Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Bermula 2 Ramadan 1442H bersamaan 14 April 2021, orang ramai boleh terus mengikuti satu episod My #HadithTime pada hari dan masa yang sama.
Pada hari khamis bersamaan 1 April majlis pelancaran MY #HadithTime telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Turut bersama Pengasas WUIF yang juga Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman.
Akan berlangsung majlis pelancaran My #hadithtime oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)@Karangkraf @SinarOnline @myhadithtime @Hussamuddin #rasulullahsuriteladan pic.twitter.com/pgLIoxvXx9
— Santapan Minda 🇲🇾 (@SantapanMinda) April 1, 2021
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, My #HadithTime bersiaran sebanyak 60 episod pada musim pertama penerbitannya.
Rancangan itu akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 hingga 5.30 petang bermula Khamis (1 April 2021).
“Sebagai permulaan, dua episod My #HadithTime akan ditayangkan serentak pada lsnin hingga Jumaat bermula 1 hingga 13 April ini.
“Paling istimewa, setiap minggu My #HadithTime akan menyiarkan segmen khas yang mendedahkan hadis viral tetapi tidak sahih,” katanya selepas Majlis Pelancaran My #HadithTime pada Khamis.
“Apabila ummah semakin faham maksud tadabbur dan isi al-Quran, kini My#HadithTime diterbitkan untuk menambah sumber rujukan. Hadis adalan sumber rujukan kedua selepas al-Quran.
“Jika al-Quran menjadi manual kehidupan, hadis menjadi jadual kehidupan kita. Hadis menjelaskan isi kandungan al-Quran yang diterjemahkan melalui Rasulullah SAW sebagai suri teladan. Hadis menjadi panduan kepada umat Islam untuk memahami hukum syarak yang diturunkan al-Quran.
Marhaini berkata, My #HadithTime menyasarkan penonton daripada golongan remaja dan dewasa.
Program berinteraksi dengan hadis itu akan dimulakan dengan bacaan al-Quran beserta huraian maksud umum ayat tersebut.
“Ayat al-Quran tersebut akan dihuraikan dengan satu hadis utama dan beberapa hadis sampingan,” katanya.
Semoga dengan adanya pengisian rancangan My #HadithTime menjadikan kita lebih faham tentang hadith Rasulullah SAW
𝐃𝐚𝐡 𝐥𝐢𝐤𝐞, 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐛𝐜𝐫𝐢𝐛𝐞 𝐩𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐌𝐲 #𝐇𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡𝐓𝐢𝐦𝐞?
— My #HadithTime (@myhadithtime) April 1, 2021
Facebook: https://t.co/RU7Q4hCKv6
Instagram: https://t.co/qoMRjbKDcG
Youtube: https://t.co/jGmNr3Uc8F
My #HadithTime#RasulullahSuriTeladan pic.twitter.com/2i1IiaXSDb
Sumber: Sinar Harian
- Biadap sungguh! Rejim Israel jadikan masjid sebagai kelab malam
- Hibah Amanah, cara mudah untuk waris tuntut harta pusaka ASB
- Awas! Doktor ini beri peringatan bahaya guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging qurban
- 10 Isu Zakat Yang Sering Kita Pertikai
- Perintah Diraja : Arab Saudi buat struktur semula caj haji, visa transit dan umrah