Khasiat Ubi Keledek pelbagai saiz, bentuk dan bilangan

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada hari jumaat yang mulia ini, saya nak kongsikan pada anda semua apa yang disampaikan oleh Puan Suzy Honey di Facebook beliau berkenaan dengan khasiat Ubi Keledek. Siapa yang tak minat ubi keledek? Rata-rata orang Malaysia suka memakannya, bukan?

Ubi keledek berasal dari Amerika dan kini ditanam di kawasan tropika, subtropika dan di kawasan yang bercuaca panas. Di semenanjung Malaysia kebanyakan ubi keledek ditanam untuk hasil ubinya dan juga pucuknya.

Ubi keledek terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan bilangan. Warna kulit ubi ada jenis putih, kuning, coklat, merah dan ungu manakala isinya ada berwarna oren, kuning dan ungu.

Ubi keledek boleh direbus, digoreng, dipanggang dan dibakar. Isinya boleh digunakan sebagai ramuan pelbagai kuih muih seperti keria, pai, inti karipap dan lain-lain.

Selain itu ubi keledek boleh dibuat sayur dicampur bersama sayuran lain untuk dibuat gulai. Pucuknya pula boleh dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.

Ubi keledek mengandungi air dan karbohidrat kompleks dalam bentuk kanji dan gula. Oleh sebab itu keledek sangat sesuai untuk pengamal diet sebagai pengganti nasi kerana boleh membekalkan tenaga seharian.

Ubi keledek yang mempunyai isi berwarna oren menghasilkan karotenoid yang tinggi. Karotenoid merupakan antioksidan yang bertindak untuk menguatkan penglihatan dan bertindak sebagai imun tubuh untuk mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.

Air rebusan dari ubi keledek pula boleh dijadikan sebagai tonik untuk kesihatan perut, limpa, ginjal, lemah badan dan mengatasi rasa haus semasa demam panas. Kandungan antioksidannya yang tinggi membantu mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.

Ubi keledek dikatakan sangat bagus untuk pesakit jantung kerana ia mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan yang menjadi punca serangan jantung.

Manakala kandungan potassium di dalam ubi keledek juga boleh mengawal degupan jantung dan fungsi saraf selain daripada melegakan pengecutan otot, bengkak dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.

Selain itu daun ubi keledek boleh ditumbuk lumat dan disapukan pada sendi-sendi yang mengalami kekejangan dan merawat kulit yang melecur.

Ada satu perkara yang perlu anda tahu tentang daun ubi keledek yang telah ditumbuk lumat ialah ianya boleh digunakan sebagai umpan untuk menuba udang.

Menarik bukan?

Kalian yang nak lagi Tips Kesihatan yang bagus dan menarik boleh follow Facebook beliau Puan Suzy Honey

Semoga bermanfaat!


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!