Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang tiada niat lansung nak menulis kisah kes rayuan Anwar Ibrahim sebab pada hemat aku sengat dia dah tak macam dulu-dulu. Lagi pun aku sibuk dengan persediaan untuk menghadap kegawatan ekonomi yang bakal berlaku.
Tapi apa akan daya aku hanya seorang blogger apabila terlalu banyak trafik organik yang masuk mencari informasi keputusan terkini kes Anwar Ibrahim jadi suka tak suka aku mesti menulis untuk tidak mengecewakan mereka yang tersinggah di blog ini melalui carian di Google. Itulah hebat kuasa SEO kepada blogger yang belum mahir nak dapat trafik sebigini jom join Akademi Denaihati banyak yang anda boleh belajar atau kalau malas nak datang kelas baca je Kitab SEO Merah Jambu memang sangat membantu.
Berbalik kepada kes Anwar vs Saiful memang mendapat perhatian dunia tetapi tidak seperti zaman dulu-dulu. Anwar Ibrahim sudah pusing 1Malaysia dengan program “Rakyat Hakim Negara” untuk mempengaruhi minda rakyat bahawa beliau insan yang baik tidak bersalah malah wira negara. Yang salah Saiful dan Kerajaan Malaysia merancang untuk memusnahkan kerjaya politik beliau. Aku tak nak komen apa-apa isu liwat Anwar dengan Saiful sebab tak nampak. Biarlah dia dengan ALLAH sahaja yang tahu dan yang baik ada balasan baik dan yang jahat ada balasan jahat kalau tidak di dunia pasti di akhirat. Tak gitu.
Hero kita untuk orang Islam bukan Anwar Ibrahim juga buka Najib Razak tetapi Nabi Muhammad SAW yang menjadi insan contoh membawa rahmat keseluruh alam. Apa sahaja yang berlaku di alam ini biar sekecil mana sehingga sebesar mana atas pengetahuan ALLAH atas sebab sesuatu untuk sebab sesuatu begitu juga kes liwat II Anwar Ibrahim vs Saiful. ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya melainkan kita sengaja mencari kezaliman atas diri kita sendiri.
Terkini Keputusan Kes Rayuan Liwat II Anwar Ibrahim
Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu. Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu – Astro Awani
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini
Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini
Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]
95 Comments
hero sebenar kita adalah Nabi Muhammad SAW. Allah maha mengetahui
Curahan rasa Nuha @ ..Resepi Kuih Bakar Versi Nuha
apapun yang terjadi Dialah Yang Maha Mengetahui dan yang bersalah akan mendapat hukuman tidak didunia saja di akhirat lebih-lebih
Curahan rasa Belajar Agama Islam @ ..Mimpi Ketemu Nabi
keputusan oleh Mahkamah hanyalah berdasar kepada bukti-bukti yang ada sahaja..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari
Semoga fitnah ini tidak berulang kepada sesiapa juga … sudah tentu ia amat perit untuk dimengertikan apatah lagi menjadi bualan dan tontongan seluruh warga dunia…
Curahan rasa yangbaik @ ..Peluang perbaiki diri
Ujian ini bukan sahaja untuk Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya tetapi juga kita sebagai rakyat Malaysia dan khususnya beragama Islam. Bagaimana isu ini dipermainkan tersembunyi pelbagai firasat yang pelik kadang-kadang kita sendiri tidak sedar.
Curahan rasa yangbaik @ ..Peluang perbaiki diri
kita sebagai orang biasa usah yang kurang dengan segala informasi tentang kes liwat ini diharap tidak memuat kenyataan mengikut andaian sahaja..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak Kerajaan
Permainan politik ini kadang-kadang menyesakkan dada dan mengelirukan. Pastinya ada hikmah yang tersendiri di sebalik setiap kejadian.
Curahan rasa yangbaik @ ..Peluang perbaiki diri
apa juga yang telah terjadi tetaplah terjadi, jadikan iktibar untuk kita semoga tidak berulang semula…
Curahan rasa yangbaik @ ..Peluang perbaiki diri
Sebagai rakyat Malaysia, isu ini mungkin diikuti oleh semua orang. Yang pastinya kefahaman setiap orang itu berbeza mengikut fahaman politik dan pemikiran semasa.
Curahan rasa yangbaik @ ..Peluang perbaiki diri
Rahsianya pada Allah. Sangkaan kita ia betul tetapi Allah yang tahu sebaik-baiknya. Apa yang berlaku adalah tanggungjawab kita samada sedikit atau banyak.
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..RESEPI ASAM PEDAS MELAKA SEDAP YANG BUATKAN MENTUA SAYANG KETAT-KETAT
betul tuu..jika didunia dianiaya, pasti akan ada balasan diakhirat nanti..cuma perlu bersabah & bersangka baik sahaja..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak Kerajaan
Sy tak sokong mana mana politik..saya hanya ada Raja saja,tp sy bersimpati ke atas apa yg berlaku sbg insan kepada insan.. sy hnya mampu mendoakan yang terbaik buat beliau,keluarga beliau,kita semua,Rakyat Malaysia..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Kisah Menyentuh Hati: “Mak,.Mana Mak,.”
6 tahun punya kes! Ambik ko.. 😀 Harap2 lepas ni kita boleh beri tumpuan pada benda2 lain yang lebih berfaedah dan beri menafaat pada negara..
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Malaysian THESIS Blogs
ntah lah..sekejap menang..sekejap kalah..
malas dah nak follow sebab dah tau apa keputusannya..
Curahan rasa Bistari Corner @ ..Semoga Sahabat Tenang Di Sana
semua perasan, lepas PRU13 reputasi Anwar macam dah turun sikit. dengan mcm2 perkara berlaku spt di selangor dan tindakan dia nak bertanding di PRK.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
Penzalim tentu takkan terlepas daripada hukuman Allah. Allah kan ada.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Denggi Dan Rawatan Yang berkesan
wallahualam.. kita pun tak tau mana yang benar dan mana yang salah…
jadi tak perlu nak menambahkan lagi polemik ni kan?
Curahan rasa zool @ ..Permulaan Menulis Ebook
mesti ada hikmah besar disebalik keputusan ini, tunggu dah lihat je lah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Adakah kita Pengguna Berani
Betul tuh… kita tak tau kebenaran dalam kes ni… kita redho jer lah dengan apa juga keputusan… Allah jua yang maha mengetahui…
http://supernifzvitamin.com/kenapa-saya-menghidapi-sembelit-selepas-melahirkan-bayi/
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?
hanya Allah yang tahu siapa sebenarnya bersalah. semoga yg bersalah mendapat balasan yg setimpal.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
Comments are closed.