Kerana air bersih wanita ini sanggup membunuh diri tetapi kita membazir sesuka hati

Spread the love

Apa khabar kalian di Lembah Klang yang selalu terputus bekalan air? Orang Malaysia boleh hilang pertimbangan bila tiada sumber air bersih. Di negara miskin mereka berjuang bermatian untuk mendapatkan air bersih.

Abang nak bercerita kisah air yang sangat menyentuh hati.

Scott Harrison, founder charity water mengeliling dunia bercerita kisah seorang wanita di sebuah kampung di Ethiopia yang berjalan setiap hari tiga jam pergi dan lima jam balik untuk membawa balik air untuk keluarga. Satu hari wanita tersebut tergelincir dan keseluruhan air yang dibawa tumpah ke tanah. Kerana sangat kecewa wanita tersebut telah mengantung diri di tengah-tengah kampung tersebut.

air-bersih

Cerita tersebut telah menyentuh hati ramai manusia yang permurah di seluruh dunia dari kanak-kanak berumur tujuh tahun hingga nenek berusia 89 tahun.

Salah seorang kanak-kanak yang terkesan dengan cerita Scott Harrison adalah Rachel Beckwith. Pada harijadi ke sembilan Rachel meminta derma dari kawan-kawan sebagai hadiah hari jadi. Misi Rachel mengumpul USD300 untuk membantu 15 kanak-kanak di Afrika tetapi Rachel hanya dapat mengumpul USD220 sahaja. Dia agak kecewa tetapi berazam untuk mengumpul lebih banyak pada harijadi ke sepuluh.

Beberapa bulan selepas itu Rachel terkorban dalam satu tragedi kemalangan jalanraya. Kisah kesungguhan Rachel mengumpul derma untuk membantu charity water menjadi berita utama di TV, Media dan Sosial Media. Ramai yang terkesan dengan kisah itu mula menderma untuk membantu Rachel mencapai impian. Hasilnya lebih USD1.2 juta terkumpul.

rachel-charity-water

Pada ulang tahun pertama kematian Rachel, charity water membawa keluarga Rachel untuk melihat projek air bersih hasil derma seluruh dunia yang diberi atas nama Rachel.

Walaupun Rachel sudah tiada tetapi semangat dan kesungguhannya untuk membantu menyediakan air bersih kepada dunia telah membuka hati ribuan manusia untuk menderma berjuta-juta USD bagi menyediakan air bersih kepada dunia.

telaga-kemboja

Saudara Islam Kemboja juga sangat mengharap sumbangan Wakaf daripada kita untuk membina telaga pam sebagai sumber air bersih.

Setiap unit memerlukan bajet sebanyak USD1400 (RM5800)

Kalian boleh menyumbang untuk projek Wakaf Telaga Kemboja

1. Satu bahagian bernilai USD100 (RM420)
2. Satu unit telaga USD1400 (RM5800)

Sumbangan boleh di bank in ke akaun Maybank Denaihati Resources 562834616817 dan email detail ke admin@denaihati.com dengan nota Wakaf Telaga Kemboja.

Sumbangan akan terus mendapat manafaat selama mana telaga ini berfungsi.

Gambar diruang komen adalah antara telaga pam sumbangan rakan Denaihati Network dengan kerjasama Koperasi Muslim Kemboja. Sudah lebih 50 unit telaga Pam yang sudah dibina tetapi masih jauh dari cukup.

Sebarkan.

Tonton juga video telaga pam yg sudah dibina di Kemboja


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!