Assalamualaikum dan salam Sejahtera, calon SPM 2015 terutama Kakak pasti berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada 3/3/16. Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh semak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Sms
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.
- Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 03.03.16.
Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online
Sila klik Sistem Semakan Online Keputusan SPM 2015 Lembaga Peperiksaan.
Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2015 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan. Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
82 Comments
nampak sangat saya ketinggalan, baru tahu dapat result SPM boleh online je…pergh. berdebar-debar nak klik button tu heheh
Sekarang ni keputusan exam semua dah up to date..ikut perkembangan teknologi katanya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor
Semoga SUkses dan mendapatkan yang terbaik buat kakak dalam mendapatkan keputusan SPM hari ini…
Semoga yang terbaik untuk kakak. Semoga ia menjadi permulaan kehidupan kakak yang gemilang nanti 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Myliferia March Giveaway Bonanza
Mungkin kakak ni harapan ibubapa la kan, namun apapun semoga berjaya untuk kakak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor
Semoga kakak dapat keputusan yang cemerlang, sementara itu, anak saya pun dapat juga result tetapi tidak begitu cemerlang. Apa boleh buat, boleh cuti masuk kolej, belajar dalam bidang kemahiran seperti Kulinari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menang Count Mandarin Orange Contest 2016
Bidang kemahiran peluang yang sangat bagus untuk anak-anak explore sebenarnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor
Tahniah kepada calon yang berjaya dengan cemerlang yang dapat semua A. Kepada yang kurang baik result, tak usah bersedih. Banyak lagi masa hadapan untuk berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menang Count Mandarin Orange Contest 2016
Macam mana result…..yg penting kita dah usaha terbaik…tawakal seterusnya. Usaha lagi dan lagi tanpa pernah jemu….kalau yg gagal ….itu tidak bermakna gagal dalam hidup
Curahan rasa Aree @ ..Identiti Peniaga Pasar Malam
semoga kakak mendapat keputusan yang baik..
amin ya Allah.
lepas ni akan tempuhi alam assignment pulerk.
hehehe
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Macam Bermimpi-Mimpi
Semoga kakak mendapat keputusan SPM yang terbaik. Mudah sekarang ni, boleh semak keputusan melalui SMS…
Curahan rasa yangbaik @ ..Bloglist Pertama 2016 Blog YangBaik
jangan lepas ikhtiar ya kak
Semoga hasilnya memuaskan, good luck ^_^
Tahniah di ucapkan.. Moga bertambah lagi rezeki kakak di alam Universiti.. 🙂
Curahan rasa mejuez @ ..Kenapa Buku Momen2 Matluthfi Wajib Beli?
Semoga anak tuan DH mendapat keputusan yang cemerlang. Insyallah SPM bukanlah segalanya. Ramai yang tak ambil SPM boleh berjaya dalam hidup mereka. Rajin dan usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rajin Macam Semut
good luck kakak… semoga kakak terus berjaya dunia akhirat. inshaAllah
Amin. Betul tu. semoga kakak berjaya di dunia dan di akhirat. Insyallah dapat keputusan yang baik SPM hari ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Berkebun Boleh Sihatkan Badan dan Minda
Goodluck diucapkan. Amboi! meriahnya nak gi amik result ke tu??
Curahan rasa Mrs. A @ ..Wordless Wednesday#70 : MANGGA ASAM BOI
Gambar entri sebelum ni jika tak salah tu. Masa tu tuan DH dan team nak ke tempat lain. Boleh cari dalam entri sebelum-sebelum ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bagaimana Nak Cari Pendapatan Tambahan Di Rumah
Semoga berjaya untuk Kakak dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..EcoWorld Season’s Flower Show dengan Sentuhan Romantis
Harapnya macam tu. Semoga anak tuan DH mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM kali ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rajin Macam Semut
Semoga kakak mendapat result yg baik, dan boleh memberi manfaat kepada orang lain
Curahan rasa MV @ ..SKIN CARE â NUTRIWHITE ATAU ENFUSELLE?
Amin. Bagus doa tu. Semoga anak Tuan DH berjaya. Semua orang suka bila dapat keputusan yang baikkan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Kerja Dari Rumah Kena Ada Target
Comments are closed.