Kesusahan Adalah Ubat Kesenangan

Spread the love

Mengikut sejarah lama-lama dan kehidupan kita ni sekarang … tiada kejayaan dan kebahagian tanpa melalui kesusahan dan pengorbanan.

Kita ambil contoh Rasulullah yang perlu berjuang di Mekah dan berjaya setelah hijrah di Madinah. Apa sahaja di sebut kesusahan telah di lalui oleh Baginda semasa di Mekah .. dihina, dicederakan, dipulaukan, diserang, tidak makan berhari-hari dan sebagainya yang pasti tidak mampu untuk AKU lalui … Baginda adalah kekasih Allah tetapi masih diduga dengan pelbagai dugaan.

Kita lihat insan yang berjaya dalam politik, kerjaya, perniagaan dan sebagainya pasti melalui masa susah sebelum mereka berjaya. Bagi AKU kesusahan itu adalah ubat yang terbaik untuk kita jadi sihat dan berjaya. Lihat lah sekeliling kita … ubat itu mesti rasanya pahit dan tak sedap. Tapi kalau yang sedap seperti gula dan makanan yang sedap-sedap berlemak tu pasti akhirnya mengakibatkan penyakit yang pelbagai jika diambil berlebihan.

Begitu juga keadaan negara kita ni jika dipandang dari sudut yang berbeza … kita sudah senang lenang bertahun-tahun. Sekarang ini diduga dengan kesusahan untuk kejayaan yang lebih baik sekiranya Pemimpin & Rakyat Malaysia boleh melalui dengan sabar dan melakukan tindakan-tindakan yang wajar… Tetapi jika tidak maka ini akan menjadi bencana kejatuhan suatu Bangsa Malaysia. Janji Allah bahawa dia hanya akan menguji umatnya atas kemampuannya untuk menanggung ujian tersebut…Allah tidak akan menguji apa yang tidak mampu kita lalui.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

208 Comments

  1. Sunnatullah telah mendahului harapan dan keinginannya bahkan telah mendahului penciptaan kita, sunnatullah yang tidak akan berubah dan berganti.

    Catatan hidup di lauhil mahfudz tidak akan mengalami pergantian dan perombakan, sebuah ketetapan yang pasti terjadi:
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..APAKAH MAKNA REFORMASIMy Profile

  2. Itulah hidup yang selalu membutuhkan pengorbanan dan salah satu yang bisa membuat hidup berseni karena adanya liku-liku hidup. Jadi tanpa liku-liku hidup, hidup kita tidak berseni.

  3. Kita tak bisa lari dari kenyataan. Kesusahan merupakan batu ujian bagi kita. Nabi-nabi saja kan mengalami kesusahan. Dunia ini adalah tempatnya kesusahan. Siapa yang tidak mau susah, tidak usah tinggal di dunia ini.

  4. Prinsip bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian ini banyak sekali dijumpai dalam kehidupan sehari-hari manusia, itu sama dengan berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Sama halnya waktu muda bekerja keras, tua tinggal menikmati hasilnya. Begitu juga dengan membesarkan, mendidik anak dengan susah payah yang jika dilakukan dengan benar, maka kalau besar nanti, anak tersebut akan menjadi anak yang saleh dan berguna.

  5. ingatlah bahawa Allah yg pegang hati setiap seorang dari kita. Allah Maha berkuasa utk melakukan apa sahaja. Jadi, janganlah fikir bahawa sudah terlambat utk kita bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. Selagi ajal tidak memanggil kita, selagi itulah pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Allah Maha penerima taubat.

  6. Apabila kita tahu hakikat hidup ini sememangnya penuh onak dan duri, kita akan lebih berhati-hati supaya tidak tersalah pilih jalan dan kita akan lebih menghargai setiap ujian yang Allah berikan kepada kita kerana dengan ujian itu sahaja dapat meningkatkan iman kita kepada Allah. Kita tidak boleh kata diri ini sudah beriman selagi kita tidak diuji, seperti Firman Allah:

    Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)

  7. Cuba kita hayati firman Allah di atas. Ini adalah sumpahan tetap dari Allah bagi menyatakan hakikat sebenar hidup manusia. Allah menegaskan kepada umat manusia bahawa kita sebagai manusia sentiasa berada dalam perjuangan sehinggalah ajal memanggil kita. Jadi, kita sebagai hamba-Nya, perlukah kita merungut tentang apa yang kita lakukan seharian? Padahal apa yang kita lakukan dan segala dugaan Allah kepada kita tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan umat-umat manusia sebelum kita ini.

  8. Firman Allah dari surah Al-Balad, ayat 4:

    “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sentiasa dlm perjuangan yg sukar dan penat” (90:4)

  9. Marilah kita bersyukur kehadirat Allah Subhanahu wata’ala atas segala nikmat yang telah tercurah kepada kita. Semoga Allah Subhanahu wata’ala memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur, sehingga Allah akan menambah pemberiaan nikmatNya. Sesungguhnya Allah memberikan rizki kepada siapa saja yang dikehendakiNya dengan tanpa batas

  10. Masyarakat kita telah di program untuk memandang “kegagalan” itu buruk.
    Kita hanya melihat dari “sisi kesuksesan” dari orang yg berhasil dan tidak di beritahu atau di tunjukkan sisi lainya.
    Mereka beranggapan orang yg sukses tidak pernah gagal.

  11. Demikian,
    Agar kita tidak terlalu berduka cita
    Atas apa yang telah dilalui
    Dan kita tidak terlalu bergembira
    Atas apa yang akan didapati

  12. Boleh jadi kita membenci sesuatu
    Padahal ia amat baik
    Dan boleh jadi kita menyukai sesuatu
    Padahal ia amat buruk
    Allah mengetahui
    Sedang kita tidak mengetahui

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!