Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pesanan Twitter PM Najib Razak “Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” telah menimbulkan kontroversi. Kontroversi menjadi lebih teruk apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membuat komen tanpa mendapat pengesahan sebenar. Berbagai blog menulis dengan sinis dan melemparkan berbagai tuduhan dengan persepsi tersendiri. Tidak kurang juga perbincangan dan kutukan ibadah haji Najib Razak di wall Facebook. Banyak sungguh pahala kita sehingga berani melabelkan ibadah orang lain. Aku tak mahu komen ibadah haji PM Najib Razak kerana itu hak beliau dengan Allah SWT.
Aku nak kongsikan pergerakan ibadah haji yang mungkin ramai kurang tahu dan kurang faham.
1. Kebiasan jemaah haji Malaysia dan jemaah Asia Tenggara mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah. Setelah wukuf pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan bergerak untuk mabit di Mudzalifah dan kemudian bergerak ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Jemaah akan bermalam di Mina selama 3 malam untuk lontaran 3 jamrah. Selesai melontar jemaah haji akan bergerak ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepaslah lagi 3 larangan berihram dan sempurnalah ibadah haji rukun Islam ke lima. Gerakan ibadah haji ini mengambil masa 6 hari untuk lepas daripada 13 larangan berihram.
2. Kebanyakan jemaah haji selain Asia Tenggara dan sebagaian kecil jemaah haji pakej dan VIP Malaysia melakukan ibadah haji dengan gerakan yang berbeza. Majoriti jemaah haji mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah. Pagi 9 Zulhijjah akan bergerak dari Mina ke Padang Arafah untuk Wukuf selepas gelincir matahari. Setelah selesai wukuf jemaah akan bergerak untuk mabit sebentar di Mudzalifah dan terus bergerak ke Mekah melakukan Tawaf Haji, Sa’i Haji dan Tahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Kemudian pada 10 Zulhijjah jemaah haji akan bergerak menuju ke Mina untuk melontar jamrah kubra maka terlepaslah 3 lagi larangan berihram. Jemaah haji hanya mengambil masa 3 hari untuk bebas dari 13 larangan berihram dan yang tinggal hanya melontar 3 jamrah pada 3 Hari Tasyrik. Gerakan ibadah haji kedua ini memang cepat berbanding dengan gerakan haji pertama dan aku yakin PM Najib pasti melaksanakan ibadah hajinya dengan kaedah ini kerana itu beliau berani menghantar pesanan Twitter Haji Telah selesai pada 10 Zulhijjah, selesai tu maksudnya telah bebas daripada 13 larangan berihram.
3. Terdapat juga gerakan yang seperti dari Mekah ke Padang Arafah ke Mudzalifah kemudian ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul kemudian berjalan kaki ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepas daripada 13 larangan berihram kemudian kembali semula ke Mina untuk lontaran 3 jamrah.
Sebenarnya ada berbagai gerakan ibadah haji yang dilakukan oleh jemaah mengikut kefahaman yang berbeza tetapi tidak melanggar rukun-rukun haji. Jadi jangan pelik apabila kita melihat kepelbagaian cara menyempurnakan ibadah haji. Hak untuk menentukan haji mabrur hanya pada Allah SWT kita manusia berusaha semaksimum yang boleh untuk mencapai haji mabrur. Pasti tidak akan ada jemaah haji yang datang untuk mengerjakan ibadah haji dengan tertib yang salah melainkan ustaz yang mengajar memberi panduan yang salah tetapi ada ke ustaz yang nak mengajar ilmu yang salah?
152 Comments
Jangan lah kita menilai. biarlah Allah menilai Dia lebih tahu
Curahan rasa Ahmad Farid @ ..CIMB Bank Debit Card
tetapi penjelasan perlu dibuat bagi mengelakkan fitnah sebegini terjadi, apatah lagi yg menegur itu MUFTI. Siapa kita dibandingkan dgn MUFTI. Adakah kita se alim MUFTI tersebut. Adalah menjadi hak para Ulama menegur pemimpin utk kebaikan AGAMA ISLAM.
Curahan rasa manmala @ ..Kiswah Kaabah Daripada Sutera
Kita kena tengok juga Mufti ni. Dia di bawah siapa?
Curahan rasa Ahmad Farid @ ..CIMB Bank Debit Card
Perlis tu sape perintah?
Curahan rasa manmala @ ..Kiswah Kaabah Daripada Sutera
Perlis ni di bawah BN
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..CIMB Bank Debit Card
saya tak kata PM slh atau mufti tu salah. Tetapi ada sebabnya MUfti Perlis menegur PM.
Maybe MUFTI ni tidak berpihak kepada mana-mana. Dan meletakkan Agama no 1
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..CIMB Bank Debit Card
betul tu bro…
Curahan rasa manmala @ ..Google Dah Update PageRank Hari Ini
Kenyataan Ahmad Farid paling b3njy setuju
Curahan rasa b3njy @ ..KENYATAAN MENIPU YANG BERBALOI
Kan kita ni siapa nak menilai orang.
Curahan rasa Ahmad Farid @ ..CIMB Bank Debit Card
lepas ni panggil haji najib dan hajjah rosmah.. erkk. kurang sesuai. ada byk benda perlu dibetulkan.. tambah yg terang2 aurat. 🙂
Curahan rasa EddyGeek @ ..Klien Twitter Echofon Kini Dilancarkan Untuk Pengguna Windows
Assalamualaikum, setiap manusia mempunyai hak untuk menunaikan apa jua ibadah. Sebagai manusia kita hanya boleh membuat teguran namun kita tidak mampu menilai berapakah nilai atau kualiti ibadah seseorang itu. Maka kita tak sepatutnya membuat sebarang ulasan keatas ibadah yang dilakukan kerana ditakuti apa jua yang kita kerjakan tidak mencapai tahap yang diharapkan. Oleh itu lebih baik bermuhasabah diri sendiri daripada membuat penilaian keatas orang lain. Wallahualam….
Marilah kita berusaha meningkatkan keimanan kita tanpa merasa apa-apa prejudis keatas orang lain sesama agama.
Curahan rasa Syarih @ ..Windows 7 / Vista Tak Boleh Start – NTLDR Is Missing
Betul Tingkatkan iman dan amal soleh
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..CIMB Bank Debit Card
alhamdulillah kepada PM dan semua yg pergi menunaikan haji..harap2 jangan lah timbul lagi isu2 macam ni..isu ibadah hanya diri kita dengan Allah..jangan suka mencari kesalahan orang lain dalam menunaikan ibadah..sebaliknya siasat terlebih dahulu dan jika benar ada kesalahan maka tegur la orang itu dan jangan menghebohkannya..takut2 nanti timbul fitnah..
Curahan rasa paihujey @ ..Semuanya Satu Kembali
malas nak komen pasal ni sebab dia dah jadi isu politik.
apa pun semoga kedua mereka serta semua jemaah mendapat rahmat dan kebaikkan dengan haji mereka.
Curahan rasa syafiq_lomotech @ ..Solid Red Wood
Betul tu. Banyak isu agama di politikkan
Curahan rasa Ahmad Farid @ ..CIMB Bank Debit Card
**typo, bukan dan tapi nak..
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bersama Artis Muadz Dzulkefli Tajaan EQurban.com
semua benda dan dipolitikkan..sebab tu saya tak suka politik..hehe..
Curahan rasa cikgu naman @ ..Contest Gadjet Impian Denaihati
politik dan agama xboleh dipisahkan bro. sebagaimana nabi mendirikan Kota madinah dengan piagam madinah dgn adanya politik/siasah. yg pada masa itu nabi menjadi ketua bagi kota madinah. mcm mana nak menegakkan syariat ALLAH kalau tiada kuasa bro. Kaedah fiqh ‘ ma la yatimmul wajib illa bihi fahuwa wajib” apa2 yang tidak sempurna kewajipan melainkan dgn ada benda tu maka ianya menjadi wajib. Ingat kaum kafir telah lama merancang semua ini utk menjauhkan manusia dari agama ALLAH. Kalau perang tak menjadi, maka dilalaikan dengan hiburan n menjauhkan dengan AL-QURAN. Maksud jauh dr AL_QURAN ialah tidak memahami AL-QURAN, Walllahu A’lam
Curahan rasa manmala @ ..Maksud Dan Fungsi Pagerank
Susah pula tak suka politik. Nanti nak pilih parti yang betul mcm mana?
Curahan rasa Ahmad Farid @ ..CIMB Bank Debit Card
itu berdasarkan kepada ilmu. ilmu disini bermaksud mengetahui hal yang sebenar. sebab tu saidina ali pernah berkata ” org yg jahil itu menjadi musuh dgn apa yang ia tidak ketahui’. kalau kita belajar tentang syariat, maka tak lepas dari 4 cabang iaitu ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah. jenayah itu merangkumi siasah/politik.
Curahan rasa manmala @ ..Kiswah Kaabah Daripada Sutera
Diri sendiri pun perlu diperbetulkan sebelum membetulkan orang lain .
Curahan rasa Arif Radzi @ ..#46 : Apa yang dapat dilihat daripada Junior MasterChef Australia ?
Ini adalah ayat yang tepat .. (c b3njy mula terasa sedikit tempias ayat ni …. )
Curahan rasa b3njy @ ..KENYATAAN MENIPU YANG BERBALOI
Yang penting PM kita dah boleh digelar Haji..dan Hajjah Rosmah Mansur 🙂
Curahan rasa azman @ ..Majlis Qurban Kg Luit Maran Pahang
Apahal nak sibuk dengan haji orang. Itu urusan dia dengan Allah. Fikirkan haji sendiri dulu
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Serikaya Labu Mahkota
betul..kite pon bkn la sempurna sgt..biarlah tu urusan die dgn Allah..
Kan. Allah yang layak menilai
Curahan rasa Ahmad Farid @ ..CIMB Bank Debit Card
semua benda nak politik sekarang..apa daa
Ingin sangat ke Mekah. Lagi ingin menunaikan haji
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Serikaya Labu Mahkota
better jelaskan. takut timbul keraguan dan juga fitnah. tapi penjelasan biarlah jujur..
Curahan rasa MR.Z @ ..Samsung Galaxy SII : Apa Yang Anda Perlu Tahu?
betul tu bro,perlu ada penjelasan. kalau mgikut kata mufti perlis. dan mengikut BERNAMA pada Ahad lalu, melaporkan Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Perkara wajib yang ditinggalkan perdana menteri ialah tidak bermalam dua malam berturut-turut di Mina dan tidak melontar di tiga jamrah dua hari berturut-turut iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah 1432 Hijrah.
Curahan rasa manmala @ ..Maksud Dan Fungsi Pagerank
Itu yang orang pertikaikan kot. Sekejap sgt buat Haji
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..CIMB Bank Debit Card
Hmm ..PM kena buat sesuatu ni,buat penjelasan yang sepatutnya,susah juga kalau ibadah mula dikaitkan dengan politik
Curahan rasa wazy @ ..Slot Akasia Tentang Dhia TV3
PM dah jelaskan ke perkara ni? kalau belum harap beliau jelaskan kepada rakyat.. kalau tidak akan terus jadi fitnah..
Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar Makan Malam Pengawas
banyak yang pertikaikan tentang diorang ni.harap apa yang berlaaku bukan alasan politik tapi beribadah kerana Allah…
Curahan rasa Pacifista @ ..Blogwalking dengan Pacifista
Betul yang seperti itu janganlah menjadi pertentangan,…
yang penting niatnya untuk ibadah,… mari laksanakan sesuai dengan keyakinan masing-masing.
Belum rasanya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..CIMB Bank Debit Card
Comments are closed.