Kenduri kahwin : Betul ke Pengantin sekarang ramai tak solat?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin, memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat, yang wajib buat diri.

Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 10 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 12 tengah hari.

Dah tahu Zohor masuk sejam jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yang ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinci pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.

Pilihan mak andam yang sesuai

Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam, yang tidak dapat dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari-pari, untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dengan kejahilan diri.

Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yang juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.

Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, telah dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan.

Perhiasan pengantin usah berlebihan

Busana yang anggun disarung tadi, dibawa pula ke majlis pernikahan untuk menjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yang dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi.

Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri, sebelum malam pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus pasang mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya.

Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh, di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dengan bunyi karaoke, sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir.

Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerana sudah lengkap berbusana, lalu solat yang fardhu ditinggalkan tanpa ada rasa malu melayan tetamu.

Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah SWT, buat kedua mereka. Namun masih beria-ia kata, LOVE TILL JANNAH.
-Majlis Ilmu-


Spread the love

2 Comments

  1. Perkara ni dh lama sya curious, even pgntin laki pun susah nk jmpa yg solat. Slalunya jmpa Mak ayah ja yg prgi solat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!