Awas! Doktor ini beri peringatan bahaya guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging qurban

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Musim qurban telah hampir tiba lagi. Bermakna bulan Zulhijjah yang merupakan bulan umat Islam meraikan Aidil Adha. Dan bulan Zulhijjah jugalah ibadah qurban dilakukan.

Bila tiba 10 Zulhijjah, maka seekor demi seekor haiwan qurban disembelih. Tidak kira di taman, di kampung, di bandar, di masjid, di surau atau di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ibadah qurban yang sangat dituntut dilaksanakan dengan komuniti di tempat kita.

Kebanyakannya melakukan secara bergotong-royong dalam melaksakan ibadah qurban ini. Setelah sembelihan dilakukan, ia akan diagih-agihkan kepada kariah di tempat tersebut secara amnya.

Tempahan korban kambing Mekah boleh dibuat di Denaisell.com

Namun, di sini ada sebuah pesanan daripada Dr. Rosli Abd Jalil.

Pesan kepada AJK Masjid,
pesan kepada AJK qurban,
dan pesan kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidil Adha,
JANGAN gunakan plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban.

Plastik hitam dikhaskan untuk bungkus sampah.
BUKAN untuk bungkus daging atau makanan, ia dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran!

Disamping itu, bahan kimia dan bahan pewarna untuk pemprosesan plastik hitam adalah dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan sangat toksik kepada tubuh badan kita.

Sekiranya plastik hitam bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia dan ianya akan menyerap ke dalam daging tersebut dan secara tidak langsung ia akan merbahayakan pada tubuh badan kita.

Daging juga boleh tercemar dengan kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.

Sebaliknya gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban. Islam menggalakkan kebersihan.

Pesanan kesihatan oleh:
Dr. Rosli Abd Jalil.
‘Occupational Health Doctor’.

Ada betulnya juga dengan apa yang diperkatakan Dr. Rosli itu.

Plastik hitam yang biasa kita gunakan untuk membungkus sampah, jika kita gunakan untuk membungkus daging, pastinya akan memberikan mudharat. Gunakan plastik yang lutsinar lebih baik daripada gunakan plastik hitam yang kita gunakan untuk buang sampah.

Plastik hitam ni biasanya plastik yang dikitar semula dan kandungan Cadmium yang memberikan warna hitam pada plastik itu pun sebenarnya boleh menyebabkan kanser (carcinogenic).

Plastik ni juga biasanya jenis plastik yang Low Density Polyethylene (LDPE) yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan.

Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan peringatan baik buat kita semua. Bagi yang ingin membuat Qurban Kambing di Mekah, boleh klik banner di bawah atau Untuk tempahan di Whatsapp, klik SINI

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!