Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini part ke-12 sambungan “Kisahnya Secebis Hati“ hasil coretan dari Penderma HATI, Ahmad Khariri. Kalau belum baca episod awal Part 1 hingga 11 yang dipublish sebelum ni bolehlah KLIK DI SINI. Rakan Blogger boleh menjemput Saudara Ahmad Khariri untuk sessi Motivasi berkongsi pengalaman dan juga kepada yang teringin mempromosikan bisnes isteri beliau sila klik – Bunga Telur Teddy Bear.
Pesakit Bengkak Hati : Allahyarham Adik Mohd Yohitt Bin Mohd Farhan Kutty Krishnan
Penderma Hati : Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop
Tarikh pembedahan pemindahan hati (Liver Transplant) : 18 Disember 2004
Tarikh Adik Yohitt meninggal dunia : 28 Januari 2005
Satu demi satu soalan diajukan kepada saya. Kadangkala soalan-soalan daripada wartawan ini sesuatu yang sukar untuk saya fikirkan jawapannya dalam tempoh yang lama. Dalam beberapa saat sahaja jawapan ‘terpaksa’ diberikan. Kadangkala terfikir juga adakah jawapan yang saya berikan itu betul atau sengaja direka-reka. Bukannya menipu tetapi bagi orang yang baru 2-3 kali berhadapan dengan pihak wartawan ini, banyak yang perlu saya pelajari terutama ketika menjawab soalan-soalan yang berbentuk peribadi. Mudah-mudahan jawapan kepada setiap soalan itu adalah yang terbaik daripada saya dan tidak menyinggung mana-mana pihak terutama keluarga saya dan keluarga adik Atiqah.
Lensa kamera dan lampunya memenuhi ruang di hadapan saya. Soalan demi soalan diajukan dan kadangkala saya diminta untuk beraksi bersama-sama adik Atiqah. Beberapa possing yang sengaja di’lakon’kan untuk menjadikan sesi temubual ini lebih menarik. Menarik perhatian orang ramai dan barangkali untuk menarik pembaca dan penonton. Apa jua yang berlaku petang ini, saya hanya berniatkan untuk membantu adik Atiqah dan jauh sekali untuk bermegah-megah dengan apa yang akan saya lakukan satu hari nanti. Semoga dengan cerita dan berita yang bakal keluar nanti, menjadikan perjalanan saya dan adik Atiqah berkongsi hati dalam satu pembedaham pemindahan hati lebih mudah.
Saya rasakan pihak media memainkan peranan yang amat penting dalam mempublisitikan cerita dan berita seumpama ini. Walaupun kadangkala ada yang sengaja diada-adakan bagi melariskan jualan namun dalam soal kemanusiaan begini, pihak media terlalu penting bagi kami. Mereka juga manusia dan mereka juga punya perasaan belas ehsan. Sekiranya mereka semua tiada, mungkin harapan kepada kami agak tipis. Bagaimana kami ingin mencari dana pembedahan yang sebegini banyak? Amat mustahil kami boleh melakukannya secara individu kecuali dengan izinNya sahaja.
Allah SWT juga menyarankan hambanya berusaha terlebih dahulu sebelum menyerahkan segala-galanya kepadaNya. Dengan usaha dan berdoa barulah kita boleh mengharapkan tawakal sebagai jalan terakhir. Dana sejumlah RM275,000.00 yang perlu dicari dalam masa yang singkat ini amat merisaukan kami dan keluarga kami kerana sekiranya tiada pembabitan pihak media, ianya hanya sekadar ‘mimpi di siang hari’ sahaja.
Adik Atiqah adalah salah seorang insan yang bertuah kerana ramai yang bersimpati dan ingin membantu beliau. Saya dimaklumkan oleh Encik Sharif, sejak keluar gambar dan berita pagi ini ramai tetangga dan orang luar menziarahi dan menelefon beliau untuk menziarahi adik Atiqah. Tidak semena-mena nama adik Atiqah menjadi bualan ramai pihak yang ingin membantu beliau. Syukur kepada Allah SWT yang melahirkan keperihatinan kepada kita semua terhadap masalah yang ditanggung oleh adik Atiqah dan keluarga Encik Sharif.
Jika sebelum ini tiada siapa yang mempedulikan nasib adik Atiqah tetapi saya yakin selepas ini nasib beliau akan berubah. Lebih banyak tangan-tangan yang sudi menghulurkan tangan membantu pesakit Bengkak Hati ini. Putaran dunia akan merubah segalanya nasib adik Atiqah. Beliau seumpama Idola kepada kanak-kanak senasib dengan beliau. Adik Atiqah akan menjadi ‘jurucakap’ kepada dunia bahawa kanak-kanak kecil juga memerlukan perhatian untuk terus hidup di bumi Malaysia yang tercinta ini. Walaupun bukan mulut beliau yang berkata namun dengan suara hati kanak-kanak kecil ini lebih mudah difahami oleh kita semua.
Lebih kurang jam 5.15 sesi wawancara ini selesai. Saya mengharapkan agar cerita dan berita ini akan mensensasikan dunia perubatan yang kadangkala hanya memilih ‘pangkat dan darjat’ untuk dibantu. Mungkin berlainan situasinya apabila yang sakit ketika ini adalah anak kepada seorang kenamaan mahupun artis terkenalkan? Dalam sekelip mata sahaja semua pihak tampil membantu dan tidak perlu bersusah payah ‘mengemis’ di dada akhbar mahupun televisyen.
Rasanya tidak perlulah ianya diulang-ulang beberapa kali lagi untuk menarik perhatian pihak berwajib yang seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap masalah anak kecil seperti adik Atiqah ini. Sekiranya mereka tersentap dengan berita ini, seharusnya satu tindakan segera perlu diambil. Jika tidak, mereka ini umpama seperti ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Mereka mencari rezeki dan menyuap mulut ahli keluarga dengan ‘air mata’ adik Atiqah dan kanak-kanak yang senasib dengan beliau. Perasaan geram ini hadir bukan kerana personaliti diri saya, tetapi kerana situasi yang melibatkan nyawa adik Atiqah dipermain-mainkan.
Bersambung …
37 Comments
memang tak boleh skip baca kisah ni, kena baca dari episod 1 baru boleh faham sepenuhnya. terima kasih kerana kongsi kisah ini.
manusia yg ada “hati” yg sanggup menghadiakhan hati
berat sama di pikul…..skang kita senang, kita tolong org.. nati kita susah org tlg kita lak….
dalam setiap kesusahan akan ada hikmah positif didalamnya…
Curahan rasa Kubagi Ilmu @ ..Kurikulum 2013 "Pengertian, Komponen, Fungsi"
kesedaran dalam masyarakat kita harus ditingkatkan lagi. Menunggu sambungan nya lagi.
setiap manusia ada susah senan masing2
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Blogspot Video Templates
namun di setiap kesusahan pasti ada kesenangan
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Blogspot Video Templates
walaupun kadang2 kita tak suka pihak media, tapi itu je saluran hebahan yang berkesan dan terkesan.
Ketelusan dalam kerjaya dan memberi perkhidmatan perlu dikaji semula.
Unit dan badan khas yang menguruskan seperti badan kebajikan masyarakat perlu lebih peka….tentang perkara ini…
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Bagaimana Menambah Pendapatan Blog dengan Blogsvertise
Aduh, kok bersambung mas ,,,,,kan nangggung baca artikelnya … !!!!
Curahan rasa fadli @ ..Cara Dan Tips Agar Cepat Hamil
Ceritanya bersambung sahabat fadli karena memang kisahnya panjang dan tidak bisa hanya dalam satu entri
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Menghilangkan Rasa Cemburu
Xsabar mengikuti sambungan cerita ini…
Curahan rasa AmiRini @ ..Kering…. kering… kering….
ok. tunggu plak sambungannya..
positifnya pembabitan pihak media ialah ia dapat meningkatkan kesedaran orang awam untuk sama sama membantu utk meringankan beban. dapat juga meningkatkan dana yg telah terkumpul
Curahan rasa sha @ ..Renew Insurans dan Road Tax kereta
Kita tunggu lagi sambungan seterusnya…
Perihal pilih bulu tu mmg ada jugak kedengaran…
Curahan rasa hafizmd @ ..9 Petua Awet Muda | Perasan Muda?
Mudah-mudahan bisa lebih baik lagi. Amiin ya Allah.
Curahan rasa Iqbal @ ..Bermain Bulu Tangkis di GOR Bintang Ratulangi
memangsakan keadaan..sedih jugak bila perkara camtu boleh berlaku seolah2 ianya bukan satu benda yang serius..
Comments are closed.