Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai bekas manager di KFC hampir 9 tahun yang lepas setiap perkembangan KFC menjadi perhatian aku bak kata orang tua tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencari rezeki. KFC Malaysia adalah syarikat terakhir aku bekerja sebelum menjadi usahawan kecil-kecilan hingga sekarang. Secara peribadi prestasi pekerja KFC menurun berbanding pentadbiran yang dahulu kerana beberapa kali aku melalui pengalaman yang kurang enak sehingga terpaksa menasihatkan staff KFC ni.
Sebelum ini kecoh tukang masak di salah sebuah stor KFC telah menyapu ayam di tapak kaki sebelum digoreng. Kejadian ini mendapat liputan hangat sehingga KFC terpaksa membuat kenyataan akhbar.
Terbaru heboh pulak staff KFC kurang ajar menumbuk salah seorang pelanggan. Mungkin pelanggan tersebut kurang ajar tetapi sebagai pekerja tidak sepatutnya bertindak seganas ini. Mengikut cerita di blog Alantanblog.com kejadian ini berlaku KFC i-City, Shah Alam.
Kita tunggu apa pulak respond KFC. Malulah KFC Malaysia sebuah syarikat kepunyaan perushaan Melayu tetapi prestasi kurang baik sepertinya pentadbiran sudah hilang kawalan dengan apa yang berlaku di peringkat bawahan. Mungkin staff ini kurang latihan atau Outlet Manager tidur atau Area Manager kurang buat kerja??
Baru-baru ni aku dan famili makan di sebuah restauran makanan segera. Mamat yang ambil pesanan tu cakap aku kena tunggu 15 minit. Selepas 15 minit kami dapat semua makanan kecuali satu selepas menunggu beberapa minit anak-anak dah bising bertanyakan pesanan yang belum dapat. Aku ke kaunter bertanyakan makanan yang tak sampai lagi. Mamat kaunter tu kata tersilap hantar dan minta aku tunggu lagi 15 minit. Apalagi naik angin satu badanlah aku terus minta duit balik. Supervisor dia kata tak boleh kena tunggu juga. Memang kena ceramah panjang dengan aku dan akhirnya aku dapat duit balik dan terus keluar dari restauran tu.
Nak jadi supervisor atau manager restauran kena ada skill kawal keadaan diluar dugaan kalau tidak macam-macam boleh jadi. Pelanggan lapar dah letih tunggu lama boleh jadi sangat pemarah tetapi kalau pekerja pun nak marah siapa yang rugi. Pasti nama baik restauran terjejas terutama apabila tersebar di blog dan facebook. Bukan mudah nak membina jenama tapi boleh jatuh dalam masa yang singkat.
Video penjelasan mangsa tumbuk staff KFC i-City
Feedback dari Pengurusan KFC Malaysia :
1. A KFC staff who was seen assaulting a customer in a YouTube video that has gone viral has been suspended, said KFC Malaysia.
2. 18/2/12 : KFC mohon maaf kepada mangsa tumbuk – Malaysiakini.
191 Comments
saya ni feveret KFC…setiap kali kalau minta order memang tak pernah senyum staff KFC ni…(saya memang tak hensem, org tak suka)…sekurang2nya budi bhs tu kena la ada….
agaknya staff KFC memang takder disiplin kot….
awak senyum je kat dia biar dia malu sendiri…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
tengok ayam goreng sedap2
lapar x makan
tu jadi gitu
prinsip org berniaga
apa-apapun terjadi customer tetap betul
walaupun ia salah
Curahan rasa auc dot com @ ..Sabah vs Kelantan | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
so…bsabarlah layan sikap customer. org bisnes selalu cakap…customer yang sebenarnya membayar gaji bukan bos. bos dapat duit dari mana? dari customer….gaji bos pun customer yang bayar….
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
tengok dari video mcm ada provokasi..entahla
dah hilang sabar dah sampai tahap tu..moga kes sebegini membuka mata pengurusan tertinggi kfc
dulu pernah buat partime di kiosk ukm semasa belajar, memang kena sabarlah dengan kerenah pelanggan mcm2 tu
sabar itu separuh daripada iman….
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
sebelum ni pun dah byk dgr isu kurang enak ttg KFC ni…takkan sebab dua tiga kerat yang kurang ajar..ni,nak boikot KFC pulak. Tapi apa pun reputasi KFC sudah tentu tercalar…
Curahan rasa dinar @ ..Harga emas tertinggi dicatat pada minggu lepas….
walaupun segelintir org nak boikot KFC tetapi KFC tetap ada pelangan nya yg setia…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Sebenarnya sekarang ni kat mana2 pun dah ada org kurang ajar ni , nasib lah KFC ter ambik pekerja kurang ajar ni …
Curahan rasa puanbee @ ..Usaha & Ikhtiar Nak Cepat Kahwin ?
setuju dengan puan bee.. saya mengajar di sekolah menegah dan nampak benda2 ni.. sedih sangat, tapi kalau dah cikgu, ibu bapa dan guru pun tak boleh nak hormat, org lain mereka ni nak hormat ke?
Curahan rasa CMRatu @ ..Video Kaki Paling Sexy di Dunia
tak sangka pulak macam tu..
Curahan rasa zhazmi @ ..Review Miecyber’s Blog
ini dah terkena buku dan ruas
Curahan rasa ciksembang @ ..Wordless Wednesday #18 Home made garlic spread
kalau kena provok dan maki kaw-kaw..sape-sape pun akan meradang macam ni..
so..bagi aku, dua-dua salah.
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads
wah tak sangka franchise terkenal bisa seperti itu
Curahan rasa munir ardi @ ..Divorce – How to rebuild your life – your credit
kenapa selalu diselesaikan dengan kekerasan , tidak bisa kah dengan maslah diselesaikan dngan kepala dingin , komunikasi bicara baik baik , itu more confinance
Curahan rasa joy @ ..In February Full Moon Love
saya pun baru je tengok video ni…mungkin memang pelanggan tu yang kurang ajar dulu…tapi pekerja tu memang tak patut buat macam tu..harapnya lepas ni tak ada lagi isu2 gempar dari kfc..
Curahan rasa bardboo @ ..Salji Turun di Toulouse
mcm2 kes skrg
Curahan rasa farhan @ ..Contest Teka & Menang by Meira and Nabila
smpai mcm tu kfc ni..
Curahan rasa farhan @ ..Contest Teka & Menang by Meira and Nabila
teruknye pekerja KFC situ.. pelanggan pun sanggup ditumbuknya.. oleh sebab seorang buat perangai macam ni, buruk seluruh reputasi KFC.. ish ish ishh..
yang sapu ayam KFC kat tapak kasut tu pon boleh tahan bangang dia.. harap pihak pengurusan KFC dapat ambil tindakan sewajarnya..
patut la sejak 2 menjak ni rasa tak larat dah nak abiskan ayam KFC yang dinner plate.. dulu bleh je mkn dinner plate sampai licin tinggal tulang.. skrg dh tak bleh abis.. ayam tapak kasut rupanya.. teruk btol pekerja tu..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Browser Chrome for Android BETA
hehehe…jagn cakap mcm tu, nanti takut pulak saya nak makan ayam KFC…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
tak sepatutnya berlaku insiden ini.. tapi, mungkin juga provokasi berlaku dan hilang kawalan emosi pekerja KFC itu
Curahan rasa KiD @ ..Best Ribs Ever TGI Friday’s
Biasaanya yg mula pekerja juga seperti pelanggan kena tunggu terlalu lama, staff tak berbudibahasa, salah hantar makanan dan paling marah bila pelanggan baru sampai dah dapat makanan yg dah lama tunggu terkebil2 tak dapat lagi …
Curahan rasa Denaihati @ ..Jiran Hamilkan Isteri
kalau pekerja seperti itu, pekerja yang tak hormati pelanggan
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja Asuransi Ekspor Indonesia 2012
Comments are closed.