan Malaysia mesti ditingkatkan bawah 70 supaya pemain-pemain muda ini dapat beraksi di Liga Eropah seperti pemain-pemain Korea dan Jepun.

Aksi Wan Zack Hikal ala David Beckam ketika menentang Myanmar … mamat ini memang ada masa depan kalau tak hanyut dengan duit seperti kebanyakan pemain lain.

Live-Malaysia-vs-Myanmar-final-pestabola-merdeka-2013

Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka 2013

Keputusan Malaysia vs Myanmar : 1 – 0

Harga tiket final Pesta Bola Merdeka 2013

  1. Tempat duduk biasa – RM20
  2. Grandstand – RM50

Live Streaming Malaysia vs Myanmar


Ada harapankah pasukan Malaysia untuk menjuarai Pestabola Merdeka 2013 kerana Myanmar bukan pasukan belasahan.


Spread the love

34 Comments

  1. Malaysia nampak sedikit meningkat akhir2 ni….ranking skuad senior pun naik sikit ke 161 walaupun kalah dengan china hari tu…harap2 FAM terus dapat buat aksi persahabatan kelas A untuk naikkan ranking negara…sbb ranking penting utk pemain kita pergi lebih jauh..

    Malam ni, ambe sasarkan kalau Malaysia mampu main sama atau lebih baik berbanding semasa aksi awal menang 2-1 hari, insyaAllah boleh menang….dgn syarat kena mark betul2 pemain myanmar yg laju2 tu…

    insyaAllah Malaysia menang….Malaysia Boleh!
    Curahan rasa hafizmd @ ..Malaysia vs Myanmar Akhir Pestabola Merdeka!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!