Setelah meninggal dunia, jasa mungkin dilupakan

Spread the love

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Syaaban,

Perkongsian ini dibuat oleh seorang pengguna di Facebook, di mana beliau menceritakan tentang rutin manusia mengikut umur daripada mula di alam persekolahan sehingga mati. Perkongsian beliau telah mendapat sebanyak 262 likes dan 38 share;


– 7-12 tahun, sekolah rendah
– 13-17 tahun, sekolah menengah
– 18-22 tahun, masuk Universiti
– 22-30 tahun, sibuk bekerja supaya naik pangkat
– 30-40 tahun, sibuk bekerja supaya pencen ada gaji
– 50-60 tahun, sibuk bekerja sebab anak masuk universiti
– 60-70 tahun, Sibuk bekerja sebab anak nak kahwin
– 70-80 tahun, Mati tengah kerja

Beliau berkongsi, “Apabila masuk alam kubur nanti, Allah taala tidak tanya pun dahulu kita kerja apa.” “Berapa gaji kita.” “Naik pangkat ke tidak.” “Berapa orang anak masuk universiti dan berapa orang yang sudah mendirikan rumah tangga.”

“Dahulu rasa macam penting sangat kalau tidak ada Satu Dunia ni. Rasa susah. “Tetapi bila mati, orang tak ingat pun jasa kita.”

“Di mana Sukarno, di mana Suharto di mana Perdana Menteri Malaysia yang pertama, di mana yang jadi Bapa kemerdekaan, di mana Tun Razak yang jadi Bapa Pembangunan, di mana Firaun yang mengaku tuhan, di mana Namrud yang mengaku raja seluruh alam.

“Lupa nak bagitahu mati tak semestinya umur 80 tahun. Umur 10 tahun pun ada yang mati, umur 20 tahun pun ada yang mati, malah umur 40 tahun pun ada yang mati.”

“Semua ini Allah taala buat kerana nak bagitahu kita pekara yang sama. Esok kita mati mungkin anak isteri kita kesedihan. Tetapi selepas beberapa bulan, tiada lagi kesedihan mereka yang ada hanyalah harta kita sedang di bahagi-bahagikan. Isteri kita sedang disapa oleh kekasih lama yang mengajak nikah semula setelah hilang sekian lama.”

“Lalu bernikah lah mereka, kenderaan mewah yang kita beli dipakai oleh suami baru mantan isteri kita. Baju, kain pelikat dan isteri kita juga sudah melupakan kita yang bersendiri di dalam kubur.”

“Sungguh Hampa.” Dulu seluruh masa kita berkorban untuk mereka. kita rasa seronok dengan pujian mereka. Suami saya hebat, bapa saya hebat, teman perniagaan pun sering memuji “dia adalah seorang ahli perniagaan hebat.” tetapi di mana mereka?”

“Kita di lupakan seolah olah kita tidak pernah hidup. Kita sibuk jadi hamba kerja, hamba anak isteri, hamba pejabat, hamba dunia, dan kita lupa nak jadi hamba Allah!

Ya Allah ampun dosaKu. Aku banyak dosa, kaki aku banyak dosa, tangan aku pun berdosa, mata aku pun berdosa, hati aku pun banyak dosa. Ampunkan semua dosa sebelum nafas sampai di kerongkong, Ya Allah. “Akhir kalam aku dengan kalimah Allah. Dan mati kan aku sebagai hamba Allah.

Aamiin.

Dipetik daripada Facebook: Mohd Amin Hassan


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!