Liburan di Malaysia

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah aku sebagai Rakyat Malaysia sudah menyelusuri semua negeri di Malaysia, dari Arau hingga ke Sandakan. Walaupun aku sering melawat negara orang tapi Malaysia masih yang terbaik dengan berbagai tempat yang cantik, murah dan bersih boleh dilawati. Bak kata pepatah orang tua “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri”.

Pantai di Malaysia memang best lah

Pengalaman berkenderaan sekeluarga dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru, Kuala Trengganu dan Kuantan selama 5 hari pada  tahun 2007 memang tidak dapat dilupakan. Percutian di Genting Higland 2005 dan 2010 memang menyeronokan. Percutian di Damar Laut, Lumut 2006 memang lain daripada yang lain sebab tak sangka pulak tempat pendalaman macam tu ada tempat percutian yang bagus. Pulau-pulau di Malaysia pun banyak yang cantik-cantik tapi aku baru sempat jejak kaki di Pulau Tioman, 1994 dan 1996. Tak lupa makan seafood di Sandakan yang segar dan murah.

Percutian di Sungai dan Jeram juga menarik

Banyak lagi lokasi percutian di Malaysia yang belum aku jejaki. Sempena cuti sekolah akhir tahun 2011 ni aku merancang untuk membawa keluarga berlibur di lokasi yang belum pernah aku jejaki. Mungkin teman-teman boleh kongsikan lokasi menarik yang pernah teman-teman jejaki untuk aku bawa keluarga kembara cuti sekolah. Rancang awal-awal ni bagus boleh jimat kos,  jadi tak jadi tu no dua. Kalau nak merasai pengalaman aku ziarah negara orang boleh lah baca di travelog denaihati.

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

80 Comments

  1. memang tak dinafikan banyak tempat-tempat menarik di malaysia. paling best, pulau-pulau di malaysia. pelancong luar pun suka datang ke malaysia

  2. Pingback: Pesan Denaihati:Banyakkan Entri Bermanfaat | Izwannizam Ruslim
  3. bukan seafood saja murah n segar kt sandakan ni,byk lg tempat leh lawat..
    Itulah sebetulnya sikap yg perlu ada kt org kita malaysia..jelajah dan kenali negara sendiri.
    Ini tidak,negara org lumba2 nak pergi sedangkan negara sendiri pun tak kenal hbs lg..

    1. Kalau nak pergi negara orang boleh tapi pergi pendalaman dan stay ditempat yg budget baru boleh rasa kelainan tapi tapi kalau stay kat hotel 4@ 5 bintang tak akan dapat rasa kelainan nya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!