Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sambungan “Kisahnya Secebis Hati“ diteruskan lagi. Bagi yang ketinggalan mengikuti cerita ini, ianya berkisah tentang coretan HATI dari Penderma HATI, Ahmad Khariri. Boleh baca episod kisahnya di Part 1, Part 2 dan Part 3 dan Part 4. Rakan Blogger boleh menjemput Saudara Ahmad Khariri untuk sessi Motivasi berkongsi pengalaman dan kepada yang teringin mempromosikan bisnes isteri beliau sila klik – Bunga Telur Teddy Bear.
Pesakit Bengkak Hati : Allahyarham Adik Mohd Yohitt Bin Mohd Farhan Kutty Krishnan
Penderma Hati : Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop
Tarikh pembedahan pemindahan hati (Liver Transplant) : 18 Disember 2004
Tarikh Adik Yohitt meninggal dunia : 28 Januari 2005
Sementara menunggu keputusan ujian darah saya keluar, saya telah berfikir apa caranya untuk meyakinkan kepada Dato’ Dr. K.C. Tan agar dapat membenarkan saya menjadi penderma hati kepada adik Atiqah. Risau dengan keputusan darah saya telah menyebabkan perut saya tidak berasa lapar walaupun sejak pagi tadi langsung tidak menjamah sebarang makanan. Macam-macam saya fikirkan samada bercakap cara baik atau sebaliknya untuk berdepan dengan doktor apabila ujian darah telah diterima. Menurut kakitangan makmal darah, keputusan ujian ini akan dikeluarkan selepas pukul 2 petang.
Sekarang jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Saya masih lagi menanti keputusan ujian darah yang akan diberikan kepada pembantu Dato’ K.C. Tan. Kelibat beliau pun saya tidak nampak lagi. Masih menikmati makan tengah hari barangkali. Atau sedang berdandan dan bersolek di tandas seperti kebiasaannya wanita bekerjaya. Apa pun yang beliau sedang lakukan saya tidak ambil pusing cuma berharap keputusan saya segera diterima dan diserahkan kepada Dato’ K.C. Tan. Sedang saya melayan fikiran tiba-tiba nama saya dipanggil oleh pembantu Dato’ K.C.Tan untuk masuk bertemu doktor Cina tersebut. Perasaan risau saya mula menyerang setiap urat saraf saya. Ya Allah! Kau bantulah hambaMu yang lemah ini.
Saya terus masuk ke bilik doktor tanpa mempedulikan perasaan yang bercampur baur ini. Saya duduk dan memandang doktor dengan berharap keputusan darah ini memihak kepada saya. Dato’ Dr. K.C.Tan sedang membaca laporan tersebut sambil sesekali memandang ke luar tingkap. Reaksi beliau telah membuatkan saya semakin resah dan gelisah. Tangan saya yang sekejap di atas meja, sekejap dimasukkan ke dalam poket seluar seolah-olah sedang berdepan dengan panel temuduga yang ingin menemuduga saya bekerja. Saya kira jantung saya ini berdegup lebih pantas daripada biasa.
“Keputusan ujian darah You tidak baik! You ada masalah dengn kolestrol, Fatty Liver bla..bla..bla” tiba-tiba keluar daripada mulut Dato’ K.C. Tan. “Dengan keputusan you begini memang tidak boleh jadi penderma hati“. Beliau memberikan laporan ujian darah tersebut kepada saya. Saya terus ambil dan melihat laporan tersebut walaupun saya tidak memahaminya.
Saya tidak sanggup mendengarnya. Seolah-olah doktor ini telah menjatuhkan hukuman kepada saya tanpa sempat saya membuat rayuan. Walaupun kata-kata doktor dengan nada yang lembut serta penuh kesopanan namun hakikatnya ia seperti pisau yang mengiris. Terlalu pedih dan sakit untuk saya terima kata-kata beliau. Saya perlu menerima hakikat ini namun saya juga harus merayu dan diberikan peluang. Adakah kata-kata doktor ini telah muktamad? Beliau juga seorang manusia dan sudah pasti beliau ada pertimbangannya juga.
“Boleh tak Dato’ beri saya peluang? Saya amat berharap untuk jadi penderma hati kepada adik ini. Keluarga beliau juga terlalu mengharapkan saya” saya merayu kepada Dato’ K.C.Tan. Wajah saya serius agar keputusan yang disampaikan oleh beliau tadi boleh berubah.
“Baiklah! I berikan You masa satu bulan sahaja untuk buang semua masalah-masalah kesihatan you ini” Jawapan yang sememangnya diharapkan oleh saya. Nampaknya beliau masih ada perasaan bertimbangrasa terhadap diri saya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau dan berjanji akan berusaha untuk mengurangkan atau terus membuang masalah kesihatan tersebut. Walaupun saya tidak begitu ikhlas melafazkannya namun saya yakin beliau percaya dengan kata-kata saya. Sememangnya agak mustahil untuk saya berbuat demikian dalam tempoh yang amat singkat. Ini bermakna sekiranya saya ingin mengurangkan masalah kolestrol dan hati berlemak (fatty liver), saya perlu menurunkan berat badan saya kepada berat badan yang ideal! Dalam sebulan apa yang saya boleh buat?
Saya mula resah. Satu bulan bermakna cuma ada 30 hari sahaja. Ini bermakna dalam 30 hari saya perlu menurunkan berat badan saya daripada 97 kilogram kepada yang lebih ringan. Kalau diikutkan secara BMI (Body Mass Index), saya perlu menurunkan berat badan kepada 70 kilogram! Ini bermakna saya terpaksa menurunkan berat sebanyak 27 kilogram. Ya Allah! Apa yang saya boleh buat? Tidak mungkin dalam waktu sesingkat ini saya mampu berbuat demikian. Selama beberapa tahun ini berat badan saya semakin naik kerana saya amat jarang sekali bersenam dan kurang menjaga pemakanan saya.
Walaubagaimana sekalipun, saya harus lakukan sesuatu untuk mengurangkan berat badan saya. Saya harus memikirkan perasaan semua pihak yang meletakkan harapan kepada saya. Saya tidak mahu dianggap sebagai manusia yang hanya pandai bercakap namun tidak mampu melakukan apa yang saya katakan. Saya harus buktikan bahawa saya seorang anak kampung yang mampu menjadi manusia yang berguna kepada insan lain. Teringat apa yang pernah dilakukan oleh Encik Tamayoshi kepada anak saya satu masa dahulu. Tiba-tiba saya menjadi terlalu bersemangat. Saya akan menjadi seorang manusia yang kejam di muka bumi sekiranya saya tidak berusaha melakukan sesuatu membantu adik Atiqah.
Sepanjang perjalanan pulang daripada SJMC, saya memikirkan pelbagai cara untuk menurunkan berat badan saya. Apa cara sekalipun, saya akan lakukan dengan cara yang betul agar ianya tidak memudaratkan tubuh badan. Sekiranya salah, takut lain pula jadinya nanti. Saya perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada sahabat-sahabat atau mereka yang arif dalam bidang ini. Tetapi mungkin ianya akan memakan masa dan kemungkinan mereka akan bertanya macam-macam kepada saya. Saya perlu rahsiakan hal ini. Sehingga saat ini belum ada sesiapa dikalangan sahabt di tempat kerja yang tahu berkenaan hal ini. Saya ambil cuti hari ini pun dengan alasan ingin uruskan hal peribadi. Ketua saya tidak banyak soal dan terus menurunkan tandatangan di borang cuti saya.
Bersambung lagi …
69 Comments
Bukan senang walaupun ingin menolong seseorang, tapi ketabahan hati saudara Khairiri amat terpuji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
kisah sambungan secebis hati masih diteruskan. Skrg dah part 5, ceritanya semakin menarik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Banyak sungguh dugaan dan halangan yang perlu ditempuh setakat ini, benarlah kata bijak pandai, walaupun kita ingin berbuat baik, ianya tidak selalu hadir dengan jalan yang mudah.
Curahan rasa Eizil @ ..Kisah bekerja sendiri yang jarang diceritakan.
betul-betul menyentuh perasaan….
Curahan rasa Travel Website™ @ ..All You Need to Know About Travel Humidors
memang benar-benar menyentuh perasaan dari part 1 sampai 5
Curahan rasa hatiputera @ ..Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?
Benar-benar kisah yang sangat menyentuh
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pengertian Tanda Preeklamsia
dari part mula hingga sekarang hati tersentuh… ternanti part seterusnya
Curahan rasa auc dot com @ ..Selangor Merah Padam di Piala Malaysia 2012
Part demi part semakin mengharukan
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
sama-samalah kita membantu..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Kenapa Bahaya First Class Seat Jika Kapal Terbang Terhempas..?
Alamak.. Bersambung lagi.. Tak sabar untuk menantikan kesudahan cerita ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Rindu dekat Blog Madammondoq..
Part 6 nantinya pasti akan lebih mengharukan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..UrbanQurban : Game Android untuk Ibadah
Tak saba nak baca sambungan seterusnya..
Curahan rasa YouInformation @ ..All You Need to Know About Travel Humidors
Saya yakin dengan niat yang tulus untuk membantu, pastilah akan diberikan kemudahan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Act Of Killing | Kisah Pembantaian PKI Yang Menuai Kontroversi
bantu-membantu amalan mulia..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Kenapa Bahaya First Class Seat Jika Kapal Terbang Terhempas..?
Sudah menginjak part ke lima kisah secebis hati ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Penyakit Malaria
Ahmad Khariri, penulisan anda sehebat keikhlasan/pengorbanan anda.
Tak sabar menunggu part 6.
Curahan rasa GreenLava @ ..5 Reasons Why A/B Split Testing Can Help Monetize Your Website
subhanalla mulia sekali ya ..
Benar-benar niat yang tulus untuk mendonorkan hati walaupun sang Dokter telah memberikan informasi mengenai hasil pemeriksaan laboratorium darahnya sang penderma
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tips Kehamilan Sehat
Yang ternyata hasil dari pemeriksaan darahnya kurang memenuhi syarat kesehatan untuk menjadi penderma karena ada masalah pada hasil darah kolesterol da sejenisnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tips Kehamilan Sehat
Kalau masalah kesehatan, pasti Mas Ferry specialisnya
Curahan rasa Bang Iwan @ ..UrbanQurban : Game Android untuk Ibadah
Comments are closed.