Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur ALLAH masih pilih aku dan keluarga dapat merayakan kemerdekaan Malaysia kali ke 57. Setelah mengembara berpuluh-puluh negara di Asia dan Eropah aku merasakan Malaysia bukanlah negara paling terbaik tetapi yang terbaik untuk diri aku. Bersyukur sangat dengan segala apa yang aku nikmati di Malaysia, tidak terhitung dengan perkataan banyaknya. Bumi yang aku cintai dan di sinilah lahirnya sebuah cinta abadi.
Malaysia sudah 57 tahun Merdeka tetapi adakah kita sudah merdeka atau kita juga semakin hilang bersama misteri sebuah bangsa yang hilang di timur jauh. Bangsa lain semakin mengorak langkah menguasai segala bidang di bumi tercinta Malaysia tetapi bangsa kita masih bercelaru dengan kuasa politik. Kita masih suka berpolimik di sosial media daripada mengubah jati diri menjadi manusia yang berjaya. Apabila gagal kita mencari berbagai alasan untuk tidak mahu berubah. Sayang betul kita dengan sifat dan tabiat lama walaupun ianya lansung tidak menguntungkan diri sendiri.
Tersentuh hati apabila mendengar setiap patah lirik lagu Warisan nyanyian Datuk Sudirman Haji Arshad.
- Sila tulis satu entri dengan tajuk “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” lebih 300 ratus perkataan.
- Publishkan entri anda pada 31/8/2014 (jam 12.00 am – 11.59 pm)
- Entri mesti original bukan copy paste.
- Tampalkan satu banner denaihati yang boleh diambil di SINI (satu banner cukup jadi kalau dah ada tak perlu tapi nak tukar boleh)
- Letakkan sekurang-kurangnya satu backlink ke blog denaihati.com
- Sila kirimkan url entri kemerdekaan anda di SINI.
- Entri yang cukup syarat dan menarik akan mendapat hadiah RM100.
Sudah tiba masanya kita meMERDEKAkan diri dengan mengikut cara dan panduan hidup yang terbaik iaitu cara hidup Rasulullah SAW.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
189 Comments
jangan gadaikan keamanan yang kita kecapi, sama-sama menjaga kedamaian yang kita lalui, saling menghormati antara satu sama lain.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Salam Kemerdekaan Ke-57 | Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Hidup Malaysia, harap suatu hari Demokrasi akan dicapai!
Selamat Hari Jadi ke Malaysia yang amat disayangi.
Curahan rasa Teoh @ ..Get Your Business Online With Only RM500 Capital
Tema kali ni best sebab dipetik dari sebuah lagu di mana semua rakyat Malaysia boleh nyanyi lagu tersebut.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57. Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta buat semua rakyat Malaysia.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Salam Kemerdekaan Ke-57 | Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
sifat dan tabiat lama yang buruk perlu ditinggalkan.. selamat MERDEKA!!!
Curahan rasa KiD @ ..Silap Mata Houdini di History Channel
tema tahun ni memang best.
gua suka.
Curahan rasa titan @ ..Malaysia Di sini lahirnya sebuah CINTA.
gua pun suka, lagi tema pun boleh tahan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Bagaimana memasukkan table ke dalam artikel
salam kemerdekaan yg ke 57 Malaysia…
Curahan rasa Nazlin Arde @ ..Blouse Cotton Muslimah Koleksi Haifa
saya turut join.. harap ada rezeki di sini.. selamat hari merdeka!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Alhamdulillah… tepat 8.57 malam siap juga entri ni… dari pagi tadi sambil bergelut ngan anak2. huhu…
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
selamat menyambut hari kemerdekaan..
insyaAllah akan join contest nie..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Kereta terbaru PROTON
Salam kemerdekaan..semoga negara kita terus harmoni , aman dan makmur..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Aminn. harapan setiap warga negara Malaysia. semuha kekal aman makmur.
Curahan rasa Denaihati @ ..YES 4G Tawarkan Tablet Acer Iconia One 7 secara PERCUMA
Comments are closed.