Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Satu majlis ringkas telah di adakan di Bayu Lounge, Kelab Tasik Putrajaya pada malam 10 Mac 2015. Majlis makan malam anjuran eQurban Resources Sdn Bhd ini diadakan untuk meraikan rakan niaga eQurban yang telah memberi sokongan selama ini dan penyampaian hadiah cabaran iphone 5s. Selain itu, program rakan niaga eQurban juga telah dikemaskini untuk memberikan faedah lebih baik kepada semua rakan niaga.
Terima kasih kepada yang hadir, di antaranya ialah Tuan Haji Mohamad Sahar Din (Timbalan Presiden DPIM) dan isteri, Hj Abdul Rashid (Pengerusi Surau Al Ikhlas, Taman Bukit Belimbing) dan isteri, wakil dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Turki, wakil-wakil dari LPKIM, PERISMA serta rakan-rakan niaga yang lain merangkap blogger yang berkesempatan hadir.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Effendi selaku Penasihat Syariah eQurban bagi memberkati majlis makan malam ini. Seterusnya ucapan dari CEO Denaihati Network iaitu Haji Amir Hassan yang memberi penerangan ringkas misi dan visi yang akan dilakukan pada tahun ini dan tahun seterusnya.
Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa eQurban yang merupakan peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia telah diambil alih oleh Denaihati Network Sdn Bhd dari Kumpulan Al Ansar. Sistem tempahan dan pengurusan yang baru juga telah diperkenalkan dalam web eQurban.com untuk memastikan semua tempahan diuruskan dengan baik dan sistematik.
Majlis makan malam bersama rakan niaga eQurban seramai lebih kurang 50 orang ini bertujuan memberikan sedikit info tambahan yang akan diwar-warkan oleh semua yang hadir.
Pada tahun 2014 ini juga beberapa lokasi tambahan sembelihan program aqiqah juga telah ditambah seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Turkmesnistan, Tajikistan, Kyrgysztan dan Mongolia. Semua lokasi tambahan ini ditambah tidak lain tidak bukan bagi membantu komuniti Islam di sana. Taraf ekonomi mereka sekarang amat memerlukan bantuan dari kita.
Terdahulu sebelum, beberapa rakan niaga dan blogger juga ke Kemboja untuk melihat sendiri perkembangan Islam seperti di Masjid Ar-Rafeeah, Tonle Sap dan Sekolah Dubai Stoeng, Kampung Cham.
CEO eQurban, Haji Masrukhin Marzoki yang kerap ke lokasi-lokasi tersebut memberitahu pelbagai program telah dilakukan seperti pembinaan Madrasah Nurul Iman, Masjid dan Madrasah Sultan di Kampung Baru Trapang Ramas Mondolgiri, program tanah wakaf, projek wakaf pili dan perigi, projek kolam ikan, khidmat sewa kenderaan dan tuk-tuk, program pendidikan kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang dilakukan. Usahasama dan infaq dari pelbagai pihak juga telah memudahkan serta melancarkan program yang sedang berjalan.
Program rakan niaga juga telah dikemaskini dengan pembayaran komisen secara bulanan berbanding tahunan sebelum ini. Terdapat juga hadiah-hadiah khas cabaran eQurban 2015 kepada rakan niaga yang berjaya mengumpul jumlah komisen terbanyak sehingga 31 Disember 2015. Semoga usaha kecil yang cuba dibuat oleh eQurban Resources Sdn Bhd disertai bantuan rakan-rakan niaga akan memberikan tambahbaikan kepada mereka.
Majlis makan malam ini diserikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabaran iphone 5s yang sebelum ini telah dianjurkan oleh blog denaihati.com ini.
Tahniah kepada semua pemenang iPhone 5s yang dapat hadir, peserta dan sponsor yang terlibat sepanjang berlangsungnya cabaran iPhone 5s ini.
Kepada semua rakan niaga equrban pula, ambillah peluang yang baru ini untuk menjana pendapatan sampingan di samping menjadi sebahagian daripada ibadah kita. Jika ada yang bertanyakan aqiqah di kawasan yang lebih memerlukan, maka hubungkanlah mereka dengan program equrban ini. Banyak lagi lokasi-lokasi yang akan ditambah termasuk juga Maahad Tahfiz yang terpilih di seluruh Malaysia.
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda, Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)
Sekiranya masih belum berdaftar sebagai rakan niaga, dijemput untuk mendaftar di halaman eQurban.com.
Semoga dengan pengurusan baru dan program-program yang akan dilancarkan, eQurban akan bertambah maju untuk memberi khidmat kepada penduduk islam di seluruh dunia insyaALLAH.
90 Comments
tahniah kepada pemenang pemenang iphone 5s, nasib baik dah ada kalau tak berentap sekali, tahniah juga kepada penganjur.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Pilihan Kerjaya Selepas Keputusan SPM Diumumkan
wahh..
tahniah kepada para pemenang.
dah susah payah, mestilah menang kan. hehe..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia
tahniah kepada semua pemenang bertuah, memang layak dapat hadiah tu 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Petua Dan Herba Kongsibersamanora
As Salam,.wah Tahniah buat semua para pemenang 🙂 semoga program eQurban juga dapat berjalan dengan Lancar,InshaAllah,.indahnya dapat beramal 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..SHOPPING ONLINE DUNIA NIAGA ieta Enterprise REVIEW
Wahhh ada cabaran untuk affiliate dan rakan niaga EQurban ye … menarik ni. In Sha Allah, akan hebatkan lagi promosi ni. Lagipun ia juga dianggap satu amal yang baik.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Cara Menjadikan Facebook Sebagai Lubuk Duit
Thanks so much denaihati…syukur dapat iphone 5s dan dinner sekali 🙂
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Specs iPhone 6 vs clone
wah tahniah sebab bertuah dapat jadi pemenang hadiah iphone5s tu ye, rezeki namanya 😉
Curahan rasa puteraduyong @ ..Tempat-Tempat Menarik Di Selangor
best jugak hadiah utk mereka yg dapat top affiliate ni.. sambil beramal ada hadiahnya..
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Ajaibnya Cinta di Tv3
Jom promo beramai2 nak .. memang best ni … ada banyak masa untuk buat jualan sambil beramal.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Senarai Syarikat dan Laman Web Pelaburan Haram Terkini BNM
seronok jika kita sama-sama memeriahkan aktiviti yang sihat sesama kita kan …
Curahan rasa puteraduyong @ ..Tempat-Tempat Menarik Di Selangor
InsyaAllah, memang tak rugi buat promosi, pasang niat utk dunia dan akhirat,
Curahan rasa Denaihati @ ..Genius Pa&Ma bentuk anak jadi bijak
tahnah kpd pemenang2 iphone. usaha berbulan bulan akhirnya dpt genggam gajet hebat..
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Ajaibnya Cinta di Tv3
equrban semakin melebarkan sayap. semoga dapat bantu lebih ramai umat islam yg susah
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Ajaibnya Cinta di Tv3
tahniah kepada semua pemenang…wow hebat juga tawaran hadiah affiliate eQurban tu
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Petua dan Herba Kongsibersamanora
Hmm apa lagi … jomlah promote …. in Sha Allah, ada rezeki leh gi Kemboja.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Powergold – Satu Gram, Satu Bulan, Satu Keluarga
jom sama-sama kita rebut peluang ini.. masa untuk menjana pendapatan di samping dapat beramal..
Curahan rasa KiD @ ..Teori dan Misteri : 8 Mac 2014 Setahun Tragedi MH370 dalam Kenangan
Kid dah buat Qurban? Meh la beli online guna affiliate aku ye .. hehehe
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Cara Menjadikan Facebook Sebagai Lubuk Duit
Alhamdulillah dah buat tiap tiap tahun… jom ramaikan aqiqah juga..
Curahan rasa KiD @ ..Menang Contest iPhone 5s
semoga team Denaihati Network terus sukses kehadapan & tahniah juga kepada semua pemenang cabaran iPhone 5s
Curahan rasa Murni Mohd YUsof @ ..Contest petua dan herba Kongsibersamanora
Alhamdulillah…
Tahniah pada semua yang menjayakan equrban. Tahniah pada pemenang.
Curahan rasa NFH @ ..BENARKAH FLORIDA/FLOURIDE MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?
tahniah atas kejayaan team Denaihati atas segala kerja dan aktiviti sihat yang telah dijalankan, In Shaa Allah semoga diberkati Allah hendaknya.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Kenali Datuk Dr Haron Din Mursyidul Am PAS Baharu
Alhamdulilah semakin menarik insentif untuk rakan – rakan equrban, semoga equrban menjadi salah satu sumber pendapatan untuk rakan – rakan yang terlibat mempromosikanya
Curahan rasa onlajer @ ..Bagaimana Seorang Pekerja AM Menabung Sehingga RM40 Ribu
Comments are closed.