Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri kali ni part yang ke-9 sambungan “Kisahnya Secebis Hati“ coretan dari Penderma HATI, Ahmad Khariri Al-Hadi. Bagi yang belum baca episod awal yang telah dipublish sebelum ni iaitu Part 1 hingga 8 boleh KLIK SINI. Rakan Blogger boleh menjemput Saudara Ahmad Khariri untuk sessi Motivasi berkongsi pengalaman dan kepada yang teringin mempromosikan bisnes isteri beliau sila klik – Bunga Telur Teddy Bear.
Pesakit Bengkak Hati : Allahyarham Adik Mohd Yohitt Bin Mohd Farhan Kutty Krishnan
Penderma Hati : Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop
Tarikh pembedahan pemindahan hati (Liver Transplant) : 18 Disember 2004
Tarikh Adik Yohitt meninggal dunia : 28 Januari 2005
Ibu nampaknya memahami keadaan diri saya waktu ini. Beliau tidak bertanya apa yang terdapat di dalam surat khabar hari ini. Saya dibiarkan melayan karenah anak-anak bermain. Beliau mungkin telah dapat membaca apa yang sedang saya fikirkan. Bukannya letih kerana banyak kerja di pejabat tetapi berfikir apa lagi yang harus saya tempuhi selepas ini. Rupa-rupanya berhadapan dengan perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti dan perasaan insan lain lagi susah daripada menjaga hati dan perasaan keluarga. Mana tidaknya selepas ini pasti ada hubungkait berita di surat khabar tersebut dengan saya dan keluarga adik Atiqah. Jika difikirkan sememangnya ada banyak perkara yang baik apabila cerita ini diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia tetapi secara jujurnya saya belum bersedia untuk menjawab soalan-soalan serius berkaitan ini semua. Saya sendiri tidak menjangkakan keadaan sebegini yang harus saya tempuh.
Sepanjang malam saya hanya berkurung di dalam bilik sahaja. Anak-anak dan isteri sedang duduk di ruang tamu bersama beberapa ahli keluarga yang lain. Mungkin ada ahli keluarga yang perasan perubahan tentang diri saya semenjak petang tadi. Cuma mereka tidak menegur saya dan bertanya. Barangkali ibu telah berpesan agar saya tidak diganggu buat sementara waktu. Selepas saya menjemput isteri pulang dari tempat kerja, saya terus mandi, solat dan tidak lagi keluar dari bilik. Isteri ada mengajak saya makan malam bersama namun selera saya seperti disekat daripada dimasuki sebarang makanan mahupun minuman. Saya hanya terbaring merenung siling rumah berfikir dan terus berfikir. Apa yang saya fikirkan sendiri kurang jelas kerana perasaan saya berkecamuk dengan pelbagai perkara.
Pada malam ini juga saya terpaksa membatalkan latihan di Fittness First. Saya menghubungi Azlan petang tadi apabila saya rasakan tidak bersemangat seperti biasa untuk sesi training. Saya tidak memberikan sebabnya untuk tidak dapat hadir. Tidak perlu untuk menambahkan lagi serabut di kepala ini. Saya berpendapat Azlan mungkin tidak mampu untuk membantu saya dalam situasi ini. Beliau hanya seorang pelatih kecergasan dan bukannya pakar dalam menyelesaikan masalah saya ketika ini, fikir saya. Ada kemungkinan juga beliau tidak membaca akhbar hari ini. Sibuk melatih barangkali. Kalau tidak masakan beliau tidak bertanya sebab saya tidak dapat hadir.
Sesekali Aina dan Anis masuk ke bilik bermain-main di atas katil berhampiran saya. Mereka memanjat-manjat badan saya sambil ketawa dan bergurau. Kebiasaannya saya akan turut serta dalam permainan bersama mereka ini namun kali ini tidak begitu. Saya hanya memerhatikan mereka berdua bermain seolah-olah saya tidak berada di situ. Suara saya tiada untuk menegur kehadiran mereka. Saya ‘hilang’ dalam pandangan mereka dan fikiran saya merewang jauh menembusi kelam malam ini. Jasad sahaja berada di hadapan mereka namun hakikatnya diri abah mereka ini ‘kaku’ seketika. ‘Kaku’ dari segi tingkahlaku kebiasaan. Saya tidak berupaya untuk ketawa dan bergurau pada malam ini. Barangkali anak-anak saya juga terfikir begitu. Pelik dengan sikap saya, anak-anak mulai bosan dan keluar dari bilik. Akhirnya saya tertidur pada malam itu bukan dalam keadaan diri saya yang sebenar. Bukan Ahmad Khariri Al-Hadi yang suka bergurau dan bukan seorang abah yang sering membuatkan anak-anak menjerit kerana diusik.
Di pejabat, saya sudah menjadi sedikit pendiam. Kurang menegur dan kurang bercakap dengan sahabat sekerja mahupun kakitangan bawahan saya. Saya lebih selesa membuat kerja yang diamanahkan. Ada beberapa orang sahabat yang berbisik-bisik apabila saya melintasi mereka. Biarlah apa pun yang mereka umpatkan saya tidak ambil pusing semua itu. Senyuman tawar saya berikan. Saya tidak marah kepada sesiapapun di pejabat ini. Walhal sebenarnya saya cukup berterima kasih kepada mereka semua. Apa yang saya lalui 24 jam yang lepas tidak diungkitkan sedikitpun. Mungkin ada yang mengatakan mengapa saya perlu bersikap begini hanya kerana sebuah gambar dan cerita di akhbar tersebut? Jawapannya mudah, saya tidak biasa menjadi bahan cerita apatah lagi cerita yang melibatkan tujuan ikhlas saya kepada adik Atiqah. Saya bukannya seorang artis yang memerlukan kontroversi atau gossip untuk naik ke persada yang dikenali. Namun saya berharap saya akan lebih matang dan bersedia sekiranya keadaan sebegini memerlukannya.
Bersambung …
64 Comments
bila kita buat kebaikan..seolah2 menjadi kesalahan pula di zaman ini. manakala buat kesalahan sudah menjadi kebiasaan yg tidak menimbulkan rasa hairan lagi
Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Tip Untuk Menghilangkan Kebencian
semoga beliau tetap tabah menhadap dugaan. tak sabar nak tunggu sambungannya
Curahan rasa hairulafiz @ ..2012 Tahunku Yang Kacak
belum baca yang sebelumnya…jadi rada bingung,,tapi veritanya selalu memberikan makna
Alaaaa.. nak tahu sambungan dia lagi…banyak pengajaran yg dapat dlm setiap kisah secebis hati ni..
Curahan rasa Nurul @ ..iPhone 5 gadget impian
ni la yang dikatakan berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Curahan rasa pipoq @ ..iPhone 5 gadget impian
Saya rasa kagum dengan naluri (bisikan hati) yang dikongsikan oleh tuan penderma hati Ahmad Khariri Al-Hadi… Semoga niat ikhlas beliau diterima di sisi Allah S.W.T… Derma yang ikhlas seumpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu menahu di atas pemberian tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Fear Factor Selebriti Malaysia
Tanpa terasa kisah secebis hati ini telah mencapai episode 9
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kejang Demam
Tiap episode banyak ibrah yang didapat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kejang Demam
Menjadikan penasaran untuk mengikuti dan membaca kisah selanjutnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kejang Demam
Ternyata pemberitaan di Surat Khabar membawa pengaruh besar bagi Ahmad Khariri Al-Hadi
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Hari Asyura Dan Peristiwa Bersejarah Yang Terjadi Pada 10 Muharram
Semoga saja hal ini tidak lebih memperburuk kesehatan beliau.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Hari Asyura Dan Peristiwa Bersejarah Yang Terjadi Pada 10 Muharram
Masih asyik membaca ternyat sudah bersambung.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Hari Asyura Dan Peristiwa Bersejarah Yang Terjadi Pada 10 Muharram
Menuju dan memperjuangkan kebaikan memang selalu ada rintangan dan halangannya
Curahan rasa Dawaihati @ ..Hakikat Ibadah Yang Diterima Allah
Namun rintangan dan halangan itu akan berubah jadi kesenangan dan kebahagiaan tatkala kita mampu menghadapi dan melabraknya…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Hakikat Ibadah Yang Diterima Allah
Yang penting dalam hidup ini, kita punya niat yang tulus dan pikiran bersih. Apapun kata orang, tidak jadi soal karena hanya Dia yang tahu segalanya..
Curahan rasa Hybrid car @ ..The Growing Popularity of Hybrid SUVs
Sungguh banyak dugaan yang perlu ditempuh… Sedikit sebanyak mengikuti kisah ini, dapat merasakan betapa sukarnya keadaan yang dihadapi penulis.
Curahan rasa Eizil @ ..Pengalaman pertama menyediakan bubur asyura kelantan
Cerita dan kisah yang banyak memberikan pelajaran berharga dalam kehidupan ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
ceritanya semakin memberi pengajran tentang hidup apalagi merupakan kisah nyata
Curahan rasa munir ardi @ ..Saya Memerlukan Bantuan Sahabat untuk Menang iPhone 5
dalam kehidupan ini mesti di teruskan tidak kira di mana kedudukan kita pada suatu hari nanti ada yg memahami mengapa anda berbuat sedemikian, bersabarlah wahai sahabat ku InsayaAllah Allah bersama anda teruskan kehidupan anda jangan masalah tersebut terus membelenggu dalam kehidupan saudara kelak akan bertambah kemudaratan
Curahan rasa latif @ ..iPhone 5 Gadget Impian
thanks sbb share cerita ni
Curahan rasa Efah Mustaffa @ ..Weekend di Old Town White Coffee – Personal coaching and business sharing
Comments are closed.