Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai bekas manager di KFC hampir 9 tahun yang lepas setiap perkembangan KFC menjadi perhatian aku bak kata orang tua tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencari rezeki. KFC Malaysia adalah syarikat terakhir aku bekerja sebelum menjadi usahawan kecil-kecilan hingga sekarang. Secara peribadi prestasi pekerja KFC menurun berbanding pentadbiran yang dahulu kerana beberapa kali aku melalui pengalaman yang kurang enak sehingga terpaksa menasihatkan staff KFC ni.
Sebelum ini kecoh tukang masak di salah sebuah stor KFC telah menyapu ayam di tapak kaki sebelum digoreng. Kejadian ini mendapat liputan hangat sehingga KFC terpaksa membuat kenyataan akhbar.
Terbaru heboh pulak staff KFC kurang ajar menumbuk salah seorang pelanggan. Mungkin pelanggan tersebut kurang ajar tetapi sebagai pekerja tidak sepatutnya bertindak seganas ini. Mengikut cerita di blog Alantanblog.com kejadian ini berlaku KFC i-City, Shah Alam.
Kita tunggu apa pulak respond KFC. Malulah KFC Malaysia sebuah syarikat kepunyaan perushaan Melayu tetapi prestasi kurang baik sepertinya pentadbiran sudah hilang kawalan dengan apa yang berlaku di peringkat bawahan. Mungkin staff ini kurang latihan atau Outlet Manager tidur atau Area Manager kurang buat kerja??
Baru-baru ni aku dan famili makan di sebuah restauran makanan segera. Mamat yang ambil pesanan tu cakap aku kena tunggu 15 minit. Selepas 15 minit kami dapat semua makanan kecuali satu selepas menunggu beberapa minit anak-anak dah bising bertanyakan pesanan yang belum dapat. Aku ke kaunter bertanyakan makanan yang tak sampai lagi. Mamat kaunter tu kata tersilap hantar dan minta aku tunggu lagi 15 minit. Apalagi naik angin satu badanlah aku terus minta duit balik. Supervisor dia kata tak boleh kena tunggu juga. Memang kena ceramah panjang dengan aku dan akhirnya aku dapat duit balik dan terus keluar dari restauran tu.
Nak jadi supervisor atau manager restauran kena ada skill kawal keadaan diluar dugaan kalau tidak macam-macam boleh jadi. Pelanggan lapar dah letih tunggu lama boleh jadi sangat pemarah tetapi kalau pekerja pun nak marah siapa yang rugi. Pasti nama baik restauran terjejas terutama apabila tersebar di blog dan facebook. Bukan mudah nak membina jenama tapi boleh jatuh dalam masa yang singkat.
Video penjelasan mangsa tumbuk staff KFC i-City
Feedback dari Pengurusan KFC Malaysia :
1. A KFC staff who was seen assaulting a customer in a YouTube video that has gone viral has been suspended, said KFC Malaysia.
2. 18/2/12 : KFC mohon maaf kepada mangsa tumbuk – Malaysiakini.
191 Comments
Tak sepatutnya berlaku, latihan serta pengurusan masa, stress serta cara berkerja perlu dibuat, latar belakang pekerja perlu di ambil kira, sahsiah dan kepribadian tinggi nampaknya bukan lagi keutamaan,
Curahan rasa LoveHijau @ ..13 Spesies Ular Paling Berbisa
Perkara yang tak sepatutnya berlaku… Mungkin ada provokasi dari pelanggan. Seharusnya pekerja lebih tenang dan bersabar dalam menghadapi situasi tersebut.
Curahan rasa anif @ ..Version 2.0 – Wordless Wednesday #25
Byk juga pengalaman dan perjalanan DH hinggakan di KFC pun bro.. bekerja. Selepas ni apa lagi pekerjaan DH utk pengetahuan kami semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Atau mereka ni mahu supaya nama baik KFC terjejas. Ini akan menjejaskan pendapatan KFC juga sbg memboikot drp syarikat drp negara Amerika.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Sebagai seorang Islam, perkara begini tak sepatutnya berlaku. Kena ada displin dan tatatertib.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Eeeee…geli dan jijik nak makan ayam KFC kalau macam ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Sebelum amik pekerja kena la pentingkan dua syarat. 1. tahan maki 2. tahan lasak. 🙂
ciri2 pkerja yg bagus…sesuai sekali…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
kita nantikan penjelasan dari kfc.. mari kita lihat siapa yang kenaaa
Curahan rasa rahman_hussin @ ..Sepahat Di Restoran Gulai Panas Mak Tok
KFC dah tak macam dulu lagi,,,ambik pekerja pun macam tangkap muat jer,,,
Curahan rasa hatiputera @ ..Madu lebah
Dulu KFC ada institut latihan dan semua supervisor n manager datang dari pusat latihan ini tapi politik dalam bisnis menjadikan semua terkubur dan sekarang baru nak buat semula.
Curahan rasa denaihati @ ..Google Update Pagerank pertama 2012
Mungkin lebih baik seperti ini, sebelum masuk bekerja terlebih dulu melalui serangkaian pelatihan, terutama pelatihan mental.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
Menjawablah pihak pengurusan KCF….bila dah hilang sabar macam tu lah jadi nya….customer always right! setuju?.
Salah staff tak dapat kawal emosi…manager pun tak boleh buat apa dah sebab melibatkan emosi manusia.
Saya rasa staff bukan tak diajar tapi….sikap staff itu sendiri…
Curahan rasa azman @ ..Riadah Taman Tasik Perdana
erm..apa nak jadi ni..please behave urself 🙂
Curahan rasa Muna Munie @ ..1st GA blog Mamamurai[dot]com
salam..
ermmm..malu wehh!
Curahan rasa zulkbo @ ..Video Gaduh Di Restoran KFC Bila Ayam Habis Punya Pasal
maybe KFC kena hantar pekerja dia training macam MCD supaya mereka lebih tahan sabar dan berdedikasi..
tapi melalui maklumat yang saya dapat dari rakan…
masalah ini sebenarnya bermula daripada customer terbabit yang tidak semena2 memaki2 pekerja tersebut sehingga berlaku tindakan di luar dugaan ini..
apa2pun semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua yang terlibat atau yang menonton
Curahan rasa Hans @ ..Himpunan Kata – Kata Hikmah Hans Hanis Part 5
ini la org kata, kerana setitik nila rosak susu sebelanga… ehhh..betul ke..betul la kot… lepas ni menjawab lagi la pihak atasan KFC pasal kes ni…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Gadget Yang Tersadai
Sivik manusia ni ada bermcm2…hemmmm…
Curahan rasa faizfakhirin @ ..You Are Beautiful but Don’t be Foolish
Comments are closed.