Biadap sungguh! Rejim Israel jadikan masjid sebagai kelab malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak berkuasa Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila menukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang diduduki menjadi sebuah kelab malam.

Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.

Difahamkan, Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke-13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar. Ia mula diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.

Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

Masjid itu kini dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat.

Ia dijadikan bar dan dewan perkahwinan oleh firma yang ada kaitan dengan majlis perbandaran Israel. Namanya turut ditukar kepada Khan Al-Ahmar.

Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim.

“Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi),” Mustafa Abbas.

Penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.

Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Tabari menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran.

Beberapa tahun lalu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid aAl-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.

5 Comments

  1. Aku harap rejim zionis di timpa bencana yang sagat dasyat dan besar sebb mempermainkn masjid dan agama dan aniayai saudara kami islam .. amin amin amin

  2. Nampaknya rejim zionis memang cari sebab untuk memanjangkan lagi sengketa mereka dengan rakyat palestine. Kita mesti konsisten menentang usaha tersebut sebelum mereka cuba meluaskan lagi cengkaman mereka.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!