Makanan Ahli Syurga Menurut Al-Quran

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Syurga itu sebuah tempat yang penuh dengan nikmat buat mereka yang beriman dan beramal soleh semasa hidupnya di dunia. Ia sebuah tempat balasan bagi mereka yang melakukan kebaikan dan buat mereka yang ingkar, tempat yang sepatutnya adalah di neraka.

Di syurga, para penghuninya boleh meminta dan melakukan apa sahaja termasuk makan dan minum segala yang diinginkan. Banyak dalil daripada kalam Allah dan juga hadis Baginda SAW yang menyebut mengenai makanan penghuni syurga, antaranya ialah:

1- Arak Yang Tidak Membahayakan

يُطَافُ عَلَيْهِم بِكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ
بَيْضَاءَ لَذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ
لَا فِيهَا غَوْلٌ وَلَا هُمْ عَنْهَا يُنزَفُونَ

Mafhum: “Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya bagi orang-orang yang meminumnya. Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.” (Surah As-Saffat, 37:45-47)

2- Daging Burung Sebagai Makanan

وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ
وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ

Mafhum: “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.” (Surah Al-Waqiah, 56: 20-21)

3- Air Susu Dan Madu

مَّثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ فِيهَا أَنْهَارٌ مِّن مَّاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِّن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّ

Mafhum: “Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.” (Surah Muhammad, 47:15)

Kesimpulan

Nikmat di syurga itu merupakan nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan mata kasar. Walaupun Baginda SAW telah menceritakan mengenai perihal syurga, namun apa yang dibayangkan dalam kepala anda itu sekadar bayangan kasar, tetapi gambaran sepenuhnya, hanya Allah yang mengetahuinya. Ayuh kita berusaha untuk memperbaiki amal sehingga melayakkan diri ke syurga.

Wallahu a’alam.

Dah baca? Klik share 🙂

Sumber : Tazkirah


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!