Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur ALLAH masih pilih aku dan keluarga dapat merayakan kemerdekaan Malaysia kali ke 57. Setelah mengembara berpuluh-puluh negara di Asia dan Eropah aku merasakan Malaysia bukanlah negara paling terbaik tetapi yang terbaik untuk diri aku. Bersyukur sangat dengan segala apa yang aku nikmati di Malaysia, tidak terhitung dengan perkataan banyaknya. Bumi yang aku cintai dan di sinilah lahirnya sebuah cinta abadi.
Malaysia sudah 57 tahun Merdeka tetapi adakah kita sudah merdeka atau kita juga semakin hilang bersama misteri sebuah bangsa yang hilang di timur jauh. Bangsa lain semakin mengorak langkah menguasai segala bidang di bumi tercinta Malaysia tetapi bangsa kita masih bercelaru dengan kuasa politik. Kita masih suka berpolimik di sosial media daripada mengubah jati diri menjadi manusia yang berjaya. Apabila gagal kita mencari berbagai alasan untuk tidak mahu berubah. Sayang betul kita dengan sifat dan tabiat lama walaupun ianya lansung tidak menguntungkan diri sendiri.
Tersentuh hati apabila mendengar setiap patah lirik lagu Warisan nyanyian Datuk Sudirman Haji Arshad.
- Sila tulis satu entri dengan tajuk “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” lebih 300 ratus perkataan.
- Publishkan entri anda pada 31/8/2014 (jam 12.00 am – 11.59 pm)
- Entri mesti original bukan copy paste.
- Tampalkan satu banner denaihati yang boleh diambil di SINI (satu banner cukup jadi kalau dah ada tak perlu tapi nak tukar boleh)
- Letakkan sekurang-kurangnya satu backlink ke blog denaihati.com
- Sila kirimkan url entri kemerdekaan anda di SINI.
- Entri yang cukup syarat dan menarik akan mendapat hadiah RM100.
Sudah tiba masanya kita meMERDEKAkan diri dengan mengikut cara dan panduan hidup yang terbaik iaitu cara hidup Rasulullah SAW.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
189 Comments
Tahun 2014 ini sudah 57 tahun Malaysia menjadi negara merdeka
Kedepannya semoga semakin maju dan damai
Curahan rasa Toni @ ..Penyakit Berbahaya Akibat Kekurangan Konsumsi Air Putih
saya baru tahu ada contest ini ahai…terlepas lagi sebarlah hati..
Curahan rasa suri @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
keputusan pun dah keluar ..tak pe suri belum rezeki tu!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah 3 Pemuda Yang Menginsafkan
Itulah…saya juga ketinggalan nak sertai segmen ini. Dah letak denaihati dalam bloglist tapi ada masalah feed. Sekarang ni dah Ok dan tak mahu lagi terlepas!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51
sebenarnya Malaysia itu masih saudara dg indonesia… salam persaudaraan,,, (Y)
Hantar penyertaan tapi terlewat la… mula2 diterima lepas tu ditolak. Rugi rasanya.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Berita Sensasi: Pantai Timur Sabah Dilanda Gempa Bumi
aik mula terima pastu tolak sebab lewat hurm..saya terlepas pandang juga. bukan titip menang tapi nak mencuba dan meriahkan suasana.
Curahan rasa suri @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
lagu Warisan memang menusuk kalbu dan menjadi lagu utama semasa Merdeka….
Curahan rasa asraff @ ..Johor Darul Takzim Buru Fernando Torres Bagi Musim 2016
Penangan lagu lama. Setiap bait lirik tu membawa sejuta makna dan boleh hati yang mendengar ni tersentuh. Allahyarham Sudirman memang seniman yang berbakat
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Wah dah miss this contest…Tahniah pada pemenang ya..
Salam kemerdekaan ke 57 DH…
Curahan rasa Raudzah @ ..Doktor Paling Di Percayai Di Malaysia
Tahniah juga pada pemenang. Beruntung dapat join contest ni, dapat lahirkan jiwa yang patriotik dan sayangkan negara tercinta !!
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
lagu warisan memang sinonim sebagai lagu kemerdekaan Malaysia…
Curahan rasa yangbaik @ ..2nd Giveaway by Miminadam
saya suka lagu warisan dan lagu selalu main kaca tv itu best juga
Curahan rasa suri @ ..Pukau Bonsai & Orkid 2014 Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
Betul tu, lagu tu membawa banyak makna yang tersurat dan tersirat untuk kita sama sama berfirkir dan muhasabah diri tentang macam mana nak majukan negara ini
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
minat sangat lagu ni, dan ye mmg menyentuh hati. banyak lagi tanggungjwab kita kepada islam dan negara.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Manfaat Mealshake Untuk Semua
Baru-baru ni dengar lagu kat TV3 Disini… Lahirnya.. Sebuah Cinta… Ingatkan perempuan menyanyi tengok-tengok lelaki.. Suara macam perempuan. Nama apa dia tu ek? Narmi ke apa?
Curahan rasa Ammar @ ..Kenapa Perempuan Cantik Susah Cari Jodoh?
kalau Narmi tu ada suara macam perempuan sikit…
Curahan rasa Denaihati @ ..Review lengkap blog adik beradik Fatihah Fazlin
merdeka dalam erti kata merdeka sebenar..bukan mudah tapi tidak mustahil.
Curahan rasa JMR @ ..Tumbuk ‘photographer’.
masih belum boleh merdeka bab cendol.
Tetap gila makan cendol.
Curahan rasa titan @ ..Komisen Pertama dari Advertorial.MY
bab cendol tak yah merdeka sangat, rugi pulak…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..YES 4G Tawarkan Tablet Acer Iconia One 7 secara PERCUMA
tak sempat nak join.. he he..
Setuju…
Sudah tiba masanya kita meMERDEKAkan diri dengan mengikut cara dan panduan hidup yang terbaik iaitu cara hidup Rasulullah SAW.
Curahan rasa fazrol @ ..Cabaran 30 hari – 5 cara memenangi hati aku!
Bersyukur tetapi sedih melihat bangsa ku sekarang.Jika sekarang dah mula kucar – kacir macam mana pula bila diri kita sendiri dah tak ada dalam dunia ni 🙁
Curahan rasa rahimah @ ..Anak Tak Gemar Buah-Buahan? Tarik Perhatian Mereka Dengan Alat Ini !
Betul tu, bangga tengok generasi kita dah semakin maju tapi dalam masa yang sama semakin melalaikan. Jangan la bangsa kita roboh dan dijajah lagi, dah tak sanggup rasanya
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Assalamualaikum,
Nak tanya, kenapa dalam bloglist saya, url denaihati tidak update entri. Salah url atau ada masalah feed. saya guna url ini : https://denaihati.com/
Curahan rasa BM @ ..Kenderaan Mesra Alam Sekitar
Mungkin kena letak /feed kat belakang..URL…boleh cuba…
Curahan rasa Denaihati @ ..Review lengkap blog adik beradik Fatihah Fazlin
Terima kasih… ianya berjaya 🙂
Curahan rasa BM @ ..Blog Anda, Hak Anda, Cara Anda
alhamdulillah nampak ada hadiah.. ada rezekei atau tak belum pasti.. hihi!!!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Comments are closed.