Doktor maut selepas merawat jangkitan koronavirus

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Seorang doktor yang bernama Liang Wudong yang bekerja di wilayah Huabei, China di pusat penyebaran koronovirus maut akibat virus korona yang tular di negara tersebut baru-baru ini.

Pada usia beliau 62 tahun masih lagi berkhidmat untuk membantu ramai orang di sana yang terkena jangitan koronavirus di Bandar Wuhan akhirnya maut terkena wabak itu.

Kisah yang menyayat hati ini telah menjadi tular. Liang Wudong disyaki terkena koronavirus itu pada minggu lepas. Setelah itu, beliau kemudian bergegas dimasukkan ke Hospital Jinyintan di Wuhan. Akhirnya, dia meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama sembilan hari.

Lebih dari 20 hospital di Wuhan telah memohon bantuan untuk mendapatkan topeng, sarung lateks, baju pemedahan dan gogal pelindung.

Kementerian Kewangan China juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 580 juta kepada pihak berkuasa Huabie untuk menyekat dan mencegah virus itu.

Di samping itu, Bank Pembangunan China juga telah meluluskan peruntukan yang berjumlah RM1.1 billion pinjaman kecemasan kepada Wuhan untuk merawat kes yang melanda di negara tersebut.

Jumlah kematian akibat jangkitan virus Wuhan kini telah mencecah 41 orang dengan lebih 1300 kes telah disahkan.

Baca juga: Malaysia perketatkan pintu masuk negara asbab wabak koronavirus

Baca juga: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Baca juga: Koronavirus menyerang Asia dan Amerika Syarikat


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!