Kisah hidup susah selepas kaya untuk dijadikan pengajaran

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli“. Kali ini Abang nak berkongi kisah sedih Pak Mustar juara kilauan emas beberapa tahun dulu.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baru-baru ini Abang terbaca kisah Pak Mustar kehabisan wang hadiah RM250 ribu yang beliau menang ketika menjadi Juara Kilauan Emas, pasti beliau tak dapat semua hadiah tersebut kerana sebahagian perlu bayar cukai hiburan. Kepada yang tak tahu apa itu rancangan Kilauan Emas ianya merupakan program realiti anjuran Astro khas untuk penyanyi-penyanyi otai. Sambutannya taklah sehebat Gegar Vaganza tetapi ramai penyanyi-penyanyi otai yang mencuba nasib.

Pak Mustar, Juara Kilauan Emas 5 dan juara Kilauan Emas Otai mengakui dia kehabisan duit kemenangan tersebut. “Ya! Duit itu habis sekelip mata sahaja,” ungkap Wak Mustar kalau ditanya tentang berita wang kemenangannya yang lebur sekelip mata. Malah, juga tidak lagi mempunyai simpanan untuk diri sendiri mahupun keluarga dan kini ibarat ‘tinggal sehelai sepinggang’.

Dulu Abang ada baca banyak kisah peneroka felda jadi lebih miskin dan merempat setelah kehabisan duit pampasan berjuta ringgit. Bukan setakat habis duit paling malang kehilangan keluarga yang susah bersama dulu. Antara peneroka felda yang mendapat pampasan berjuta ringgit adalah felda Sg Buaya, felda pasak dan felda sendayan. Peneroka yang pandai mengurus duit memang senang lenang tapi tak ramai.

Abang sendiri melihat depan mata sahabat-sahabat yang kaya-raya, berjaya dalam bisnis, kumpul duit berjuta ringgit akhirnya jadi miskin, hidup merangkak lebih sengsara dari zaman sebelum mereka kaya dulu.

MUNGKIN antara sebab apabila kita sudah senang kita lebih suka menerima nasihat daripada insan yang kita tidak pernah kenal masa kita susah dahulu. Nasihat orang baru yang nampak lebih bijak daripada nasihat kawan-kawan lama masa susah sama-sama dulu.

Sharita Saad : Duit yang senang dapat, biasa akan senang mengalir keluar, Esp kalau satu dunia tahu yang si polan, si polan dapat hadiah dan pampasan ratusan ribu atau juta…. Muncul la “kawan” sekelip mata juga yang bagaikan jerung kelaparan, cuba ajak “labur” dan tumpang leburkan duit tu. Zaman sekarang ni, kalau tahu ada duit, macam semut la datang, menghurung gula. Don’t easily trust new people. Kesian bila kehilangan keluarga yang sama-sama bersusah payah, akibat kekayaan sekelip mata ni. Oleh itu lebih baik berdiam diri, dari cuba menunjuk-nunjuk aset danwang ringgit yang ada di tv, macam sesetengah orang yang kita sedia maklum.

Mungkin sahabat-sahabat ada kisah yang sama untuk di kongsikan.

Abang Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

89 Comments

  1. Sangat terkesan dengan artikel ini kerana ditakuti akan terkena kepada diri sendiri.

    Yalah sebelum ini biasa hidup sederhana, tiba-tiba ditakdirkan banyak duit dan tak tahu macam mana nak menguruskannya.

    Sebelum merancang untuk berjaya, pastikan ada ilmu termasuk cara pengurusan kewangan.

    Terima kasih atas peringatan Haji.

  2. DUIT ni bila takde dan tak cukup, ianya adalah dugaan. Bila ada banyak dan terlebih daripada cukup, pun satu dugaan juga.. minta kita semua dibukakan hati utk menilai duit dan menggunakan ke arah yang bermanfaat.

      1. hehehe betul tu. Rasa sesak nafas je kan bila duit tiada. Nak tak nak kena cari duit. nak nak kita orang lelaki ni

  3. Bagi saya ada 2 sebab utama duit cepat habis:

    1. Tak ada ilmu kewangan – simpan dan labur
    2. Kawan-kawan atau sedara mara dengan ayat manis yang mengambil kesempatan.

    Bimbang juga orang yang tak pernah dapat duit banyak, tiba-tiba habis sekelip mata sebab tiada ilmu.
    Curahan rasa Zack @ ..5 Panduan Penting Memilih Produk KesihatanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!