Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dengan kadar ringgit berbanding US dollar yang semakin meningkat sehingga mencecah RM4.40 masa paling tidak sesuai untuk kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya di Malaysia. Bayangkan akibat daripada nilai ringgit yang semakin tinggi eQurban Resources kehilangan beratus ribu ringgit yang sepatutnya diinfaqkan kepada saudara Islam miskin tetapi lesap kepada money changer.
Alasan kerajaan untuk menggunakan kenaikan kadar tol untuk menampung pembangunan negara tidak sesuai kerana ketika rakyat sedang semput ekonomi bukan pembangunan yang diharapkan. Rakyat mengharapkan belas kasihan kerajaan untuk mengurangkan kos kehidupan bukan menambah kesengsaraan kehidupan.
Kadar tol baru lebuh raya Malaysia
Kadar asal – kadar baru. (% kenaikan)
SILK: RM1 – RM1.80 (+80%)
DUKE: RM2 – RM2.50 (+25%)
MEX (Salak): RM1.50 – RM2 (+33%)
MEX (Putrajaya): RM2.50 – RM3 (+20%)
KLK (Gombak): RM5 – RM6 (+20%)
KLK (Bentong): RM3 – RM3.50 (+17%)
LATAR (Ijok): RM2 – RM2.50 (+25%)
NPE (Pantai Dalam & PJS 5): RM1.60 – RM2.30 (+44%)
BESRAYA: RM1.30 – RM 2 (+54%)
AKLEH: RM1.50 – RM 2.50 (+67%)
GUTHRIE: RM1.40 – RM1.90 (+36%)
LKSA (S.Muda): RM1.20 – RM1.70 (+42%)
LKSA (A.Impian): RM0.60 – RM0.90 (+33%)
SMART: RM2 – RM3 (+50%)
Kesengsaraan pengguna lebuh raya di rumah tol yang selalu tersangkut dengan menggunakan smartTag baru bermasalah tiada siapa yang ambil kisah. Adakah dengan kenaikan kadar tol akan dapat menyelesaikan masalah smartTag baru yang bermasalah tetapi aku rasa tidak akan ada siapa yang kisah.
382 Comments
tahun malaysia dihidangkan dengan bberapa harga barang naik. kebanyakkannya prkara keperluan harian
Curahan rasa nikkhazami @ ..Renew Kad Pengenalan Denda RM10
Sedih melihat keadaan kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Kenaikan tol ke barangan ke memng dah takleh lari..pasti rakyat kena hadap gak..
Curahan rasa JMR @ ..Anda rasa pakej fotografi mahal?
rakyat tak ada pilihan lain. kena byar juga. kesian yang dok KL
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Apa pilihan yang kita ada sebagai rakyat Marhain? Nak tak nak kita kena struktur semula perbelanjaan bulanan..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Suka Duka Bersama ONEXOX (Bahagian 1)
Tol yang sebelum ni pun dah sedia mahal. Kemudian tambah lagi kenaikkan sekitar RM0.50 – RM0.80 minimum, lagi terasa peritnya.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Peluang buat duit dengan Program Dropship kelengkapan dan pakaian wanita
ada yg naik sampai 100% tu yg parah..nak nak yang tiap tiap hari lalu tol tu kan
Curahan rasa JMR @ ..Anda rasa pakej fotografi mahal?
memang sering sekali keinginan pemerintahan dan bagian atas tidak sesuai dengan apa yang dikehendaki rakyat , dan itu pun berimbas dengan jangka waktu yang panjang
Curahan rasa printer hero @ ..Spesifikasi Printer Canon Pixma iP2870s
ya memang begitu lah kadang kehidupan ini. kadang jeritan hati rakyat hanya bisa tersimpan pilu sahaja
Curahan rasa noserba @ ..obat penyubur sperma pengental sperma semenax capsule
Yurp… kita sebagai mentimun tidak bisa untuk berbuat apa2 bagi mengubah keputusan durian…
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia (Tahun 2015)
Durian lebih gagah dan berduri tajam.. kalau mentimun nak rapat dan bergesel dengan Durian, mentimun juga yang akan menanggung akibatnya… sabar jerlah..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia (Tahun 2015)
semoga pembaharuan yang lebih telus dan perlu mengikut pandangan semua rakyat malaysia
Curahan rasa #shahzedi @ ..Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Harapannya macam tulah… semoga satu hari nanti, pemerintah kita sudi mendengar luahan hari rakyat Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia (Tahun 2015)
Dah mula rasa bahang tol, bila touch n go cepat je habis walaupun di top up dengan RM100
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Rakyat pun dah mula menerima perubahan harga dengan hati terbuka. Apa nak dikata?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~
Suara rakyat hanya dipandang sepi.
” Jika tidak mahu bayar tol, sila keluar awal “, komen dari seorang menteri.
Curahan rasa sharimah @ ..IKLAN PERCUMA : BISNES HOMESTAY
Kesian dekat rakyat Malaysia kan… kalau nak keluar awal pun kena bayar tol juga.. naik pengangkutan awam pun tambang dah naik… apa pilihan yang kita ada?
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia (Tahun 2015)
Saya rasa syukur Alhamdulillah… sebab bekerja di kawasan kampung.. tak perlu bayar tol dan tak perlu naik pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja…
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia (Tahun 2015)
Rakyat semakin tersepit dengan semua yang terpaksa ditanggung, kenaikan tol lagi memberi rakyat semakin terdesak untuk meneruskan kehidupan di bandar besar Kuala Lumpur. Nampaknya kena balik kampung, buat kerja lain sebagai alternatif
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Di kg pun, harga barang semakin naik. Mek ila tengok harga sandwich di stesyen minyak semenyih dah 5.30 per pack. Sandwich telur je pun 🙁
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~
Tahnaih PM mengumumkan bahawa kenaikan tol terpaksa dilakukan demi untuk kemudahan rakyat juga, alasan yang tidak munasabah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Jarang jalan di KL ini tiada tol, ke mana saja kena bayar tol. Kenaikan harga tol buat rakyat yang berpendapatan sederhana semakin tersepit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Keluar sahaja dari rumah ni dah jumpa tol..belum lagi perjalanan ke tempat kerja..berapabanyak tol yang kena bayar..huhu..takkan la nak bangun awal semata-mata nak elak bayar tol
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Vitamin B7 Biotin untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut, Kuku dan kulit
itu lah. mereka yang tinggal di KL memang terkesan dengan benda ni. kena ulang alik stiap hari
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Dahlah kehidupan di bandar Kuala Lumpur semuanya mahal, ditambah lagi dengan GST dan tol, alamatnya gaji RM3,000 tidak dapat menampung semua ini jika tidak mencari peluang income lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Memang tak mencukupi kan? Rakyat kena fikir untuk tambah pendapatan lain sedangkan menteri tidak membantu hanya dengan memberikan pendapat yang menjengkelkan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Vitamin B7 Biotin untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut, Kuku dan kulit
RM3000 macam dah cukup cukup makan je. Nak beli rumah pun harga dah melambung.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~
Rupanya bayar tol ini mahal juga terpaksa kita tanggung. Kalau dihitung sebulan boleh mencecah RM300 sebualan, bersamaan dengan bayar ansuran kereta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Sebabtu ramai cakap nak mengelakkan tol ni kena naik motosikal ke tempat kerja.tapi kalau jauh macammana la kan?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Vitamin B7 Biotin untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut, Kuku dan kulit
Kalau yang tinggal Semenyih dan kerja Putrajaya, tol sehari RM10. Sedangkan jarak sekitar 25-30 km sahaja.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Nampak harga tol dinaikan juga walaupun banyak yang membantahnya. Nampaknya kerajaan sekarang tidak lagi memberi apa-apa kemudahan kepada rakyat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Suara rakyat ni hanya didengari pada waktu pilihanraya saja…lepas tu dah mereka berkuasa tiada apa lagi yang dapat diberikan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Vitamin B7 Biotin untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut, Kuku dan kulit
Selalu nya begitulah. Harap kerajaan lebih prihatin selepas ini. Kesian rakyat jelata.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Saya dah setahun lebih berada di Kuala Lumpur, memang tol amat membebankan rakyat. Mahu tak mahu terpaksa dibayar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Comments are closed.