Kemeriahan Iftar Bersama Blogger 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya, majlis berbuka puasa bersama blogger telah selamat berlangsung. Kehadiran tetamu seramai 300 orang termasuk sekumpulan anak yatim dari Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi, warga emas dari Rumah Warisan Kasih, Banting, Selangor, pihak media dan rakan blogger dari seluruh negara.

Seperti tahun-tahun lepas, pihak Denaihati Network mengadakan majlis berbuka puasa yang sebelum ini diadakan di Hotel Singgahsana. Kali ini, selepas Sepetang Bersama Blogger 2014, majlis berbuka puasa kali ini seperti reunion kembali rakan blogger di Saloma Bistro Theatre & Restaurant, Kuala Lumpur anjuran bersama Al Ansar Health.

Pendaftaran IBB2014

Pada IBB2014, ia merupakan tarikh bersejarah dimana satu MoU Sistem Affiliate Al Ansar Health telah dimeterai. Pihak Al Ansar Health menyediakan kemudahan khidmat kesihatan kepada masyarakat sekeliling, Jesteru pelbagai produk kesihatan telah dikeluarkan. Untuk setiap jualan produk yang anda lakukan akan mendapat komisyen sebanyak 7%. Bagi anda yang ingin mendaftar sebagai rakan niaga Al Ansar Health boleh daftar di Rakan Niaga.

Gimik Helikopter

Tetamu yang hadir menjadi teruja ketika gimik helikopter membawa pen yang digunakan untuk menandatangani memorandum bersama. Gimik quadcopter juga digunakan untuk membawa bendera Denaihati Network dan Al Ansar Health.

Bendera Al Ansar

Mou Al Ansar Denaihati

Selepas itu, penyerahan cek untuk sumbangan kepada Rumah Anak Yatim KKR. Majlis diteruskan dengan tazkirah dari Ustaz Noehas yang menceritakan tentang bulan Ramadhan Al Mubarak. Penyanyi nasyid dan juga pengacara TV Al Hijrah, Mu’adz Dzulkefly memberikan persembahan bersama-sama dengan Kumpulan Damai.

Muadz dan Damai

Blogger IBB2014 c

Blogger IBB2014 b

Walaupun terdapat pelbagai jemputan berbuka puasa di merata tempat, diucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk hadir memeriahkan suasana di majlis Iftar Bersama Blogger 2014 (IBB2014). Semoga acara ini akan berterusan pada masa akan datang dan ukhuwah sesama rakan blogger semakin akrab tidak kira dari mana asalnya.

Sama-samalah kita untuk terus menerus beribadah kepada Allah pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan Al Mubarak ini, kerana pada malam-malam terakhir inilah adanya malam seribu bulan.

Kredit gambar dari iLuvTour


Spread the love

541 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!