Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya, majlis berbuka puasa bersama blogger telah selamat berlangsung. Kehadiran tetamu seramai 300 orang termasuk sekumpulan anak yatim dari Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi, warga emas dari Rumah Warisan Kasih, Banting, Selangor, pihak media dan rakan blogger dari seluruh negara.
Seperti tahun-tahun lepas, pihak Denaihati Network mengadakan majlis berbuka puasa yang sebelum ini diadakan di Hotel Singgahsana. Kali ini, selepas Sepetang Bersama Blogger 2014, majlis berbuka puasa kali ini seperti reunion kembali rakan blogger di Saloma Bistro Theatre & Restaurant, Kuala Lumpur anjuran bersama Al Ansar Health.
Pada IBB2014, ia merupakan tarikh bersejarah dimana satu MoU Sistem Affiliate Al Ansar Health telah dimeterai. Pihak Al Ansar Health menyediakan kemudahan khidmat kesihatan kepada masyarakat sekeliling, Jesteru pelbagai produk kesihatan telah dikeluarkan. Untuk setiap jualan produk yang anda lakukan akan mendapat komisyen sebanyak 7%. Bagi anda yang ingin mendaftar sebagai rakan niaga Al Ansar Health boleh daftar di Rakan Niaga.
Tetamu yang hadir menjadi teruja ketika gimik helikopter membawa pen yang digunakan untuk menandatangani memorandum bersama. Gimik quadcopter juga digunakan untuk membawa bendera Denaihati Network dan Al Ansar Health.
Selepas itu, penyerahan cek untuk sumbangan kepada Rumah Anak Yatim KKR. Majlis diteruskan dengan tazkirah dari Ustaz Noehas yang menceritakan tentang bulan Ramadhan Al Mubarak. Penyanyi nasyid dan juga pengacara TV Al Hijrah, Mu’adz Dzulkefly memberikan persembahan bersama-sama dengan Kumpulan Damai.
Walaupun terdapat pelbagai jemputan berbuka puasa di merata tempat, diucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk hadir memeriahkan suasana di majlis Iftar Bersama Blogger 2014 (IBB2014). Semoga acara ini akan berterusan pada masa akan datang dan ukhuwah sesama rakan blogger semakin akrab tidak kira dari mana asalnya.
Sama-samalah kita untuk terus menerus beribadah kepada Allah pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan Al Mubarak ini, kerana pada malam-malam terakhir inilah adanya malam seribu bulan.
Kredit gambar dari iLuvTour
541 Comments
Meriah sungguh majlis iftar bersama blogger tahun ini. Makin lama makin ramai blogger turut serta. Untung saya dua tahun berturut2 dapat hadirkan diri. DH selalu buat acara sebegini, secara tidak langsung saya dapat kenal ramai blogger lama dan baru secara berdepan…memang terbaik.
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja 2014
Suatu acara yang sekali gus boleh menambah kenalan blogger baik yang lama ataupun baru.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
lagi huru hara bila jumpa geng gosip kan tp kalau sis perasan tahun ni kita tak cukup geng gosip pulak heheheheh apa pun setiap kali event denaihati mesti meriah
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Kekangan waktu, masa dan lokasi membataskan untuk saya bergaul bersama komuniti blogger di dalam sesuatu program. Satu kelemahan untuk mempromosi dan menyerlahkan diri dan blog. Tapi xpelah…mungkin ada rezekinya dikemudian hari…InsyaAllah.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
Dina harap dapat join majlis iftar bersama blogger bila dah habis belajar nanti. Teringin nak aktif macam blogger lain. In sha Allah kalau ada rezeki nanti.
Ya betul tu. Memegang gelaran pelajar yang membataskan kita untuk menyertai aktiviti blogger yang sebegini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Meriah tengok blogger sambut iftar ni. Bukan saja dapat sembang sembang malah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Takde rezeki nak join iftar bersama blogger. bulan puasa kurang sikit aktiviti nak berjalan jauh ni. kalau dekat InshaAllah boleh join next time 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia
Seronoknya melihat kemeriahan rakan blogger menjayakan iftar. Di samping dapat berkenalan dengan rakan blogger yang lain. Mungkin tahun depan saya akan turut serta. hehe
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Seronoknya iftar bersama blogger. Bilalah boleh join iftar bersama macam ni. Hee
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Meriahnya tengok suasana dalam gmbar yang diupload oleh tuan denaihati.com. Bila la agaknya wawa boleh join kemeriah iftar bersama blogger ye?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
meriah je tengok rakan2 blogger berbuka puasa.. tahniah Denaihati atas kerjasama dgn pihak2 penganjur dalam event ini..
Ramadhan telah berlalu pergi.. semoga bertemu lagi di ramadhan yang akan datang.. 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
Itu la Aniq.. ramadhan dah pergi… semoga ketemu lg kita pada tahun hadapan..
saya doakan Aniq pjg umur 🙂
kita tunggu untuk majlis rumah terbuka hari Raya..mesti bestkan..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Etika Ziarah Rumah Terbuka Raya
Ader ker bro majlis rumah terbuka blogger.. macam best je dengar… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
Mesti rare kalau ada majlis rumah terbuka blogger. Boleh bawa keluarga dan berkenalan dengan blogger-blogger lain. Pasti meriah.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
ada ke Hero Borneo ?? kalau ada maklumkan kepada saya.. kerana saya pun berminat juga untuk join 🙂
Ya kita tunggu tahun depan pula utk hadiri msjlis seupama ini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Salam Aidilfitri 2014
Harap adalah hendaknya.. Teringin juga nak join even2 blogger nie..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
Rugi siapa tak hadir di IBB2014 ni. Banyak acara diadakan.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Salam Aidilfitri 2014
Tu la pasal. Kekadang jelous gak. Tapi mungkin bukan rezki tahun nie…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
memang rugi bro.. saya pun rugi gak sebab tak dapat join tahun ni..
tengok gambar2 yg diorang post jeles pulak dibuatnya..
Kalau boleh pergi, dah lama pergi tapi apakandaya. Jauh dari kawasan dan sibuk dengan belajar. InshaAllah suatu hari nanti akan dapat pergi juga.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
tersangat la meriah,rugi pula tak dapat turut serta kelmarin
Curahan rasa wazy @ ..Jalinan Kasih Salam Ramadan #JKSR
takpe bro wazy..tahun depan mungkin ada lagi
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 2014/1435H
In shaa Allah tahun depan cuba untuk sibukkan diri dengan event2 blogger… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
Raya Bersama Blogger ada tak agak2..hehe.kalau ada pon best gk kan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
tahun depan jom kita join pula bro Wazy!
tak silap saya, stiap tahun ada buat event ni ? 🙂
kita doakan team DH sentiasa murah rezeki, so setiap tahun boleh wat IBB ni kan hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Wahhhhh!!! Meriah nampaknya majlis. 🙂
Curahan rasa lina @ ..Buka Puasa – A Whole Of Durians!
walaupun melalui gambar je dah dapat bayangkan kemeriahan majlis ni kan
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Cerekarama TV3 : Cinta Ramadan
Tahun nie banyak event blogger yang saya terlepas. perhimpunan blogrrr je yg sempat join hr tu yg lain xde rezki.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
tengok gambar je dh boleh rasanya vibe kemeriahan nye… kalau yg pergi tu, lagi la best kan?
tengok gambar saje pon dah boleh imagine terlajak meriah majlis ni kan heheh
Comments are closed.