Kerja tidur 9 jam sehari, gaji RM5,800 untuk internship 100 hari

Spread the love

Tidak dinafikan semua orang pasti akan berdepan dengan situasi malas untuk bekerja pada hari tertentu terutama sekali yang selalu dikaitkan dengan “Monday Blues”.

Namun ia tidak dapat dielak kerana semua orang perlu bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Malah ada juga sesetengah individu yang berdepan masalah kuat tidur sehingga menyukarkannya untuk bekerja di pejabat selama sembilan jam.

Dan bagi individu seperti ini sudah pasti sukar baginya untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian tetapi dengan tawaran gaji yang menarik.

Jadi jangan terkejut dengan tawaran yang dibuat oleh sebuah syarikat di India apabila menawarkan pekerjaan tanpa sebarang peralatan untuk bekerja seperti laptop, alat tulis atau buku nota.

Malah anda boleh datang ke pejabat dengan memakai baju tidur dan tugas anda hanya perlu tidur selama sembilan jam sehari selama 100 hari. Menarik bukan?

Tawaran itu dibuat sebuah syarikat di India iaitu Wakefit Innovations Pvt. Ltd di mana syarikat itu berperanan sebagai pengeluar sleep tracker dan memerlukan individu untuk mengujinya.

Jika anda dipilih, anda akan dibayar Rs1 lakh (RM5,800) untuk menjalani latihan “internship” tersebut.

Tetapi dengan syarat, anda tidak boleh menggunakan telefon pintar selama sembilan jam anda tidur.

Jika anda pergi ke halaman Wakefit. Co, anda akan melihat gambar seorang lelaki dengan tajuk utama “Sleep Internship Job Description” dengan butang “apply now” (mohon sekarang).

Ia terletak di bawah ayat “adakah tidur merupakan pekerjaan impian anda? Ingin menyertai pasukan kami yang memberi fokus kepada tugasan berkaitan tentang tidur? Jika ya, anda orang yang kami cari!

Laman web itu turut menyatakan jika anda pernah tidur di dalam kelas ia akan dikira sebagai pengalaman yang boleh diambil kira ketika sesi temuramah nanti.

Malah jika anda juga seorang individu yang anti media sosial, ia turut memberi kelebihan kepada anda untuk dipilih bekerja dengan mereka.

Tanpa mengambil kira apa jua kelulusan, anda boleh diterima untuk menjalani tugasan ini.

Apa yang penting, selagi anda seorang yang kuat tidur tanpa berdengkur selama sembilan jam selama 100 hari, anda layak untuk bekerja dengan syarikat ini dengan bayaran yang lumayan.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!