Liat nak bayar hutang

Spread the love

Assalamualaikumndan Salam 1Dunia,

Dua hari sebeluam Adilfitri 2013 aku dapat panggilan telefon dari kawan lama. Kawan lama call mestilah jawab walaupun ada urusan lama yang masih belum selesai.

Biasanya kalau dia call mesti nak minta bantuan kalau tidak jangan haraplah nak call. Sangkaan aku memang tepat beliau nak pakai duit nak guna untuk persiapan raya. Katanya baru dapat cek bayaran dari projek yang dia buat tapi tak sempat nak tunaikan kerana bank dah tutup.

Kawan lama ni kata dia dah jumpa beberapa orang kawan tapi semua tak dapat dan harapannya sangat-sangat tinggi aku dapat membantu. Dia janji bila bank buka je selepas raya akan bank in cek seperti jumlah yang dia perlukan. Aku pun serba salah sebab hutang lima tahun dulu pun tak selesai lagi. Ingatkan anak-anak kawan lama yang nak menyambut raya dan jaminan cek yang sudah ada ditangan melembutkan hati aku. Silapnya aku lupa nak minta dia screen shot cek yang disebut-sebutkan.

Teringat pesan Tun Mahathir bila kawan minta pinjam jangan bagi semua sebab keberangkalian untuk bayar semula sangat tipis. Sehari selepas tu kawan tu follow up tanya duit dah masuk ke? Aku mohon maaf kepada dia kerana lambat sikit transfer sebab sibuk. Aku maklumkan juga yang aku tak dapat bagi semua jumlah yang dia minta tapi 3/4 dari jumlah tersebut … ni kira ikut nasihat Tun Mahathir lah.

Duit Ringgit Baru Malaysia
Hutang mestilah dijelaskan

Beberapa hari lepas Aidilfitri aku semak akaun nampak ada duit floating seperti jumlah yang aku kirimkan pada kawan tu. Lega hati nampaknya kali ni dia menepati janji. Aku pun tak ambik kisah sehingga suatu hari dapat surat dari bank menyatakan cek tersebut ada masalah teknikal kalau tak silap tarikh tak lengkap.

Aku sms kawan untuk maklumkan masalah yang berlaku bersama screenshot surat dari bank. Kawan tu senyap je …. selepas beberapa hari aku sms sekali lagi dan kali ini di jawab kata tak terima sms pertama. Pelik juga juga tak terima sms pertama tetapi sms ke dua terima. Aku sms sekali lagi detail dan screenshot surat dari bank. Dua bulan dah berlalu kawan tu tak jawab pun sms call pun tak jawab.

Nampaknya terkena aku untuk kali kedua dari sahabat yang sama. Kawan kenapalah kau liat sangat nak bayar hutang. Betul ke ada cek projek tu atau hanya sekadar alasan sebab tu sengaja tulis tarikh cek tak sempurna … Allah sahaja yang tahu. Kawan macam ini yang menyebabkan kawan lain yang jujur jadi mangsa bila nak pinjam duit … perasaan prejudis kita pasti ada.

Semuga Allah swt bagi hidayah pada kawan ini … Dalam hati berkata aku tak miskim kalau kau tak bayar hutang dan kau pun tak kaya tak bayar hutang TAPI tanggungjawab sebagai pembayar hutang tetap tidak akan putus sampai ke akhirat kelak.

Nampaknya nak kena hafal doa bebas hutang, ustaz kata bagus diamalkan sebelum tidur

Ingatlah kepada penghutang tak kira hutang kawan, hutang keluarga, hutang pinjaman bank, hutang kad kredit, hutang PTPTN, hutang tekun dan macam jenis hutang … tak lupa juga hutang ahlong… Tanggungjawab tetap tanggungjawab jangan liat nak bayar hutang.

Kawan ku faham ke apa hukum orang yang tak bayar hutang …. kalau faham mesti takut. Jadi janganlah liat bayar hutang…

Kawan-kawan juga mesti ada kisah tak bayar hutang jom lah kongsi sebagai pengajaran.


Spread the love

137 Comments

  1. Aku mmg tak suka bagi pinjam duit kat orang sbb pengalaman lalu mengajar aku sesuatu…bila bagi pinjam susah nak dapat balik atau tak dapat balik. Aku juga tak suka pinjam duit dekat orang, sebab itu aku mmg belanja secara berhekmah. Orang kata kerana hutang boleh hilang sahabat…
    Curahan rasa Rahmat Ariffin @ ..Lagenda Kublai Khan!My Profile

    1. kerana hutang hilang sahabat. kerap kali kita dengar kan ..
      hmm semoga bro tabah hadapi peristiwa malang yang lalu

    1. betul tu bro. rasa serba salah dibuatnya…
      kalau tak bagi pinjam, nanti merajuk pula dibuatnya.
      but better tak payah bagi kalau dah tahu kawan tu jenis liat nak bayar hutang

    1. tapi hutang tetap hutang . tak kisahlah kita pernah buat hati dia terluka ke, si penghutang tak boleh buat-buat lupa pasal duit pinjaman yang dia buat

  2. Biasa kalau hutang ni dalam jumlah yang sedikit tak risau sangat,kalau dalam jumlah yang banyak tu yang terfikir 4 hingga 5 kali nak beri pinjam. Macam saya pun dah banyak kali juga la kawan-kawan yang minta duit untuk dipinjam , bila dah bagi berbulan juga nak tunggu dia bayar balik,kalau boleh memang saya nak elakkan hutang-hutang ni.
    Curahan rasa wazy @ ..Menjaga Bayi Pramatang : 5 Tips Untuk IbuMy Profile

  3. Dulu masa kerja “Ah Long” aka recovery officer commercial bank, ramai yang putus saudara kerana hutang ini…Bukan setakat kawan2, adik beradik pun bertikam lidah/etc kerana hutang…

    Moral of the story, memang saya jarang kasi pinjam wang kepada rakan2 especially kawan yang hanya datang minta pertolongan di kala kesusahan….
    Curahan rasa eyriqazz @ ..Pengalaman Mengecewakan di Restoran Tasik Indah, Shah AlamMy Profile

    1. kita kena tengok dulu background si penghutang. kalau okay, tiada sejarah hitam, insyaallah kita boleh tolong dia.

  4. Kalau kakak, abang atau adik2 yg minta nak berhutang saya selalu niatkan sedekah je tapi kalau dia bayar saya ambik juga simpan lain kali dia minta berhutang lagi saya bagi je duit yang sama. Saya pun ada pengalaman kawan berhutang ni, satu pejabat lain bahagian mula2 Rm1k bayar seperti di janjikan, kemudian Rm500 bayar juga lama tu minta lagi Rm1k tp saya bagi Rm500 je sampai la dia buat tak tahu sahaja. Saya tak pernah mengungkit tapi bila jumpa dia yg sellau cakap…duit awak tu saya tak boleh bayar lagilah…
    Curahan rasa JunAina @ ..Semangat Yang HilangMy Profile

    1. dalam banyak-banyak komen, komen ni lah paling lain daripada yang lain.
      bagus lah, doakan si penghutang dimurahkan rezeki.

    1. sabar lah sifu. memang banyak orang macam ni kat dunia…
      apa yang kita boleh buat, sabar dan doakan yang terbaik.
      semoga si penghutang datang and bayar kat kita balik hutang lama..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!