Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pecah rekod. Pecah panggung! Itulah yang berlaku dengan filem animasi tempatan, Upin & Ipin Keris Siamang Tungggal.
Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal merupakan filem animasi kedua terbutan Les Copaque Production meraih kutipan RM25 juta hanya selepas 3 minggu tayangan. Jumlah penonton pula telah mencecah 2 juta orang.
Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan Incredible 2. Lebih membanggakan, jumlah penonton yang ramai tersebut tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadi penanda aras bagi filem baru tempatan.
Sudah tentu ia akan meningkat pada hari minggu yang akan datang.
Kejayaan filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini adalah hasil daripada penulisan cerita yang luarbiasa dalam mengaitkan watak Upin Ipin dengan watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan banyak lagi.
Penaja utama filem, Citrex Gummy dalah dari negara seberang, Indonesia. Mereka mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan terbaru sekali Citrex Gummy yang merupakan guka-gula kenyal. iNest pula memasarkan produk Coway dan semua penaja-penaja ini juga memberikan mesej yang baik kepada semua pengguna dan penonton.
Kos penerbitan filem yang menelan belanja RM20 juta menjadikan ia filem termahal di Malaysia dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Ia dilihat sebagai satu penanda aras baru terhadap mutu industri animasi tempatan dalam semua aspek setanding dengan karya-karya antarabangsa.
Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal ini akan ke panggung wayang di Vietnam, China dan Indonesia tidak lama lagi. Sudah tentu peminat-peminat di negara seberang tidak sabar menunggu filem animasi ini di pawagam.
Moga kutipan di panggung wayang semakin meningkat dan mendapat sokongan rakyat Malaysia yang menontonnya dan tidak membuat rakaman untuk dimuat naik di sosial media.
Tahniah Les Copaque Production!
- Upin Ipin Keris Siamang tunggal di pawagam 21 Mac 2019
- Teruja tonton Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, filem wajib untuk bawa anak-anak ke panggung wayang!
- Kisah dan Review Filem 3AM
- Kutipan filem tempatan dan antarabangsa tertinggi di Malaysia
- Fairuz Misran ‘jelmaan’ Tan Sri P.Ramlee, ramai yang rindu!
7 Comments
Tahniah buat semua penggerak UPIN & IPIN dan semua yang menyokongnya dengan membeli tiket dan menonton seisi keluarga. Ternyata filem animasi kita sebaris dengan filem antarabangsa dan mengangkat nilai seni dan warisan sejarah kita.
Curahan rasa Ekin Azhari @ ..Keropok Viral Tok Ma Kekalkan Bahan Segar
Ramai yang bagi sampai banyak bintang kat filem ni. Tapi takda peluang nak tengok lagi.
Curahan rasa Sani @ ..Wanita Ini Hasilkan RM10,929.00 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!
Sangat luar biasa dan bangga mempunyai filem animasi upin ipin yang bertaraf dunia ni.
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Harga Renew Lesen Memandu 2019
Bangga dengan karya anak tempatan yang berkualiti. Sememangnya jalan ceritanya juga sangat menarik.
saya dah tengok dan saya boleh bagi 5 bintang untuk kategori filem animasi ini
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Pukki Pemain Bolasepak Terbaik Liga Kejuaraan
Pertama kali dapat tahu tentang filem ini, saya berdoa sekurang-kurangnya kutipan tiket melebihi kos pengeluaran. Sekarang ia sudah lebih dan semoga bertambah bila mula tayangan di luar negara.
Harap sangat filem ini membuka mata karyawan di Hollywood.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Salam Hari Lahir Untuk Adik Kembar Hidayah Dan Fadhilah
Kami sekeluarga saja dah pergi 3 kali. Haha. Jadi tak bolehlah kira 2 juta penonton yang berbeza.
Curahan rasa mazniza mustapa @ ..4 Susu Enfagrow Malaysia. Ini ke susu formula terbaik untuk anak kita?
Comments are closed.