Keputusan AFF Suzuki Cup 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang seorang peminat sukan bola sepak. Kalau sebelum ini hangat dengan pertandingan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil yang dijuarai oleh pasukan feberet aku iaitu Jerman. Baru-baru ini pasukan negeri kelahiran aku JDT tewas kepada Pahang pada Final Piala Malaysia 2014. Manakala pasukan kasayangan aku Arsenal masih terumbang ambing di pusingan pertama BPL 2014/15 dan mengharapkan prestasi akan meningkat sehingga menjulang piala pada akhir musim.

Malaysia vs Thailand 2014

Kali ini peminat bola sepak Asia Tenggara dihidangi dengan kehangatan AFF Suzuki Cup 2014. Aku sentiasa memerhati perkembangan pasukan Harimau Malaya sejak menjadi juara AFF Suzuki Cup 2010 menewaskan Indonesia. Untuk AFF Suzuki Cup 2014 pasukan bola sepak Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama pasukan Singapore, Thailand dan Myanmar bermain di Stadium Jalan Besar Singapore. Kumpulan A terdiri dari pasukan Vietnam, Indonesia, Laos dan Filipina yang bermain di Stadium Hang Day Vietnam.

Penyokong Harimau Malaya

Keputusan AFF Suzuki Cup 2014 Kumpulan A

  • Filipina vs Laos : 4 – 1
  • Vietnam vs Indonesia : 2 – 2
  • Filipina vs Indoensia : 4 – 0
  • Laos vs Vietnam : 0 – 3
  • Vietnam vs Filipina : 3 – 1
  • Indonesia vs Laos : 5 – 1

Keputusan AFF Suzuki Cup 2014 Kumpulan B

Untuk kumpulan A, pasukan Vietnam dan Filipina sudah melayakan diri ke Separuh Akhir AFF Cup 2014 manakala untuk kumpulan B penentuan Singapore vs Malaysia akan menjadi penentuan untuk mengiringi Thailand. Aku dan semua penyokong Harimau Malaya sangat-sangat mengharap pasukan Malaysia dapat menewaskan Singapore kerana kemenangan sahaja akan melayakan ke Separuh Akhir AFF Cup 2014. Semuga Dollah Salleh akan dapat menggunakan strategi yang betul untuk menentang Singapore yang hanya mengharap seri sahaja.

Harimau Malaysia 2014

Aku tetap bersama Harimau Malaya sebagai mana aku setia dengan Arsenal dimasa senang dan susah. Jangan hanya memuji ketika menang tetapi memaki seranah apabila tewas. Pasukan bola sepak yang hebat tidak boleh dibina sekelip mata tetapi memerlukan masa yang panjang. Semuga JDT akan menjadi satu pasukan kelab yang akan mengerakkan kemajuan bola sepak Malaysia.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Perlawanan Malaysia vs Singapore memang sentiasa panas terutama apabila penyokong Harimau Malaya tidak dibenarkan menyokong dengan ramai.Alhamdulillah dengan jaringan Mohd Safee Mohd Sali (minit ke-61), Safiq Rahim (penalti-minit ke-91), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-94) telah berjaya membenam Singapore dan membawa Malaysia ke Separuh Akhir menentang Vietnam pada 7/12/2014 di Kuala Lumpur dan pada 11/12/2014 di Vietnam

Video review perlawanan Singapore vs Malaysia

Jadual Separuh Akhir Pertama AFF Suzuki Cup 2014

  • Filipina vs Thailand : 0 – 0
  • Malaysia vs Vietnam : 1 – 2

Jadual Separuh Akhir Kedua AFF Suzuki Cup 2014

  • Thailand vs Filipina : 3 – 0
  • Vietnam vs Malaysia : 2 – 4

Jadual Akhir AFF Suzuki Cup 2014

  • Thailand vs Malaysia : 2 – 0
  • Malaysia vs Thailand : 3 – 2

Tak ada rezeki untu Harimau Malaya setelah tewas aggregat 3 – 4.

Cuba lagi 2016.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]


Spread the love

527 Comments

  1. Malaysia dah cuba sehabis baik dah. Mungkin tak ada rezeki. Insya Allah Malaysia akan buat comeback pada perlawanan timbal balik yang kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Malaysia boleh!
    Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnesMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!