Assalamualaikum Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin Allah s.w.t, Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada 8 Mac 2014 dengan kehadiran seramai 350 orang yang bertempat di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 ini adalah kali yang ke-3 diadakan semenjak tahun 2012 lagi. Tahniah kepada mereka yang turut serta dalam majlis ini bagi memeriahkan majlis tersebut.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Sukari Bin Ab. Hamid yang mewakili YBHG. Dato’ Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana sudi memenuhi jemputan dari Denaihati Network untuk bersama-sama dengan warga blogger. Selain itu juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada penaja utama SBB & Yeo’s 2014, pihak Yeo’s Malaysia dan penaja bersama yang lain iaitu Lazada Malaysia, Ephyra, Mynic Berhad, Ummi Umairah, Al Ansar Health, dan Segi Seri Sdn Bhd.Tidak lupa juga kepada penaja-penaja sampingan lain yang turut menaja hadiah-hadiah buat cabutan bertuah iaitu Mymustaffa.org, Nadot.my, Amanz.my, Bachplussize, Kedaicotton.com, Lagenda otak-otak, Anjungjelita.com, Ciklaili.com, Pendekarberkuda.org, Bella Dona Shop, Littlescarf collection, Iluvtour.com, Gaya Travel, Air Asia, Jamu Ratu Malaya, ServerFreak, Halimbrothers.com, Ustaz Noehas dan mereka-mereka yang tidak mahu namanya disenaraikan. Penghargaan buat mereka semua di atas dari Denaihati Network.
Pelbagai kenangan dan memori telah pun tercipta sempena Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 ini buat team Denaihati dan sudah pasti juga kepada rakan blogger yang hadir. Dari awal lagi majlis ini telah pun mendapat sambutan yang hangat dari mereka di luar sana dengan proses pendaftaran hanya sempat dibuka seminggu, kesemua tempat telah pun dipenuhi malah ada juga yang membuat rayuan kepada team Denaihati untuk menyertai majlis ini.
Sudah pasti selepas sahaja SBB & Yeo’s 2014 ini berakhir, ikatan ukhuwah antara sesama blogger menjadi rapat. Perkenalan di alam maya sebelum ini tidak cukup untuk mengenali antara satu sama lain, disebabkan itulah Denaihati Network mewujudkan platform untuk para blogger berhimpun. In Syaa Allah dengan pertemuan sesama rakan blogger di majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka. Pertukaran kad nama antara blogger juga boleh dijadikan sebuah kenangan buat mereka untuk membina hubungan yang lebih besar lagi, itulah pentingnya ‘Networking’ atau jaringan di alam maya.
Memori yang paling manis pula ialah bilamana beberapa orang top blogger di Malaysia sudi untuk berkongsi pengalaman dan kisah mereka di hadapan 350 orang yang sedia menanti dan dahagakan ilmu, tips juga informasi dari mereka. Bermula dengan perkongsian dari blogger Ben Ashaari, sudah tentu rakan blogger mengenali blogger ini dengan kisah anaknya yang selalu diceritakan di blognya. Kemudian, buat julung kalinya blogger dari Niche Hartanah iaitu saudara Shafie Bustan yang terkenal di dalam pelaburan hartanah turut hadir untuk berkongsi ilmu dengan semua. 2 blogger yang berkongsi kisah berlainan dalam blog mereka tetapi mempunyai matlamat dan misi dalam dunia blog.
Selain itu juga, kenangan yang paling manis di SBB 2014 ini ialah apabila Tuan Hj Amir ataupun dikenalai dengan nama Denaihati tampil naik ke pentas sebagai Moderator bagi sesi forum yang mana 3 top blogger dari berlainan niche untuk berkongsi kisah mereka pula. Bermula dari ‘The Singing Blogger’, En. Zarul Husin kemudian disusuli pula dengan top blogger wanita yang tidak asing lagi dalam dunia blog iaitu Redmummy dan seterusnya ‘Malay Food Blogger’, En Hazman Fadzil.
Penghargaan juga kepada salah seorang panel dari Lazada iaitu Mr Nicola Fusco dari Italy yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke majlis ini, lebih-lebih lagi beliau sudi naik ke pentas untuk berkongsi ilmu dengan rakan blogger yang lain. Ephyra juga turut menampilkan duta mereka iaitu Norman dan Memey.
Kalau diamati ada beberapa kelainan yang terdapat dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger kali ini jika dibandingkan dengan 2 majlis terdahulu. Tahun ini boleh dikatakan majlis ini adalah majlis yang besar kerana Denaihati Network mendapat kerjasama dari beberapa organisasi yang besar seperti Yeo’s dan penaja penaja lain seperti yang disebutkan di atas. Alhamdulillah, Denaihati Network selangkah lagi maju kehadapan untuk tahun 2014 ini.
Majlis ini juga tampak lebih berbeza kerana adanya beberapa slot permainan dari Yeo’s untuk peserta pada hari tersebut. Ini merupakan salah satu inisiatif yang baik buat peserta yang hadir untuk menghiburkan mereka dengan pengisian permainan ini dan bukan itu sahaja, malah mereka yang menang juga dalam permainan tersebut akan diberi hadiah. Secara tidak langsung dengan adanya permainan-permainan ini, kita dapat lihat lebih dekat lagi kemesraan sesama blogger di atas pentas dan sikap kerjasama sesama mereka.
Pelbagai hadiah yang telah diberikan kepada peserta yang bertuah antaranya gajet seperti iPhone 5s, iPhone 5c, iPad Mini, Motorola Moto G, hadiah pakej percutian, hadiah tiket penerbangan ke Krabi, dan pelbagai lagi. Semua ini hanya untuk peserta-peserta yang hadir ke majlis ini dan bagi mereka yang bertuah Denaihati Network mengucapkan tahniah.
Kenangan manis juga sudah pasti terpahat di dalam hati 2 blogger dari seberang, Indonesia yang ditaja khas oleh pihak Air Asia untuk hadir ke majlis yang gilang gemilang ini. Ini membuktikan bahawa walaupun berlainan negara, tetapi kita dalam satu dunia yang sama turut memberi sokongan kepada rakan blogger di negara yang lain. In Sya Allah semoga jalinan persahabatan ini akan terus berkekalan sehinggan akhir hayat walaupun jarak memisahkannya.
Lebih manis lagi ialah apabila Denaihati memenangi Best Micro Blog 2014 pada Majlis Sosial Media Malaysia 2014 tempoh hari. 3 tahun berturut-turut Blog Denaihati memenangi anugerah di MSMW dalam kategori yang berbeza iaitu Best Blog of the year 2012 dan Most Creative blog 2013. Pencapaian yang memberangsangkan dan semoga kita semua diberikan kejayaan dan keberkatan dalam apa jua urusan yang kita lakukan.
Jutaan terima kasih kepada team Denaihati yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini tidak lupa juga kepada sukarelawan yang membantu kami sepanjang majlis ini berjalan. Semoga majlis SBB 2014 ini akan memberi manfaat kepada yang hadir juga kepada pembaca-pembaca blog di luar sana. Semoga berjumpa di majlis yang akan datang, In Syaa Allah.
Antara gambar-gambar yang menggamit kenangan di SBB 2014, terima kasih kepada Iluvtour sebagai jurugambar rasmi :
[customgallery]
76 Comments
alhamdulilah saya yang pertama kali turut teruja sangat-sangat. saya berharap majlis ini akan di adakan untuk tahun yang akan datang. moga-moga sambutan akan lebih meriah dari yang sebelumnya 🙂
tahniah untuk yang hadir, menjayakannya apa lagi untuk pihak penaja hadiah yang diberikan cukup best 🙂
Curahan rasa suri @ ..Extrem SkyTrex, Bukit Cerakah, Shah Alam Cahayacinta Terokai
Wah! Meriahnya.
Banyak ilmu dipelajari ni. 🙂
Curahan rasa lina @ ..Breathe Apparel Giveaway Results
Bestnya..rasa rugi tak dapat join program nie..in sha Allah di masa akan datang akan cuba luangkan masa untuk hadir program nie..
Tahniah kepada team Denaihati Network dan semua para memenang..
Ilmu yang diterima sangat berguna dan boleh dikongsikan dengan rakan-rakan blogger yang lain..
Curahan rasa mohd yazed @ ..Tips Menaikkan Traffik Blog
Tuuu dia..memang meriah sakan lah tahun ni punya…harapan saya, semoga dapat hadir gak sekali untuk SBB ni..insyaAllah..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Jiwa Kacau
Bro tiap-tiap tahun kata nak datang tapi mana tak datang-datang pun.
Curahan rasa denaihati @ ..Seminar DSR Property Strategy
kan memang rugi sapa yang tak datang banyak hadiah best .. ramia awek cun .. ramai jejak kacak .. banyak perkongsian .. macam2 lah yang best
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
kalau tahun depan ada lagi event ni..insyaallah amy nak join lagi 🙂
Curahan rasa aimie mokhtars @ ..Apa ada dengan Blogger Hebat dalam Nashkah Denaihati
kan kena join lagi dan lagi dan tahun depat lagi meriah …
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Event yang best. Harap tahun depan ada lagi. 🙂
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Threesome Singapore Roadtrip #SG3someLMH
tahniah kepada team denaihati..walaupun tak hadir.tp dapat merasai kemeriahannya.
Curahan rasa ema @ ..Ketupat Sotong
belum berkesempatan join event sebesar ni
seronok bila kenang balik pengalaman berharga di SBB2014 ni.. tahun depan nk jugakk lagi =)
Curahan rasa babycomel @ ..Kesedaran Bermula Hidupkan Untuk Memberi
Kalau ada lagi next year, sound awal2 he he.. kawe cari tiket kapal terbang yg murah sikit 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Please LIKE Him
sangat meriah……
kapan bisa ikutan seperti itu….
Curahan rasa center @ ..Ahli Medis Memilih Obat Asam Urat Herbal Dibanding Obat Kimia
wah..meriah sekali acaranya…keren..:)
Curahan rasa tova @ ..Harga dan Spesifikasi Smartfren Andromax U3 Update Maret 2014
wow keren saya juga ingin masuk dan ada dalam foto itu walau pun saya masih bisa dibilang pemula saya akan tetap tekun akar bisa masuk di dalam foto di atas Semoga blog ini terus maju
Curahan rasa Cara belajar SEO @ ..Cara Mendapatkan Uang Dari internet Dengan PTC
perghhhh memang betul2 gempak lah sbb nih…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..RM300, Maybank dan Cek Tendang
Sekaung tahniah buat Denaihati dan semua yang terlibat. Tak sangka dalam banyak-banyak foto ada juga gambar gua ketika menjawab soalan yang diutarakan oleh staff Yeo’s. Masa tu dia beri soalan yang senang je. ” Berapa perisa terdapat pada Yogurt minuman Yeo’s dan sebutkan jenis-jenisnya? Gua jawab “Oren, Anggur dan Asli (Original).
Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan SBB 2014 ini. Semoga berjumpa lagi di masa-masa akan datang. Insha Allah…
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Berita Top: Pesawat Malindo Air Terbakar
kamil salleh gedik muka teruja gila nampak kita dan terus nk selfie … segan tau kita bhahahah tp memang tahun nieh paling meriah dan ramai blogger yang datang memeriah kan majlis
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Comments are closed.