Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang tiada niat lansung nak menulis kisah kes rayuan Anwar Ibrahim sebab pada hemat aku sengat dia dah tak macam dulu-dulu. Lagi pun aku sibuk dengan persediaan untuk menghadap kegawatan ekonomi yang bakal berlaku.
Tapi apa akan daya aku hanya seorang blogger apabila terlalu banyak trafik organik yang masuk mencari informasi keputusan terkini kes Anwar Ibrahim jadi suka tak suka aku mesti menulis untuk tidak mengecewakan mereka yang tersinggah di blog ini melalui carian di Google. Itulah hebat kuasa SEO kepada blogger yang belum mahir nak dapat trafik sebigini jom join Akademi Denaihati banyak yang anda boleh belajar atau kalau malas nak datang kelas baca je Kitab SEO Merah Jambu memang sangat membantu.
Berbalik kepada kes Anwar vs Saiful memang mendapat perhatian dunia tetapi tidak seperti zaman dulu-dulu. Anwar Ibrahim sudah pusing 1Malaysia dengan program “Rakyat Hakim Negara” untuk mempengaruhi minda rakyat bahawa beliau insan yang baik tidak bersalah malah wira negara. Yang salah Saiful dan Kerajaan Malaysia merancang untuk memusnahkan kerjaya politik beliau. Aku tak nak komen apa-apa isu liwat Anwar dengan Saiful sebab tak nampak. Biarlah dia dengan ALLAH sahaja yang tahu dan yang baik ada balasan baik dan yang jahat ada balasan jahat kalau tidak di dunia pasti di akhirat. Tak gitu.
Hero kita untuk orang Islam bukan Anwar Ibrahim juga buka Najib Razak tetapi Nabi Muhammad SAW yang menjadi insan contoh membawa rahmat keseluruh alam. Apa sahaja yang berlaku di alam ini biar sekecil mana sehingga sebesar mana atas pengetahuan ALLAH atas sebab sesuatu untuk sebab sesuatu begitu juga kes liwat II Anwar Ibrahim vs Saiful. ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya melainkan kita sengaja mencari kezaliman atas diri kita sendiri.
Terkini Keputusan Kes Rayuan Liwat II Anwar Ibrahim
Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu. Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu – Astro Awani
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini
Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini
Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]
95 Comments
keputusan mahkamah sebenar di akhirat kelak. Moga DSAI dan ahli keluarganya tabah menghadapi ujian ini.
Curahan rasa rika @ ..7 Tips Atasi Anak Sukar Berkongsi
Kebenaran pasti akan menang, itulah hukum yang berlaku di dunia ini. . .
Curahan rasa Boxwap Youtube Downloader @ ..Austin Basham All Is Well
Salam….berita terkini, ramai penyokong DSAI telah berkumpul malam tadi di Penjara Sg Buloh dengan menyalakan lilin. Ini satu lagi budaya kafir yang ditunjukkan.
Tiada guna buat demotrasi jalan nak tuntut keadilan. Dah diadili. Pergi buat demotrasi untuk turunkan harga barang kepada taukey-taukey besar lagi bagus.
Ramai yang dah solat hajat, maka Allah Taala telah tunjuk hajat mereka yang memohon petunjuk, tetapi bila Allah dah tunjukkan bahawa DSAI didapati bersalah tetapi mereka tidak menerima pula keputusannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia
macam-macam cara orang buat untuk menunjuk rasa tidak puas hati..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Apa Set Bersalin Untuk Penyusuan
Semua dah ditentukan oleh Allah perjalanan seorang hambaNya yang bernama Anwar..semoga kelurga beliau tabah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Punca Penyebab Jerawat yang perlu diketahui!
Nak percaya susah.. Tak percaya pun susah..
langkah selamat kita perhati je..huhu
Curahan rasa Faisal @ ..Walaupun Minyak TURUN tapi Belanja kita NAIK atau TURUN?
duduk diam2 sudah. lebih baik cakap benda yg kita pun tak tahu hujung pangkalnya. tak gitu? 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula
Setiap yang benar pasti akan ketahui jua kebenarannya. Cuma bila Allah yang menentukannya.
Curahan rasa Rizal @ ..Panduan Forex
Setiap yang berlaku itu bersebab, dan allah jua yang mengetahui setiap sesuatu. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.
Curahan rasa MySensasi @ ..10 Cara Kuasai Lelaki Mengikut Situasi
Hero kita untuk orang Islam bukan Anwar Ibrahim juga buka Najib Razak tetapi Nabi Muhammad SAW yang menjadi insan contoh membawa rahmat keseluruh alam. Apa sahaja yang berlaku di alam ini biar sekecil mana sehingga sebesar mana atas pengetahuan ALLAH atas sebab sesuatu untuk sebab sesuatu begitu juga kes liwat II Anwar Ibrahim vs Saiful. ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya melainkan kita sengaja mencari kezaliman atas diri kita sendiri. Ayat ni paling saya tunggu2 nak baca 🙂 kita insan hina.
Curahan rasa hani @ ..Cara Menggelakkan Sembelit Semasa Berpantang Sebab Takut Jahitan Koyak.
kes ni kira habis dimahkamah, tetapi semestinya masih berbunyi. rasanya ramai yg dah bosan juga kes yg tak habis2 ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan cabaran iPhone 5s
sekarang heboh satu Malaysia dan dunia..pening kepala nak fikir benda semua ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Beza e-buku.info Dengan e-sentral.com
kita sebagai rakyat biasa tak punyai info yang betul utk mengetahui mana pihak yg betul @ salah..mahkamah dunia kekadang ada membuat kesalahan dlm menentukan sesuatu keputusan..Mahkamah Allah swt saja lah yang maha ADIL..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak Kerajaan
semoga kebenaran akan tersingkap, walau di pihak mana pun ia…tapi tetap simpati terutama pada keluarga DSAI yang telah menanggung bermacam keperitan. moga Allah merahmati mereka sekeluarga dan mengurniakan kesabaran yang tinggi.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Mudah dan Berkesan Hilangkan Parut dengan Cepat
Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..jika ada pihak yang teraniaya, moga mereka diberi kekuatan dan diperkenankan doanya..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak Kerajaan
Semua sudah digariskan dan Allah SWT Maha Adil. Tentunya akan mendapat balasan yang setimpal sesuai dengan prilakunya …
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Cara Membuat Website Gratis Dan Mudah Untuk Pemula
Kita tak tahu apa-apa jangan menghukum. Allah maha mengetahui segalanya
Curahan rasa Anis Nasuha @ ..Gastrik Kronik SEPULUH Tahun Tiba2 Sembuh?
tak tahu mana satu betul mana satu salah. kadang-kadang politik ni tak boleh caya sangat. masing-masing ada agenda.
Curahan rasa Azlan @ ..HTC Desire 626 Diumumkan Dengan Kamera 13 Megapixel
kes liwat Anwar Ibrahim ini antara kes mahkamah yang lama di malaysia..dibicarakan sejak dari tahun 1998 hingga 2015 utk 2 kes liwat..agenda politik mmg tdk blh disangkal..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak Kerajaan
Allah knows everything. Segalanya telah tertulis sejak azali. Everything happened for a reason..
Curahan rasa Azira Abu Bakar @ ..Keperluan Kalsium Untuk Ibu Hamil
semua dah tertulis. kalau benar dia bersalah dia yg terima balasan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
Comments are closed.