Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku kongsikan kisah benar yang aku sendiri lalui mendapat layanan buruk ketika makan di sebuah restoran Melayu di Bangi. Untuk entri ini aku kongsikan kisah dan tauladan yang aku dapat daripada rakan wassap. Nak kata cerita rekaan tidak juga kerana aku sendiri pernah mengalami kisah ngeri mendapat layanan buruk di kaunter bank.
Memang betul kalau kita datang dengan imej kampungan memang sebelah mata sahaja kerani bank pandang. Kalau datang dengan imej bergaya kaya walaupun tak berduit memang lebih ceria disambut di kaunter. Jom kita baca kisah ini sebagai panduan hidup.
Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata
“kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”
Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata
“Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”
Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 200 JUTA.
Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.
Gambar hanya sebagai hiasan.
mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.
mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya…….
Kisah dan tauladan ini biasa berlaku di bank Malaysia tak kiralah bank komersial atau bank jenis lain-lain. Bank Negara Malaysia perlu mengambil perhatian sikap pekerja bank yang memilih bulu. Bukan semua jutawan menzahirkan diri mereka dengan gaya kaya.
Kalau anda ada kisah yang hampir sama kongsikan untuk kita jadikan pengajaran.
Setiap dari kita sekurang-kurangnya akan mengalami pengalaman yang tak menyenangkan time di kaunter bank…betul tak? Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Alangkah baiknya berprasangka baik terhadap seseorang agar tak terjadi kejadian seperti diatas, mari kita sama sama belajar dan bisa mengambil hikmahnya
Kalau pergi pejabat pos pun ini juga perangai staf di kaunter
Kasihan sekali nasabahnya, seharusnya kita melayani nasabah bukan mencemeehkannya atau meremehkan mereka. semoga cerita ini menjadi contoh agar kejadian seperti ini tidak terulang lagi. Curahan rasa Muhammad Iqbal @ ..Obyek Wisata di Kabupaten Aceh Tengah
kadang-kadang sebenarnya kita sendiri pun ada buat macam tu,cuma kita je tak sedar..:D Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
boleh dijadikan ingatan selalu untuk para pegawai bank supaya menghadapi nasabah dengan [erlakuan yang sama tanpa membedakan Curahan rasa Buka Hati @ ..Inilah Mengapa Para Wanita Beralih ke Islam
orang kaya dan orang mewah adalah berlainan. mewah mungkin satu gaya hidup, tapi kaya boleh jadi juga dia tidak bermewah. tapi bab pandang kerek ni biasa je berlaku tambahan lagi bila anda berwajah baby face (orang pandang ingat masih student), berpakaian biasa-biasa (tiada lagak extravaganza), tak sandang Hermes di bahu maka anda mungkin berhadapan keadaan seperti makcik di kaunter ini. Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Bukan Sebarang Kopi: Ini Kopi Abang Kopi
Saya juga pernah mengalami situasi doble standard begini, satu hari saya datang ke sebuah bank bukan local, nak settle credit card. Okay bila cakap dekat kaunter, disuruh ambil nombor dan tunggu giliran. Waktu saya sampai, pelanggan tak ramai. Sengaja ambil cuti untuk selesaikan urusan2 ini. Tapi entah kenapa lama pulak menunggu. ada jugak la rasa fedup, aku nie nak datang bagi kau payment penuh, kemain lama plak..
Dipendekkan la citer….datang satu hamba Allah nie…, dengan suit satu set dengan spek mata hitam dengan briefcase (sumpah tak hensem, macam penjenayah je. hihi) terus je pegi kaunter dan terus je dilayan, takde pun ambil nombor giliran. setelah beberapa ketika tengok2 orang tu dah beredar..Saya lalu pegi ke kaunter tanya mengapa (bukan siapa ye!) lelaki itu dah selesai urusannya? Lalu dijawab, ohh itu pelanggan tetap kami disini, datang bawa duit ribu2 deposit kat kami.
Ohhhhhhhh…ribu2. abis aku nie bawak 10k nak settle hutang kad kredit aku nie engkau taknak ker?
dan2 tu pula terus kelam kabut, “eh no cik belum dipanggil? gelabah sana sini situ situt…entah apa yang lama sangat nak suruh aku bertapa kat dalam bank tu. nak bayar! bukan nak mintak berhutang…
gitu la pengalaman ngeri dengan bank huruf U itu…tobat taknak buat apa2 business deal da dengan bank tu.
memang banyak double standard klau kat bank, tambah plak kalau ada muka YB..memang dia takkan beratur.sebab ingat semua orang kenal dia dan bagi muka. Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Teringat kisah pergi makan di sebuah ‘restoran makanan segera’ , pekerja restoran tu cakap orang putih, saya kebetulan tengah penat banyak benda fikir hari tu, tak perasan pulak apa dia cakap.
Dia nampak macam lekehkan saya macam saya tak faham orang putih, saya apa lagi tanya la macam-macam pasal pilihan makanan dalam bahasa orang putih balik, last-last dia mengalah cakap bahasa Melayu, tak boleh nak teruskan conversation. Curahan rasa zul @ ..Malaysia Best Blog 2015 – though challenge ahead
yang itu memang win, seronok plak kalau ramai orang kongsikan pengalaman kat sini ye Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Amalkan sikap saling menghormati pada sesiapa juga tak kira siapa mereka. Jangan pandang hina kepada tukang sapu kerana tanpa mereka kawasan persekitaran kita pasti tidak kemas dan dipenuhi sampah sarap.
Mek ila pun seorang yang sangat simple terutama dalam berpakaian. Memang kadang-kadang jurujual tak layan sebab diingatnya kita xde duit agaknya 😛 Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..9 Tips Penting Pemilihan dan Penjagaan Tuala Mandi
Saya pun pernah lalui macam tu. tapi situasi lain. Saya pernah pergi shopping mall lepas habis kelas. memang tak rancang pun nk pergi sana. So pergi sana terus tanpa bersiap. pergi hanya dengan pakai baju kurung. sebab memang datang kelas selalu pakai baju kurung. Bila sampai ke sana, pergi makan dekat restoran, ada satu family tu tertunjuk2 ke arah saya sambil ketawa. saya buat tak tahu je. kebetulan meja dekat. saya dengar la dorang kata. budak kampung pun nak makan dekat restoran. dengan baju kurung nya. Salah ke saya pakai baju kurung. paling tidak menutup aurat. tak sangka orang pandang serong dekat orang pakai baju kurung ni Curahan rasa Cik Na @ ..Segmen Bloglist Mac – Julai by MiyaAmira
sikap double standard pada pelanggan mmg biasa berlaku pada mana2 bank di malaysia nie..klu kenal mmg dpt layanan berbeza drp teller..segala urusan cepat & mudah..tapi kesian pada pelanggan yang biasa2 nie.. Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja
Selalu nampak apek-apek macam menganggur kat kawasan rumah ni… kekadang pakai seluar “seteng” …. kekadang pakai singlet jer… jalan sorang-sorang
kadang-kadang ada juga kes apek yang pakai baju pagoda lusuh dtg bank..tup-tup keluarkan duit berpuluh ribu dr dalam seluar pendeknya utk dimasukkan dalam akaun..mmg speechless masa tuu.. Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja
situasi begini sejak dari dulu lagi..tapi lain pula persepsi mereka dgn org cina. biasanya mereka dgn utk deposit duit ribu2 hanya berseluar pendek+shirt pagoda hehe Curahan rasa JMR @ ..Dayyan is 22 months
senario org cina sungguh jauh berbeza dgn orang melayu..org cina dtg bank pakai sempoi tp bwk byk duit..org melayu pakai smart tp…. Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja
Kisah ini boleh dijadikan tauladan, jangan hanya lihat pada gaya, lihatlah pada perwatakan yang mesra. Kerani bank ini, kadang-kadang ego lebih. Macamlah bank tu dia yang punya. Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sertai Coaching SOM Tone Excel
147 Comments
Setiap dari kita sekurang-kurangnya akan mengalami pengalaman yang tak menyenangkan time di kaunter bank…betul tak?
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Alangkah baiknya berprasangka baik terhadap seseorang agar tak terjadi kejadian seperti diatas, mari kita sama sama belajar dan bisa mengambil hikmahnya
Kalau pergi pejabat pos pun ini juga perangai staf di kaunter
Walaupun bukan semua yang buat
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Makanan Menambah Kesuburan Lelaki & Wanita Cara Islam
Kasihan sekali nasabahnya, seharusnya kita melayani nasabah bukan mencemeehkannya atau meremehkan mereka. semoga cerita ini menjadi contoh agar kejadian seperti ini tidak terulang lagi.
Curahan rasa Muhammad Iqbal @ ..Obyek Wisata di Kabupaten Aceh Tengah
ada orang pakai singlet dan selipar jepun tapi duit berkepuk kita tak tahu…
Curahan rasa puteraduyong @ ..Blogger Hina Islam Maut Ditetak di Bangladesh
kadang-kadang sebenarnya kita sendiri pun ada buat macam tu,cuma kita je tak sedar..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
boleh dijadikan ingatan selalu untuk para pegawai bank supaya menghadapi nasabah dengan [erlakuan yang sama tanpa membedakan
Curahan rasa Buka Hati @ ..Inilah Mengapa Para Wanita Beralih ke Islam
orang kaya dan orang mewah adalah berlainan. mewah mungkin satu gaya hidup, tapi kaya boleh jadi juga dia tidak bermewah. tapi bab pandang kerek ni biasa je berlaku tambahan lagi bila anda berwajah baby face (orang pandang ingat masih student), berpakaian biasa-biasa (tiada lagak extravaganza), tak sandang Hermes di bahu maka anda mungkin berhadapan keadaan seperti makcik di kaunter ini.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Bukan Sebarang Kopi: Ini Kopi Abang Kopi
Saya juga pernah mengalami situasi doble standard begini, satu hari saya datang ke sebuah bank bukan local, nak settle credit card. Okay bila cakap dekat kaunter, disuruh ambil nombor dan tunggu giliran. Waktu saya sampai, pelanggan tak ramai. Sengaja ambil cuti untuk selesaikan urusan2 ini. Tapi entah kenapa lama pulak menunggu. ada jugak la rasa fedup, aku nie nak datang bagi kau payment penuh, kemain lama plak..
Dipendekkan la citer….datang satu hamba Allah nie…, dengan suit satu set dengan spek mata hitam dengan briefcase (sumpah tak hensem, macam penjenayah je. hihi) terus je pegi kaunter dan terus je dilayan, takde pun ambil nombor giliran. setelah beberapa ketika tengok2 orang tu dah beredar..Saya lalu pegi ke kaunter tanya mengapa (bukan siapa ye!) lelaki itu dah selesai urusannya? Lalu dijawab, ohh itu pelanggan tetap kami disini, datang bawa duit ribu2 deposit kat kami.
Ohhhhhhhh…ribu2. abis aku nie bawak 10k nak settle hutang kad kredit aku nie engkau taknak ker?
dan2 tu pula terus kelam kabut, “eh no cik belum dipanggil? gelabah sana sini situ situt…entah apa yang lama sangat nak suruh aku bertapa kat dalam bank tu. nak bayar! bukan nak mintak berhutang…
gitu la pengalaman ngeri dengan bank huruf U itu…tobat taknak buat apa2 business deal da dengan bank tu.
memang banyak double standard klau kat bank, tambah plak kalau ada muka YB..memang dia takkan beratur.sebab ingat semua orang kenal dia dan bagi muka.
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Teringat kisah pergi makan di sebuah ‘restoran makanan segera’ , pekerja restoran tu cakap orang putih, saya kebetulan tengah penat banyak benda fikir hari tu, tak perasan pulak apa dia cakap.
Dia nampak macam lekehkan saya macam saya tak faham orang putih, saya apa lagi tanya la macam-macam pasal pilihan makanan dalam bahasa orang putih balik, last-last dia mengalah cakap bahasa Melayu, tak boleh nak teruskan conversation.
Curahan rasa zul @ ..Malaysia Best Blog 2015 – though challenge ahead
yang itu memang win, seronok plak kalau ramai orang kongsikan pengalaman kat sini ye
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Amalkan sikap saling menghormati pada sesiapa juga tak kira siapa mereka. Jangan pandang hina kepada tukang sapu kerana tanpa mereka kawasan persekitaran kita pasti tidak kemas dan dipenuhi sampah sarap.
Mek ila pun seorang yang sangat simple terutama dalam berpakaian. Memang kadang-kadang jurujual tak layan sebab diingatnya kita xde duit agaknya 😛
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..9 Tips Penting Pemilihan dan Penjagaan Tuala Mandi
Saya pun pernah lalui macam tu. tapi situasi lain. Saya pernah pergi shopping mall lepas habis kelas. memang tak rancang pun nk pergi sana. So pergi sana terus tanpa bersiap. pergi hanya dengan pakai baju kurung. sebab memang datang kelas selalu pakai baju kurung. Bila sampai ke sana, pergi makan dekat restoran, ada satu family tu tertunjuk2 ke arah saya sambil ketawa. saya buat tak tahu je. kebetulan meja dekat. saya dengar la dorang kata. budak kampung pun nak makan dekat restoran. dengan baju kurung nya. Salah ke saya pakai baju kurung. paling tidak menutup aurat. tak sangka orang pandang serong dekat orang pakai baju kurung ni
Curahan rasa Cik Na @ ..Segmen Bloglist Mac – Julai by MiyaAmira
sikap double standard pada pelanggan mmg biasa berlaku pada mana2 bank di malaysia nie..klu kenal mmg dpt layanan berbeza drp teller..segala urusan cepat & mudah..tapi kesian pada pelanggan yang biasa2 nie..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja
Selalu nampak apek-apek macam menganggur kat kawasan rumah ni… kekadang pakai seluar “seteng” …. kekadang pakai singlet jer… jalan sorang-sorang
Tup… tup…. dapat tahu rupanya dia antara jutawan low profile kat Malaysia ni
Curahan rasa linchalo @ ..Strok Haba – Mengapa Budak Sekolah Boleh Menjadi Lembik Apabila Pulang Dari Sekolah Ketika Cuaca Panas?
kadang-kadang ada juga kes apek yang pakai baju pagoda lusuh dtg bank..tup-tup keluarkan duit berpuluh ribu dr dalam seluar pendeknya utk dimasukkan dalam akaun..mmg speechless masa tuu..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja
situasi begini sejak dari dulu lagi..tapi lain pula persepsi mereka dgn org cina. biasanya mereka dgn utk deposit duit ribu2 hanya berseluar pendek+shirt pagoda hehe
Curahan rasa JMR @ ..Dayyan is 22 months
senario org cina sungguh jauh berbeza dgn orang melayu..org cina dtg bank pakai sempoi tp bwk byk duit..org melayu pakai smart tp….
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja
Kisah ini boleh dijadikan tauladan, jangan hanya lihat pada gaya, lihatlah pada perwatakan yang mesra. Kerani bank ini, kadang-kadang ego lebih. Macamlah bank tu dia yang punya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sertai Coaching SOM Tone Excel
Comments are closed.