Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur ALLAH masih pilih aku dan keluarga dapat merayakan kemerdekaan Malaysia kali ke 57. Setelah mengembara berpuluh-puluh negara di Asia dan Eropah aku merasakan Malaysia bukanlah negara paling terbaik tetapi yang terbaik untuk diri aku. Bersyukur sangat dengan segala apa yang aku nikmati di Malaysia, tidak terhitung dengan perkataan banyaknya. Bumi yang aku cintai dan di sinilah lahirnya sebuah cinta abadi.
Malaysia sudah 57 tahun Merdeka tetapi adakah kita sudah merdeka atau kita juga semakin hilang bersama misteri sebuah bangsa yang hilang di timur jauh. Bangsa lain semakin mengorak langkah menguasai segala bidang di bumi tercinta Malaysia tetapi bangsa kita masih bercelaru dengan kuasa politik. Kita masih suka berpolimik di sosial media daripada mengubah jati diri menjadi manusia yang berjaya. Apabila gagal kita mencari berbagai alasan untuk tidak mahu berubah. Sayang betul kita dengan sifat dan tabiat lama walaupun ianya lansung tidak menguntungkan diri sendiri.
Tersentuh hati apabila mendengar setiap patah lirik lagu Warisan nyanyian Datuk Sudirman Haji Arshad.
- Sila tulis satu entri dengan tajuk “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” lebih 300 ratus perkataan.
- Publishkan entri anda pada 31/8/2014 (jam 12.00 am – 11.59 pm)
- Entri mesti original bukan copy paste.
- Tampalkan satu banner denaihati yang boleh diambil di SINI (satu banner cukup jadi kalau dah ada tak perlu tapi nak tukar boleh)
- Letakkan sekurang-kurangnya satu backlink ke blog denaihati.com
- Sila kirimkan url entri kemerdekaan anda di SINI.
- Entri yang cukup syarat dan menarik akan mendapat hadiah RM100.
Sudah tiba masanya kita meMERDEKAkan diri dengan mengikut cara dan panduan hidup yang terbaik iaitu cara hidup Rasulullah SAW.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
189 Comments
moga para pemimpin sekarang bijak memacu malaysia menjadi seperti yang dirancang…
Curahan rasa sohoque @ ..Cara Elakkan Rakan Anda Meluat Dengan Status Media Sosial Anda!
Dapatkah kita menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Jika dapat bagaimana dengan kehidupan rakyat Malaysia? Adakah lebih parah?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Kehidupan zaman ini kita dituntut lebih berdisplin kerana ramai yang mula nak membuat kacau-bilau di negara kita dari dalam dan di luar negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Banyak lagi yang harus kita perbaiki sistem politik di Malaysia jika mahu menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Kini bukan masanya untuk kita berpeluk tubuh, Malaysia haus pesat membangun untuk menjadi negara maju menjelang tahun 20202.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Jangan ada pengsenketaan antara kaum yang akan wujud di negara kita, kekalkan keharmoni antara kaum di Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Hidup seperti hari ini walaupun kosnya tinggi tapi masih lagi yang terbaik jika dibandingkan dengan negara serantau Asean.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Kita seharusnya berbangga apa yang ada hari ini. Kenikmatan hidup yang lebih sempurna.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Kenikmatan yang kita miliki kini pun daripada orang-orang terdahulu daripada kita yang sanggup berkorban demi mencapai kemerdekaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Walau apapun yang terjadi, kita perlu pertahankan tanahair kita daripada ancaman kuar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Negara kita telah maju jaya, ini semua pengorbanan pemimpin terdahulu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Di sini lahirnya sebuah cinta,
Di sini juga tempat kita dibesarkan,
Di sini juga kita hudup aman sentosa,
Di sini jualah kita mencapai kemerdekaan.
Sedap rasanya mendengar lagu Warisan Kita mendayu-dayu,
Setaip daripada kita mestilah bersatu.
Tanahair ku yang tercinta dan disayangi,
Tetap dipilihara kemerdekaannya walau apapun yang terjadi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Suka dengan lagu Warisan daripada Datuk Sudirman. Walaupun banyak versi namun versi Datuk Sudirman tetap jadi pujaan… 🙂
Comments are closed.