Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidup ini memang ketentuan Allah SWT manusia tiada kuasa untuk mengubah melainkan dengan doa yang sungguh-sungguh. Banyak dalam hidup yang tidak pernah kita rancang tetapi sudah menjadi sebahagian catatan sejarah yang manis dan pahit. Memang benarlah seperti firman Allah SWT dalam ayat 23 – 24 surah Al Kahf yang maksudnya “Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan itu besok pagi, kecuali (dengan mengatakan) “Inshaa Allah.”
Teringat kisah 16 Januari 2011 buat pertama kali menjejakkan kaki di Madrasah Tahfiz An Nuur Kemboja seperti dalam entri INI. Kami dari eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja mengiringi seorang Sheikh dari Arab Saudi yang dalam rangka lawatan menziarahi institusi yang beliau biayai. Ustaz Arafat, Mudir Madrasah adalah lepasan pelajar dari sebuah Madrasah Tahfiz di Muar dan banyak mendapat bantuan daripada sebuah masjid di Bandar Baru Bangi.
Memang tak sangka entri Madrasah Tahfiz An Nuur Kemboja mendapat maklumbalas dari Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur, Muar melalui ruang komen. Melalui entri ini kami berbalas-balas komen.
mudirmadrasah (21 January 2011 at 2:51 pm) : Assalaamu’alaikum; Alhamdulillah ada juga yang bercerita tentang cawangan madrasah kami di kemboja. Madrasah Tahfiz An-Nuur Kemboja adalah cawangan kepada madrasad tahfiz an-nuur di muar johor. Jika ada sebarang derma untuk mana-mana madrasah kami samada di malaysia atau kemboja, boleh salurkan ke Bank Islam atas nama Madrasah tahfiz Al-Quran An-Nur. No akaun 01023010061392. Boleh hubungi 013xxxxxxx untuk maklumat lanjut.
denaihati (21 January 2011 at 4:36 pm) : Alhamdulillah syukur. Bolehlah kami juga melawat madrasah di Muar selain sering melawat cawangan di Kemboja.
mudirmadrasah (21 January 2011 at 7:56 pm) : Ana ada terima sms anta. Kami mengalu2kan kedatangan sesiapa untuk berkenalan dengan madrasah. Lagi pun sekarang ni kami sedang membina sebuah bangunan baru yang ditaja oleh seorang dermawan. Beliau hanya menaja sebuah bangunan dua tingkat tanpa infrastuktur seperti meja mengaji, rak kitab, al-Quran dan sebagainya. Jika ada yang sudi untuk menyumbang adalah amat dihargai. Jazakumullahukhair.
denaihati (22 January 2011 at 11:41 am) : Insya Allah ana akan melawat Madrasah An Nuar Muar dalam masa terdekat.
Kami sekeluarga telah pergi menziarahi Madrasah Tahfiz An Nuur Muar sambil membawa hajat besar.
mudirmadrasah (2 February 2011 at 4:22 pm) : Jazakallahukhair atas kunjungan. Semoga Allah memberkati tuan dan keluarga.
Alhamdulillah hari ini Ustaz Noehas (Noor Effendi Bin Hj. Hamid Al Hafiz) menjadi salah seorang pelajar Akademi Denaihati yang sangat berjaya melalui blog beliau Noehas.com dengan perkongsian ilmu agama secara santai dan mudah difahami. Madrasah juga telah mempunyai blog iaitu Madrasahannur.com yang uptodate dengan berbagai informasi. Ramai pelajar-pelajar baru yang mendapat informasi secara online melalui blog madrasah hasil carian di Google.
Madrasah Tahfiz An Nuur (MAN) ditubuhkan pada 16 April 2000 di Kesang Laut, Muar bermula dengan 10 pelajar lelaki dan seorang ustaz. Dalam tempoh 13 tahun MAN telah berkembang dengan pesat dan sekarang mempunyai lebih 200 lelaki dan perempuan dari berbagai negara dengan 18 tenaga pelajar yang berpengalaman. Dalam tempoh genap 13 tahun pada 16 April 2013, MAN telah melahirkan lebih daripada 70 orang hafiz dan hafizah Al Quran yang telah menghafal 30 juzuk Al Quran. Sebahagian pelajar telah melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di dalam dan luar negara. Baru-baru ini 5 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah dihantar ke Yaman untuk menyambung pelajaran dalam bidang Bahasa Arab.
Setiap hujung tahun MAN akan menganjurkan kem Al Quran untuk pelajar dari seluruh negara dan dari sinilah pelajar baru akan dipilih untuk kemasukan baru. Kepada ibubapa yang berminat untuk menghantar anak melanjutkan di MAN sila berhubung terus dengan pentadbiran seperti yang terdapat di blog Madrasah.
Terima kasih kepada pembaca blog Denaihati yang sudi menyumbang wang dan tenaga demi kemajuan Madrasah Tahfiz An Nuur untuk melahirkan generasi celik Al Quran akan menjadi pemimpin yang akan bertebaran di atas muka bumi Allah untuk memberi manafaat kepada seluruh alam tanpa mengira bangsa dan fahaman politik. Matlamat utama supaya seluruh alam mendapat keredhaan di sisi Allah SWT bukan di sisi manusia. Kepada yang nak infaq harta untuk kemajuan MAN sila klik SINI.
Mar 28, 2013 | Nasyid anak-anak #madrasahannuur Muar #islam by denaihati on Keek.com
Siapa sangka kita semua penulis dan pembaca blog Denaihati dapat bersahabat dengan orang hebat Ustaz Noehas hanya kerana sebuah entri Madrasah Tahfiz An Nuur Kemboja. Inshaa Allah suatu hari MAN akan mejadi bukan sekadar Madrasah tetapi institusi Tahfiz yang bakal melahirkan graduan ijazah Al Quran yang bakal mejadi ulama-ulama yang akan memperjuangkan agama Allah SWT di seluruh alam.
60 Comments
seronok tgk adik2 yg jd tahfiz ni. untung betul. senang akhirat nanti
Curahan rasa Lizz @ ..Tersenarai Sebagai Pemenang Contest Seo Usahawan Kecil
Alhamdulillah..semoga madrasah melahirkan ulama yang berjaya.. inshaAllah..
Curahan rasa HafizAmri @ ..Tips Blogging Mudah
aamiin…aamiin Inssya Allah sahabat HafizAmri
Curahan rasa Ferry @ ..Info CPNS Depkes 2013
Sedap dengar nasyid dia orang, semoga suasana Madrasah terus dihidupkan demi agama “Hidupkan Untuk Agama” 🙂
Curahan rasa Kazen @ ..Pembubaran Parlimen 3 April 2013
Alhamdulillah semoga madrasah inbi mampu melahirkan generasi ulama yang bolh menjadi pemimpin dunia dan akhirat..
Curahan rasa raudzah @ ..Cuaca Panas & Gelagat Haiwan Dapat Ais
alhamdulillah…smoga smuany diberi kelancaran dan semakin berkembang baik..amin
Semoga akan muncul ulama-ulma besar yang bermanfaat untuk agama yang lahir dari madrasah ini aamiin…
Curahan rasa safiyhati @ ..Tanda Gejala Stress
Teringan juga hendak menghantar anak – anak kesolah Tahfiz
Curahan rasa onlajer @ ..Tribute 10 Blogger Terbaik Malaysia
Alhamdulillah, semoga generasi-generasi selanjutnya tetap seperti ini.
Curahan rasa Rizal @ ..Baby Car Seat Covers
semoga semakin banyak umat yang menjadi penghapal Al Quran
Curahan rasa ardi @ ..Diabetes dan Obat Herbal Alami Diabetes
Amin.. Aya pun doakan macam tu.. semoga lebih ramai penghafal Al Quran
Curahan rasa Aya @ ..5 Golongan Orang Yang Rugi
anak2 pembela bangsa dan agama… alhamdulillah
Curahan rasa staibaqhang @ ..Salah Umum Tarikh Pembubaran Parlimen
Teringin nak hafal quran 30 juzuk,
Curahan rasa Travel-Zoom @ ..Cheap Flight Deals – How to Get Rock Bottom Pricing on Airline Travel!
Kagum dengan anak-anak kecil yang berupaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Memahami Shutter Speed
Alhamdulillah.. Semoga Ustaz Noehas dan Madrasah An Nuur akan terus berjaya dalam memperjuangkan ajaran Islam dan dapat menjadi institusi Tahfiz yang bakal melahirkan graduan ijazah Al Quran dan bakal ulama’ yg akan perjuangkan agama Allah SWT. Amiinnn…
Curahan rasa Anarm @ ..Parlimen Malaysia Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini
Tahniah Madrasah Tahfiz An Nuur Kemboja… Semoga berjaya menjadi institusi Tahfiz pada satu hari nanti…
Curahan rasa Anuar @ ..Berminat berniaga barangan berunsurkan Islam? Tanpa modal, 100% percuma
Semoga dipermudah segala urusan untuk mencapai kebahagiaan akherat dengan jalan seperti ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Faktor Mempengaruhi Intelegensia
Comments are closed.