Lelaki ini kongsikan cara buka akaun bank di United Kingdom

Spread the love

Mungkin ramai sudah tahu bahawa Nazuwan Ahmad, Founder Bautifulnara.com bersama isteri dan 3 orang anak kini berada di bandar Chester,UK. Mereka sekeluarga terbang ke sini selepas permohonan isteri Fadzlin Zulkiflee untuk sambung belajar di salah satu universiti di sini telah diterima.

Kami kongsikan kisah bagaimana beliau berjaya membuka akaun bank di UK.

Nazuwan ahmad

Akhirnya selepas hampir 3 bulan tiba di UK, saya berjaya membuka akaun bank. Prosesnya tak lah susah pun, cuma sangat leceh, menjengkelkan dan annoying hanya kerana satu masalah sahaja. 

Untuk makluman, sekiranya anda seorang student, akan ada recommendation letter daripada universiti.  Cuma perlu bawak je surat ini ke bank dan voila, akaun bank anda akan siap on the spot. Takder banyak cekadak. 

Namun jika anda seperti saya iaitu seorang “peneman”, anda WAJIB ada bil bil telefon/air/gas/council tax/surat NHS dialamatkan ke tempat tinggal dengan NAMA PENUH seperti dalam passport atau Biometric Residence Permit (BRP) anda.

founder beautifulnara.com

Disebabkan omputih ini ada last name la, middle name la, first name la, setiap kali saya isi informasi nama untuk bil-bil di atas, confirm yang keluarnya entah apa-apa. AhmadBIN la, Amran Ahmad Nazuwan la, Ahmad NazuwanBIN , Ahmad Amran la dan macam-macam lagi. 

3 kali saya pergi bawak bil air/bil gas dan surat NHS, semuanya kena rejek. Memang dah give up dah. Namun bak kata pepatah, “sedangkan KL City pun boleh tewaskan JDT”,  tup-tup minggu ini bil council tax sampai dengan nama penuh saya tertera jelas “Mr Ahmad Nazuwan bin ***** “.  Proud moment!!!

buka bank UK

Terus saya bergegas ke Llyods Bank dan sambil tersenyum sinis saya berkata kepada pegawai tersebut (orang yang sama saya jumpa sebelum ini) “this time i bring the letter with the correct name”. Dia pun tersenyum simpul sambil berkata “Oh finally you got it” (atau mungkin dia cakap benda lain tapi saya tak faham). 

Dan Alhamdulillah 30 minit saya dah dapat akaun bank. Syukur!!!

P.S: Pengajarannya korang kalau nama anak panjang-panjang sangat tue goodluck and all the best la ye nak study obersea. Hehehe.

Nazuwan Amad (Founder Beautifulnara.com)


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!