Kewajipan menunaikan zakat kepada institusi zakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zakat membawa berkat. Kisah zakat bermula sejak beribu tahun lalu dan alhamdulillah kita semua mengamalkan perintah membayar zakat ini.

Sebelum zakat ditadbir dan diurus secara lebih sistematik oleh Rasulullah SAW berdasarkan kepada kadar nisab, haul dan had kifayah sebagaimana yang diamalkan sekarang, negara Islam Madinah bergantung sepenuhnya kepada sumber as-sadaqat (sedekah, sumbangan sukarela) bagi membiayai pentadbiran dan operasinya.

Kewajipan Menunaikan Zakat

Baginda SAW pernah memerintahkan beberapa orang sahabatnya untuk keluar memungut as-sadaqat, bagi menampung kos pembangunan dan operasi Kota Madinah termasuk projek infrastruktur yang bakal dilaksanakan.

Namun selepas turunnya wahyu, zakat menjadi suatu kewajipan sebagaimana firman-Nya;

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. at-Taubah : 103.

Pemerintah melantik amil-amil sebagai pemegang amanah memungut dan menguruskan zakat bagi kepentingan ekonomi dan maslahah umat Islam.

Jumhur fuqaha’ bersetuju bahawa ayat al-Quran di atas merupakan dalil wajibnya menunaikan zakat kepada pemerintah.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dalam konteks Malaysia, pengurusan dan pentadbiran zakat dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing kerana Sultan atau Raja di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam negeri.

Selaku Ketua negara Islam Madinah, Rasulullah SAW berhak mengutip zakat dan melantik amil-amil di kalangan para sahabat baginda yang terpilih dan memenuhi kriteria tertentu bagi mengurus dan mentadbir hasil mahsul negara.

Dalil di atas juga menjadi hujah kukuh bagi Abu Bakar as-Siddiq, selaku Ketua negara Islam Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW, untuk mengutip zakat, sehinggakan beliau berkata;

“Jika mereka enggan membayar walaupun seekor kambing yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah, nescaya akan aku perangi mereka itu”.

Zakat merupakan sumber ekonomi dan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Sebarang elemen dan anasir yang cuba menghakis keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat dianggap sebagai perosak kepada ekonomi umat Islam.

Secara asasnya zakat merupakan kewajipan yang jelas dalam Islam bagi setiap individu dan harta yang dikenakan zakat.

Namun begitu zakat bukan sekadar urusan individu tetapi melibatkan soal tanggungjawab dan campurtangan pemerintah menerusi Baitulmal dan seumpamanya untuk menguruskan zakat secara sistematik dari aspek kutipan dan agihan serta pengurusan wang zakat.

Para fuqaha’ berpandangan bahawasanya pemerintah berkuasa memungut zakat dari harta-harta zahir dan sekiranya diminta untuk ditunaikan, maka wajib bagi rakyat membayar kepadanya. 

Secara umumnya, agihan dilihat lebih sistematik dan menyeluruh jika dibuat menerusi institusi amil seperti Baitulmal dan pihak berkuasa zakat negeri.

Perlu diberikan perhatian juga, amil juga adalah asnaf yang layak menerima zakat.

5 Comments

  1. Hukum mengeluarkannya adalah wajib secara mutlak. Oleh kerana itulah, Islam telah memperincikan zakat sebagai ibadah yang mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Selagi seseorang Muslim itu belum memenuhi syarat-syarat yang melayakkannya berzakat, maka tidak wajib baginya mengeluarkan zakat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!