Cara buat semakan dan rayuan kelayakan Program Subsidi Petrol 2020

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama dan dasar berpandukan data. Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Apabila skim subsidi bahan api dilaksanakan, harga runcit RON95 dan diesel akan diapungkan secara beransur-ansur. 

Ini akan mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan api bersubsidi rentas sempadan yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit di pihak kerajaan. 

Syarat-syarat kelayakan penerima PSP2020

  1. Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
  2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai
    Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
  3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan
    2 buah motosikal;
  4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasi enjin:

i. Kereta kurang daripada 1,600cc
ii. Kereta lebih daripada 1,600cc dan berumur lebih 10 tahun
iii. Motosikal kurang daripada 150cc
iv. Motosikal lebih daripada 150cc dan berumur lebih 7 tahun.

Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan

Cara buat semakan kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 :

Layari laman sesawang PSP KPDNHEP

1. Klik CHECKBOX bagi memulakan semakan
2. Masukkan <NOMBOR KAD PENGENALAN>
3. Klik butang <SEMAK>

Kemudian, kemaskini maklumat bagi penerima yang layak.

Kemaskini pilihan bantuan dan klik butang SIMPAN

Bagi yang ingin membuat rayuan ;

  • Paparan keputusan kelayakan akan ditunjukkan dan sekiranya gagal, klik butang “Ingin Merayu”.
  • Isikan nama penuh, pilih Nama Bank serta masukkan No. Akaun bagi akaun bank tersebut dan klik butang “Simpan”

Terdapat 5 jenis kriteria penerima yang tidak layak.

KOD01 – Tiada rekod sebagai penerima BSH
KOD02 – Alamat pemohon di Sabah/Sarawak/Labuan
KOD03 – Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
KOD04 – Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan yang ditetapkan
KOD05 – Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan yang ditetapkan

Kredit bantuan ke dalam akaun bank

Subsidi petrol akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020. Bagi kereta sebanyak RM120 dan motosikal sebanyak RM48. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta atau RM12 sebulan bagi pemilik motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi.

Individu yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, seorang bapa yang memiliki dua kereta dan dua motosikal untuk kegunaan isteri dan anak-anaknya hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM30 sebulan. Bagi individu yang memiliki dua motosikal hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM12 sebulan.

Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter dan tiada subsidi akan diberikan sekiranya harga berada di bawah RM2.08 seliter.

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan rayuan Program Subsidi Petrol boleh rujuk butiran di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi KPDNHEP seperti berikut :

Hotline KPDNHEP : 1-800-886-800
Whatsapp PSP : 019-2786356
E-mel : psp@kpdnhep.gov.my

Yang tak layak boleh download aplikasi #Setel Android atau aplikasi #Setel iOS untuk dapat cashback bila isi petrol di Petronas. Guna kod cny3x utk daftar . Yang layak pun boleh juga jadi dapat lebih jimat.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!