Nisfu Syaaban antara yang dilarang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada entri tahun lepas aku ada menyentuh tentang amalan membaca Yassin 3x pada malam Nisfu Syaaban yang sering diamalkan pada 15 Syaaban setiap tahun. Kepada yang belum baca isu bacaan Yassin 3x boleh je terus ke entri Nisfu Syaaban Malam Pengampunan. Selain daripada amalan membaca Yassin 3x ada juga amalan solat sunat Nisfu Syaaban yang dilakukan secara berjemaah di surau atau masjid tertentu.

Mengikut petikan di buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh tulisan Usman AlKhaibawi alih bahasa oleh Dr. Syamsudin Manap solat sunat Nisfu Syaaban antara yang dilarang diamalkan pada malam Nisfu Syaaban :

Demikianlah anggapan perbuatan sunat di malam itu dengan mengerjakan solat berjemaah adalah bid’ah yang buruk dan wajib ditentang. Kerana ahli Fikah telah sepakat akan makruhnya solat sunat berjemaah selain solat Terawih, Istisqo’, Khusuf (Gerhana), dari pendapat Imam yang empat selainnya di luar pendapat mereka. Dan solat yang dikerjakan dengan berjemaah yang banyak pada malam itu kemudian dinamakan solat Bara’ah, juga hukumnya bida’ah, kerana tidak pernah ada di masa sahabat dan tidak pula ada pada masa Tabi’in.

Maka sebaiknya untuk orang yang lemah, supaya menghindari perbuatan yang mungkar ini, dengan tidak mendatangi jemaah di malam pertengahan bulan Syaaban, cukup mencukupkan solat di rumah sahaja, kalaulah tidak didapatkan Masjid yang terhindar dari perbuatan bida’ah tersebut, kerana solat berjemaah di Masjid itu hukumnya pun sunat dan wajib untuk solat fardu.

Ramai Ulama yang tidak melarang untuk memperbanyakan solat sunat seperti solat sunat taubat, tahjud dan istiqarah di rumah sebagaimana yang telah diamalkan pada malam-malam yang lain tetapi tidak solat sunat Nisfu Syaaban. Selain itu melebihkan bacaan Al Quran, Dzikir dan banyak berdoa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana pintu rahmat dibuka luas pada malam Nisfu Syaaban.

Kelebihan bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban terlalu banyak walaupun ada KHILAFnya, mungkin rakan blogger ada membaca dari sumber lain yang boleh dikongsikan bersama untuk menambahkan ilmu kita bersama.

Bacaan yang lain :


Spread the love

45 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!