Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Piala Dunia 2014 semakin menarik apabila banyak keputusan mengejut untuk perlawanan peringkat kumpulan. Antara keputusan Piala Dunia 2014 yang menarik perhatian peminat bola sepak adalah perlawanan Sepanyol vs Belanda, Uruguay vs Costa Rica, England vs Italy, German vs Portugal dan Sepanyol vs Chile. Siapa sangka pasukan gergasi longlai tidak bermaya menentang pasukan kerdil tetapi bernafsu ganas.

Karim Banzema penjaring terbanyak piala dunia 2014
Karim Banzema antara penjaring terbanyak piala dunia 2014 pusingan kumpulan

Keputusan paling mengejut adalah perlawanan Sepanyol vs Belanda dan Sepanyol vs Chile apabila juara piala dunia 2010 tewas 1 – 5 kepada Belanda dan tewas 0 – 2 kepada Chile. Tewas itu biasa tetapi cara Sepanyol tewas sangat memeranjatkan dunia bagaikan pasukan budak sekolah yang tidak mampu melawan walaupun dibarisi bintang dunia. Hasil daripada kekalahan dua perlawanan Sepanyol telah terkeluar daripada persaingan Piala Dunia FIFA 2014.

Luis Suarez penjaring Uruguay vs England
Luis Suarez sedang tenangkan Gerrard. Masih adakah harapan Suarez di Liverpool?

Perancis bermula garang apabila dua keputusan awal iaitu Perancis vs Honduras dan Perancis vs Switzeland memihak kepada Juara Piala Dunia 1998 setelah menewaskan Honduras 3 – 0 dan menewaskan Switzerland 5 – 2. Keputusan perlawanan Brazil dan Argentina kurang meyakinkan lagi apabila perlawanan Brazil vs Mexico berakhir dengan seri manakala Argentina vs Iran berakhir dengan kemenangan Argentina dengan jaringan Messi diwaktu kecederaan.

Bryan Ruiz penjaring gol Costa Rica vs Italy
Bryan Ruiz pemusnah harapan Italy setelah tewas kepada Costa Rica

England juga bernasib malang dalam Piala Dunia 2014 apabila tersingkir awal setelah tewas dua perlawanan peringkat kumpulan iaitu England vs Italy dan England vs Uruguay. Lebih malang dan sadis apabila England dikalahkan oleh Uruguay hasil dua jaringan pemain bintang Liverpool, Luis Suarez. Italy juga diambang maut apabila tewas 0 -1 kepada Costa Rica hasil jaringan Bryan Ruiz antara upset terbesar Piala Dunia kali ini. Salah satu pasukan samada Italy atau Uruguay juga akan terpaksa pulang awal apabila perlawan Italy vs Uruguay akan menjadi menentu mengiringi Costa Rica ke pusingan kalah mati.

Kedudukan Terkini Pasukan Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2014.

Widget powered by WhatstheScore.com

Berdasarkan kedudukan pasukan peringkat kumpulan tidak mustahil akan ada lagi pasukan besar yang akan mengiringi Sepanyol dan England yang akan pulang lebih awal. Peminat bola sepak piala dunia boleh mendapatkan keputusan terkini FIFA 2014 dan jadual perlawanan Piala Dunia 2014 mengiku waktu Malaysia di blog ini. Sila klik Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014 untuk melihat top 10 penjaring setakat ini.

Pasukan terkeluar awal world cup 2014

1. Sepanyol
2. England
3. Cameroon
4. Australia
5. Honduras
6. Bosnia
7. Italy
8. Jepun
9. Ivory Coast
10. Croatia
11. Ecuador
12. Iran
13. Portugal
14. Ghana
15. Korea Selatan
16. Rusia

Pasukan pilihan pertama aku masih bertahan German dan pilihan kedua Perancis semakin menyegat. Semuga salah satu bakal menjadi Juara Piala Dunia 2014.


Spread the love

79 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!