Seburuk-buruk Adik Beradik Ia Tetap Darah Daging Kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama.

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikan nya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.

Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.

Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak?

Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak.

Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk dan jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina dimata Allah.

Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin.

3 Comments

  1. Ada adik beradik yang akrab, tapi sebab mulut emak ayah yang terlalu bawang telah menjarakkan hubungan antara satu sama lain.

  2. air dicincang tak kan putus… apatah lagi hubungan keluarga dan saudara. Sentiasa muhasabah diri dan terima keadaan keluarga kita seadanya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!